Monday, September 22, 2008

Simpang Mengayau MTQ berjalan

Simpang Mengayau, terletak dihujung negeri Sabah, di daerah Kudat merupakan tempat bertembungnya antara dua laut iaitu Laut Sulu dan laut Cina Selatan. Ianya menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri. Abuyya berkesempatan melawat ke sana pada Jun 2008, kebetulan mewakili Gabungan Pelajaran Lahad Datu ke majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat negeri. MTQ yang diadakan di SMK Hj Abdul Rahim 2 telah membuka jalan untuk abuyya sampai ke kudat. Inilah merupakan kali pertama abuyya sampai ke sana. Abuyya membawa peserta dari daerah kinabatangan yang juga mewakili zon Lahad Datu dalam acara syarahan Bahasa Melayu dan bercerita kisah nabi. Rombongan kami awalnya diketuai oleh penyelia agama bahagian, Ust Abu Samah dan seterusnya dipimpin oleh ketua Unit Pendidikan Islam, Tuan hj Abdul.

Perjalanan pergi kami melalui jalan baru Simpang Nagoh….sunyi bah!!! Seram. Jalannya sudah agak baik walaupun masih ada lubang-lubang ‘puaka’ yang biasa memerangkap mangsa.

Kami tiba di Kudat dalam keadaan , kudat bergelap kerana kuasa elektrik mati di seluruh Sabah akibat kecurian di SESB. Pencapaian peserta kami tidak memberangsangkan, kinabatangan hanya mampu membawa pulang pingat gangsa melalui acara bercerita perempuan. Walau apapun kami tetap berpuas hati terutama abuyya kerana ini merupakan pertama kami dapat tembus ke peringkat negeri.

Abuyya berjaya mendapatkan tip-tips berguna untuk syarahan terutama daripada ust Nik Anuar dan ustazah Tawau. Insyaallah, akan dipergunakan untuk penambahbaikkan pada masa-masa akan datang.

Sebelum pulang, kami mengambil kesempatan untuk melawat Simpang Mengayau. Bersama Abuyya adik Muhammad yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah. Dia menemai abuyya sebagai pembantu pemandu. Dalam perjalanan pulang kami ikut jalan Kota Belud dan terus ke Kota Kinabalu untuk melawat dan membeli belah. Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan baik, dan pulang dengan selamat. Abuyya berazam untuk berusaha lebih gigih lagi mendidik anak didik bagi membuka jalan ke peringkat negeri di Keningau nanti. Keningau pun antara daerah yang belum sempat abuyya sampai.Program seumpama inilah antara jalan terbaik untuk abuyya berjalan kerana masa abuyya cukup terhad untuk berjalan-jalan semata...

Kepada sahabat serombongan, terima kasih atas kesetiaan persahabatan, timbang rasa dan tolak ansur sepanjang kita berkerja bersama.Buat pesertaku Mastura, mudah-mudahan ruang ke peringkat negeri adalah pemula untuk mastura menjadi pensyarah terbaik untuk Islam dan umatnya.....teruskan usaha...

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008