Tuesday, September 23, 2008

Legeh kampungku

Setiap kali aku memperkenalkan aku berasal dari kampung ku ini, pasti ada yang bertanya lebih lanjut tentang kampungku ini. Inilah uniknya kg.Legeh ini. Walaupun pertanyaan itu ada yang positif dan banyak negetifnya. Kononnya agak jauh di pendalaman hatta ada yang mengatakan kampung ini berada di dalam daerah Gua musang di pendalaman Kelantan. Apapun kata orang, aku bangga dengan kampungku, kampung kelahiranku walaupun sudah hampir 15 tahun aku terpaksa keluar meninggalkan kampungku kerana ilmu dan pekerjaan.

Legeh pernah wujud sebuah kerajaan kecil yang turut memeberi saingan kepada kerajaan kelantan ketika itu yng berpusat di Kota kubang Labu. bahkan raja Legeh juga pernah menguasai Kota kubang Labu suatu ketika. Kerajaan ini mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Long Ghafar dan serangan Dinsti Cakri dari Siam. Akhirnya ia hanya menjadi sebuah perkampungan biasa.

Kampung yang dikelilingi oleh Bukit Susun dan Bukit Kemahang ini sesuai untuk pertanian darat dan paya. Hampir separuh kampung digunakan untuk penanaman padi. Getah adalah hasil dan sumber rezeki utama. Kampung berdekatan, Ayer Lanas, Sungai satan dan Ayer Canal adalah Rancagan Pemulihan Tanah (RPT) yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri. Legeh berdiri dengan kudrat dan muafakat masyarakat kampung.

Sumber sejarah masih boleh dirujuk dengan orang-orang lama yang masih hidup seperti Raja Ibrahim, Raja Mustapha (keturunan Raja Jembal) dan beberapa orang lagi. Aku pernah menulis tentang sejarah Legeh di dalam majalah sulung(Al-Syams) SMU(A) Al-Sabirin Ayer Lanas pada tahun 1991. Aku tengok banyak juga tulisan aku itu menjadi rujukan pelajar-pelajar untuk kajian tempatan.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008