Friday, March 6, 2009

Forum Kenapa Saya Pilih Islam

Sambutan Maulidur Rasul semakin terasa di daerah ini. walaupun tidaklah sehebat seperti mana yang berlaku ditempat-tempat lain, namun demikian saya terus menerima jemputan-jemputan ceramah. Semoga semangat ini bukan hanya marak pada bulan Rabiul Awal ini sahaja tetapi berterusan pada bulan-bulan lain.

Sebentar tadi, keterlibatan dalam forum anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kinabatangan di Masjid Wihdatul Fikri, Batu 5 jalan Bukit Garam. Forum Kenapa Saya Pilih Islam ini dipengerusikan oleh Ust Mursalim Makmor, Imam masjid Kembara Jaya. Panelnya terdiri dari Ust Ahmad Syufai Wagiran, Ust Mohd. Zaidi Mustafa dan Ust Noriman Fauzi.

Perbincangan berkitar tentang keindahan Islam, tanggungjawab Muslim dan kategori muslim yang dipilih oleh Allah.

Sambutan masyarakat pada kali ini agak kurang memberangsangkan. Namun diharapkan lebih ramai tetamu-tetamu Allah akan mengimarahkan rumah-rumah Allah ini.

Selepas selesai berforum, para jemaah dijemput untuk bertahlil di rumah Hj Samiun dan dihidangkan dengan masakan istimewa.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008