Sunday, January 18, 2009

Tander Makanan RMT Vs Makan Asrama

Sekadar Bertanya….
Sejak akhir-akhir ini, kakitangan bukan mengajar (KTBM) makin dikurangkan di sekolah-sekolah . Ini berikutan kerajaan membuka ruang kepada kontraktor Melayu untuk untuk mendapat tander di dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan, kebersihan, penyediaan makanan asrama dan RMT (Rancangan Makanan Tambahan).

Apa yang kawe perhatikan, kerja-kerja yang di jalankan oleh kontraktor tidak sempurna atau menggunakan bahan yang terlalu murah dan mudah rosak. Kawe tak tahu berapa harga sebenar yang diperuntukkan kepada kontraktor bagi menyiap dan memulihkan sesuatu. Namun, pada pemerhatian kawe, kualiti barang yang digunakan taraf barangan Maiden atau kedai RM2.00. Bukan nak tuduh… tapi cubalah semaklah di tempat masing-masing. Kawe rasa bukan kawe sahaja yang mengeluh tetapi di merata tempat. Ianya seolah-olah kerajaan yang menyediakan tander kekurangan duit untuk menyediakan atau mengganti barang yang lebih berkualiti. Sebab itu peralatan yang disediakan di sekolah mudah rosak. Tidak dinafikan….. kadang-kadang jumlah pelajar yang ramai itu yang mengakibatkan kerosakkan dan memendekkan hayat peralatan tersebut.

Seingat kawe, kecik-kecik dahulu, kayu yang digunakan untuk buat rumah guru, kayu yang dimasukkan ubat. Tahan lama. Jauh lebih baik daripada kayu di rumah orang kampong. Sekarang seperti terbalik pulak. Itu soal alat ganti.
Kawe rasa nak tahu juga, berapa peruntukkan kerajaan sediakan untuk pembekal makanan asrama dan RMT? Adakah telur rebus belah 4 dan beberapa ikan bilis itu memang hak pelajar miskin? Kawe ingat kalau setakat itu, makanan yang Kerajaan sediakan, malulah kerajaan…. Dhaif sangat. Mentang-mentanglah anak orang miskin… begitu dilayannya. Ingat baliklah mereka yang pernah menerima makanan RMT terutama di kawasan pendalaman Sabah…

Ramai pelajar mengeluh dengan makanan yang disediakan oleh pihak asrama. Kawe puji, pelajar Sabah tidak cerewet dalam bab makanan. Mereka makan aje apa yang disediakan. Akan tetapi bila ditanya dari hati ke hati, rata-rata mereka mengeluh tentang menu dan kualiti makan yang disediakan oleh pihak asrama.
Kawe ingin bertanya mereka yang mengetahui dan alangkah baiknya sekiranya jawapan ini hadir dari mereka yang mengurus dan menerima tander ini. Persoalannya ialah:-

1. Salahkah sekiranya pihak pentadbir menyenaraikan penama dan pemilik Tander-tander serta bidang yang mereka tander dan dipaparkan berserta alamat perhubungan mereka disetiap pejabat atau sekolah yang mereka dapat tander?.

2. Bolehkah senarai harga terutama harga makanan perkepala di paparkan di papan kenyataan pejabat atau sekolah. Ini bagi memastikan pelanggan tahu hak mereka yang sebenarnya?

3. Susahkah pemantaun yang telus turun untuk memantau penyediaan bahan oleh kontraktor?

4. Sediakan peti cadangan dan komen kepada pentadbir dan kontraktor terbabit supaya pelanggan boleh menyatakan pandangan mereka?

5. Menjelaskan sebab kenapa harga yang tidak sepatutnya mereka kenakan kepada perkhidmatan itu.

6. Bolehkah parti politik tidak campurtangan dalam urusan tender pejabat dan sekolah?

7. Masalahkah untuk menjaga dan memastikan pentadbir atau pengurus melakukan atau menerima tander tanpa dari tekanan pembesar kampong atau setempat?

Kawe rasa itu jea dulu pertanyaan. Sekadar pertanyaan. Kawe bukan marah kerana tidak boleh tander. Tidak pernah minta tander. Kawe tiada lessen tander. Mudahnya, tiada kepentingan peribadi. Akan tetapi kawe kesian melihat anak bangsa yang susah dan ditindas. Mereka yang kaya itu terus kaya raya. Yang miskin itu bukan sekadar tersu miskin tetapi hina dina. Apa lagi kadang-kadang mereka yang dapat tander tidak membayar gaji pekerja mereka. Semoga perkara ini hanya khayalan kawe sahaja, perasaan sahaja. Hakikat sebenarnya diharapkan tidak berlaku. Masing-masing, tepuk dada Tanya iman.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008