Tuesday, April 28, 2009

Menantu Lelaki Lebih Disayangi Mertua?

Isu siapa yang biasanya lebih disayangi mertua patut sering menjadi bahan perbincangan dan keluhan antara insan-insan yang terlibat. Ianya bukan sekadar berkaitan soal perasaan dan hati sahaja tetapi ianya patut dilihat sebagai bebanan dan tanggungjawab yang perlu dipikul seseorang yang berpindah rumah dan hidup sebagai suami isteri.

Hubungan dengan mertua sering menjadi perkara asas dalam kebahagiaan rumahtangga. Sekiranya wujud campurtangan yang keterlaluan dan tidak wajar pastinya, bahtera rumahtangga yang dilayari suami isteri akan berkocak dan mungkin juga akan menyebabkan bahtera rumahtangga itu karam.

Hari ini kita melihat, menantu lelaki cukup disenangi mertua dan biasanya ianya dilayan dengan baik oleh mertua terutama mertua perempuan yang siap untuk menyediakan masakan yang enak untuk menantu lelaki terutama yang berada jauh daripada mertua. Menantu lelaki sekiranya datang atau bertandang ke rumah mertua, biasanya akan mendapat rehat yang cukup dan kadang-kadang sampai berlebihan. Dalam erti kata yang lain sampai tidak ada kerja hendak dibuat. Ini berlainan dengan menantu perempuan yang akan tetap sibuk di dapur, di bilik air dan di dalam rumah membantu mengurus rumahtangga. Tugasan ini tetap dibuat sekalipun sibuk dengan anak dan sebagainya. Mudahnya... menantu perempuan sentiasa bekerja di mana sekalipun mereka berada.

cumanya , kita pelik bilamana menantu perempuan sering disalahkan dalam sesebuah rumahtangga? menantu perempuan kurang diberi perhatian dan dibebankan dengan beberapa perkara sedang khidmat mereka cukup banyak.

Sepatutnya, menantu perempuan diberi keutamaan dan menjadi menantu kesayangan mertua. Ini kerana menantu perempuan adalah bakal penjaga dan pengurus kepada mertua terutama bila mertua sudah tua ataupun sakit. Merekalah yang selalu di rumah dan akan mengurus sakit deman, pening sakit mertua. Ini kerana keterikatan mereka pada tanggungjawab suami (anak lelaki mertua) untuk mereka membantu suami mengurus ibubapa suami kerana tanggungjawab anak lelaki tidak akan terputus selama-lamanya. Sedangkan anak perempuan (isteri orang) mesti memberi ketaatan kepada suami melebihi ketaatan kepada ibubapa mereka. Hatta sekiranya bertembung hak penjagaan antara ibubapanya dan ibubapa mertuanya, maka hendaklah diutamakan penjagaan ibubapa suaminya(mertua).

Begitu murni pengorbanan menantu perempuan. Maka sepatutnya ianya dihargai dengan kasih sayang dan penghormatan yang tinggi. Ibubapa mertua mesti menyedari menantu perempuan mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam kehidupan anak lelakinya. Begitu juga tanggungjawabnya. Manakala ibubapa isteri juga mesti memahami tanggungjawab anak perempuannya terhadap suami dan mertua. seandainya masing-masing memahami hak dan tanggungjawab tersendiri, Insyallah rukun bahagia rumahtangga.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008