Tuesday, March 10, 2009

Maulidur Rasul Satu Cabaran

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah pada kali ini agak meriah sekalipun terdapat kritikan kepada pihak penganjur kerana masa untuk membuat persiapan adalah terhad. Pada peringkat sekolah, hanya 3 sekolah sahaja yang mampu menghantar penyertaan untuk pertandingan sepanduk dan juga peserta Teramai. Apapun SMK Bukit Garam tetap gah dengan penyertaan yang paling ramai memenuhi dewan dan jalan Raya.

Melayan karenah murid yang pelbagai

Penyertaan SMK Bukit Garam diketuai oleh Penolong Kanan 1 Puan Sutina Markus dan Penolong Kanan HEM Puan Mazurina Majid beserta beberapa orang guru lelaki telah menambah meriahkan sambutan pada kali ini. Penulis sentiasa bersedia memikul beban mengerakkan usaha ini walaupun baru siap mengurus MTQ peringkat Daerah.Bergambar bersama sepanduk 2009

Sambutan pada kali ini ada sedikit kelainan yang membebankan penulis bila mana Penulis bersama Ust Zulkarnain dan Ust Noriman diistiharkan sebagai Tokoh Pendakwah oleh pihak JHEAINS Kinabatangan. Anugerah disampaikan oleh YB Saddi Abdul Rahman, ADUN Sukau.
Kami merasakan anugerah ini tidak layak untuk kami memandangkan usaha kami terlalu kerdil dalam usaha menggerakkan kerja-kerja Dakwah ini. Apalah sangat sumbangan kami jika dibandingkan dengan sumbangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah menjadi pencetus kepada gerakan Dakwah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujian ini. Sahabat seangkatan yang teguh memberi sokongan

Ya Allah... tumbuhkanlah keikhlasan dalam jiwa kami dalam melaksanakan perintahMu. Jauhilah kami daripada mengharapkan ihsan dan penghormatan manusia.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008