Thursday, January 29, 2009

Ziarah Kembar Tiga Kinabatangan

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah melakukan kunjungan ke rumah Tuan Hj Jalpah Sani bagi mengucapkan tahniah atas kelahiran kembar tiga Tuan Hj Jalpah. Kunjungan tahniah ini di wakili oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Sdr Firdaus dan Pengurus Sekreteriat Pemuda, Sdr Khairul Anwar. Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda juga turut serta. Kunjungan ini berikutan lawatan Pemuda ke DUN Sukau dan PASTI Kinabatangan baru-baru ini.

Sdr Firdaus sedang bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada Tuan Hj Jalpah

Pada Disember tahun lepas, Tuan hj Jalpah telah dianugerahkan tiga orang bayi perempuan kembar. Kelahiran 3 bayi perempuan kembar ini menjadi 10 orang anak tuan Hj Jalpah, dengan komposisi jantina 5 lelaki dan 5 perempuan. Tiga Bayi Kembar ini diberi nama Fatihah, Faqiyah dan Farihah.

Kehadiran rombongan pemuda ini disambut baik oleh Tuan Hj Jalpah sekalipun sudah tidak lagi bersama PAS. (Untuk Rekod) Sebelum ini, Tuan Hj adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan diantara pengasas PAS Sabah.

Pemuda mengucapkan tahniah kepada Tuan Hj, dengan harapan Tuan Hj terus tabah menerima rezeki dan ujian-ujian yang dilalui. Pemuda difahamkan, sejak akhir-akhir ini, kesihatan beliau agak kurang baik. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada Tuan Hj.

Pemuda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan program ziarah. Usaha ini sejajar dengan hasrat pemimpin tertinggi yang mahukan penghayatan Islam terus diberi keutamaan dalam gerak kerja jemaah.

Tuan Hj Jalpah bersama anak ke 10nya


Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008