Sunday, January 4, 2009

Harapan Kepada Siswa

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hasrat saya begitu lama untuk berjumpa mahasiswa terutama pimpinan mahasiswa.Rasanya terlalu banyak berbuku di hati. Terbuku dan terkaku melihat mahasiswa yang terjun ke medan pekerjaan. Betapa susahnya mereka yang saya jumpa untuk diajak ke program. Kaya mereka. Kaya dengan alasan dan pujian untuk melepaskan diri dari kerja-kerja jemaah.

Pada 5hb Disember, sesampai saya di kelantan, saya dijemput oleh sahabat saya, Saudara Rafie untuk sana-sama menjadi panel Forum pengenalan sejarah Silam PMKUM (Persatuan Mahasiswa Kelantan) kepada pimpinan Mahasiswa Kelantan. Saya pastinya tidak lepaskan peluang ini sekalipun letih dan pening masih bersarang di kepala.

Tidak banyak luahan hati dapat disampaikan kerana itu forum, bukan ceramah. lagipun tajuk perbincangan banyak berfokus kepada pengurusan PMK pada zaman kami. Cuma apa yang sempat saya tekankan tentang kebajikan. Kebajikan yang ditekankan ialah kebajikan dari segi menjaga sahsiah ahli, anak kelantan di Universiti Malaya. Kebajikan kewangan ramai yang boleh bantu. Bukan Islam pun boleh bantu kebajikan bersifat material. Kebajikan akhlak? Kebajikan iman?

Ramai mahasiawa berbangga dengan mengadakan projek-projek grand. Bangga dengan status pengarah projek dan dapat tanda tangan pada sijil-sijil peserta.Namun jarang sekali yang sanggup terlibat dalam usrah, tamrin, muqayam dan sebagainya. Program yang tidak glamour, tidak ada sijil, tiada liputan media, tiada cenderamata, tiada raincot dan pelbagai macam habuan keduniaan.Apa lagi program seumpama ini menuntut peserta dan AJK bersila sampai kebas kaki, makan makanan yang tidak lazat sekadar nasi peluru bedil dan air mutlak sahaja. Perhubungan siswa siswi juga terkawal.Hanya mereka yang ikhlas sahaja yang sanggup melakukan kerja ini. Hanya mereka yang tidak takut pada celaan, tuduhan liar sahaja yang boleh bertahan.

Namun demikian, kita lupa hasil program tidak glamour inilah yang melahirkan insan-insan yang berkaliber, manusia-manusia hebat yang memimpin dunia.Kadir-kadir ummah yang ikhlas dalam beribadat dan membina ketamadunan manusia. Kita mesti berperanan menjadi mata rantai perjuangan, bukan hanya menjadi minyak pelincir pada rantai yang pada mulanya melancar dan melincinkan rantai tetapi apabila bercampur dengan debu, minyak pelincir tadi menjadi tahi yang merosakan rantai.

Kalau di kampus kita sudah berbangga dengan jawatan bersifat ad-hoc, bagaimana kita boleh menjamin diri kita ini tidak sombong atau dapat menyumbang kepada Islam apabila dinobatkan dengan jawatan yang besar dan glamor. Kampus ibarat kolam untuk itik belajar berenang. Masa belajar tawaduk pun belum tentu dapat menjamin istiqamah dengan ruh Islam, apa lagi yang sudah alpa di kampus. (kecuali dengan hidayah Allah, tiada siapa dapat menyekatnya.)

Harapan kepada mahasiswa.... ikhlaskan niat, gunalah kesempatan yang ada untuk mengaut sebanyak mungkin mutiara kampus untuk pulang memberi inzar kepada masyarakat. Tugas di luar terlalu banyak menanti anda. Alam realiti... bukan lagi berfantasi.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008