Saturday, January 3, 2009

Gajah Naik Minyak Rosakkan Kebun Legeh

Berita lama
JELI 08 Feb 2007 – Serangan gajah masih menghantui sebahagian besar penduduk di Kampung Legeh dekat sini, kerana mereka bimbangkan keselamatan siri serta harta benda dimusnahkan haiwan itu.

Ini berikutan dua hari lalu gajah memusnahkan kebun pisang penduduk kampong di situ sehingga mencetuskan kebimbangan mereka untuk ke kebun.

Seorang penduduk, Wan Mohamed Sulaiman, 52, yang juga bekas penghulu Mukim Legeh berkata, tiga hari yang lepas gajah itu sudah memusnahkan kebun pisang dan terbaru semalam, haiwan itu pergi ke kebunnya yang seluas empat hektar.

Katanya, dia sudah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN), tetapi belum ada apa-apa tindakan diambil setakat ini.

Kami bimbang dengan serangan gajah yang memusnahkan tanaman menyebabkan kerugian dialami dan tidak dapat mengutip hasil pertanian.

“Sudah tiga kali termasuk kejadian semalam haiwan itu ke kebun kami dan saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata, hanya seekor gajah kerap berulang alik di antara Bukit Gemang dengan Kampung Legeh memandangkan kedudukan kamoung itu dipisahkan dengan sebuah bukit,” jelasnya.

Tinjauan Sinar Harian di tempat berkenaan semalam mendapati, hamper separuh kebun pisang penduduk terbabit dimusnahkan haiwan itu.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008