Friday, March 13, 2009

Pemuda UMNO lebih Layak Pejuangkan Bahasa Melayu

PPSMI yang sudah dilaksanakan selama 6 tahun,telah menimbulkan banyak polimek dikalangan anggota masyarakat. Baik diperingkat pelajar, ibubapa, guru dan ahli akedemik serta seluruh anggota masyarakat. Pada awalnya kita menerima dalam keadaan terpaksa dan berharap keadaan dan kesukaran anak bangsa terutama bangsa Melayu itu bersifat sementara. Namun demikian, setelah 6 tahun ianya dilaksanakan, sangkaan dulu semakin menjadi kenyataan. Anak Melayu terus ketinggalan. Mutu Sains dan matematik masih ditahap lama. Mudahnya tidak berbaloi.

Melihat kepada keadaan ini lebih 100 ribu rakyat turun ke Kota Raya untuk menzahirkan perasaan dan kebimbangan mereka terhadap masa depan bahasa dan anak bangsa. Bukan sekadar orang Melayu yang tinggal dipinggir bandar dan luar bandar, yang guru bahasa Inggeris pun tidak mencukupi di sekolah mereka. Akan tetapi anak Cina dan India yang dididik sejak kecil dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan harian mereka turut turun menyatakan kebimbangan mereka kepada bahasa ibunda mereka. Para cendikiawan dan ahli akedemik juga turun dan memimpin Gerakan Mansuh PPSMI.

Namun sayang sejuta kali sayang bilamana pengorbanan dan kesediaan para cendikiawan Melayu memimpin dan menyatakan bantahan mereka turut ditolak oleh Ketua Pemuda UMNO juga Menteri Pelajaran Malayasia, dengan alasan ianya didalangi oleh parti politik pembangkang. Munasabahnya, mana mungkin cendikiawan Melayu seperti
Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

boleh diperalatan oleh parti politik. Ini kerana mereka sebelum ni tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik setelah sekian lama. Tapi kali ini kenapa mereka sanggup? Pastinya kerana kesedaran mereka tentang terancamnya bahasa melayu. Pastinya mereka ahli akedemik yang tahap keilmuan mereka diiktiraf oleh kerajaan. Cumanya mengapa bantahan dan pandangan hati mereka ditolak mentah-mentah. Maknanya mereka tidak layak kemukakan bantahan…. Jadi siapa yang paling layak?

PASTInya Pemuda UMNO. Kenapa Pemuda UMNO?
1. Pemuda UMNO mewakili generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara
2. Pemuda UMNO adalah melibatkan golongan pelajar sekarang yang akan menerima kesan terus daripada pengabaian Bahasa Melayu
3. Sekiranya melihat kepada sejarah Pemuda UMNO terutama di zaman Dato Harun Idris, pemuda bertindak sebagai golongan pendesak kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan
4. Pemuda UMNO berada dalam Kerajaan dan memegang jawatan penting. Ini memudahkan mereka menyampaikan hasrat dan merombak dasar PPSMI yang merugikan
5. Ketua Pemuda UMNO adalah Menteri Pelajaran dan orang yang bertanggungjawab penuh terhadap dasar PPSMI. Datuk Firdaus pula (Exco Kanan Pemuda UMNO) adalah setiausaha Datuk Hishamuddin.

Wahai Pemuda UMNO, gunalah medan perhimpunan Agung UMNO kali ini untuk membela orang Melayu terutama generasi muda yang diwakili oleh pemuda UMNO. Ketepikan untuk tahun ini paling kurang, untuk agenda peribadi. Bahasa Melayu perlu dimahkotakan semulai. Usahlah kita tunduk kerana mengampu pemimpin tertentu. Pemimpin akan datang dan pergi, maruah bahasa jiwa bangsa janganlah dirobek rakus dek kemewahan seketika.

Andainya betul kata sasterawan Negara Datuk A.Samad Said bahawa UMNO ini tidak mengerti bahasa protes dan UMNO hanya tahu bahasa Undi,. Maka gunalah undi perwakilan pemuda untuk mentarbiyyah pemimpin pemuda dan pemimpin Tertinggi UMNO yang telah mengkhianati Bahasa Melayu.Tukarlah dengan yang lebih memahami kalau memang UNNO ada pemimpin yang masih sayangkan Melayu dan bahasa melayu.
Kepada siapa lagi hendak kami sandarkan harapan seandainya maruah pemuda UMNO terus longlai dalam memperjuangkan hak Melayu. Sudah ramai pemimpin pemuda UMNO yang kaya. Cukuplah…. Biarlah lembab kekayaandaripada gugusan hujan kekayaan itu turut menyentuh masa depan anak bangsa
Selamat Bermesyuarat Agong Pemuda UMNO. Kami menanti dan memerhati kalian melalui kaca TV. Kalian tewas atau kalian tidur,hancurlah harapan bangsa

Harapan dari Pendalaman

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008