Monday, March 30, 2009

Wakaf Bermula Dari United Kingdom

Wakaf bermula dari United Kingdom. Itulah hebatnya nikmat persaudaraan Islam dalam usaha membantu sahabat-sahabat yang berjuang untuk meninggikan syiar Islam. Pendidikan PASTi menjadi alternatif pendidikan terbaik kepada usaha dakwah yang terbaik di Sabah dan diterima.

Pendekatan ceramah seperti membebankan masyarakat disini yang lebih dibiasakan dengan karoke dan alunan dangdut. Ceramah hanya diterima bilamana tiba hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya. Kuliah di masjid agak sunyi dan kurang mendapat sambutan. Jualan VCD kuliah dan buku-buku agama juga agak kurang memberangsangkan.

Pendekatan melalui Taranum Al-Quran, Nasyid, Berzanji Marhaban, Kompang juga mendapat sambutan. Persoalannya berapa kerat pendakwah kita boleh menguasai kemahiran itu?

Kita mesti memperteguhkan pendidikan yang berterusan seperti mana yang dicanang dalam falsafah pendidikan Negara dan pendidikan Islam agar kesempurnaan JERIS itu dapat dicapai. PASTI sememangnya menuju ke arah itu.

Tidak cukup dakwah kita dilakukan melalui program demi program yang memakan kos yang besar tetapi hasil minima. Program atau projek hanyalah aktiviti dakwah sampingan dan sokongan. Kita perlukan pendidikan teras seperti PASTI dan Kelas Al-Quran. Jangan kita bazirkan sumber kewangan kita untuk melaksanakan program Tahsiniyat dalam masa yang sama mengabaikan program teras.

Kami masih membuka wakaf PASTI ini untuk sahabat-sahabat. Terima kasih kepada Puan Rohani Embong dari Kelab Melayu Dundee, United Kingdom yang menjadi orang pertama. Terima kasih juga kepada En Mahzan Awang atas promosi kepada program ini. Semoga Allah Merahmati kalian

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008