Sunday, April 5, 2009

Sehari Timb.Pengarah PASTI di kinabatangan

Buat pertama kalinya, Kinabatangan menerima kunjungan dan lawatan muhibbah penolong Pengarah PASTI Malaysia ustaz Abdul Kadir Dewa bersama Ahli lembaga PASTI En Syed Mohd Zain. Lawatan yang dipimpin oleh Pengerusi PASTI Zon Sandakan Saudara Izhar Hamka dan Ust Fadli.

Rombongan Penolong Pengarah tiba di Kinabatangan seawal 9.00 pagi. Beliau dibawa melawat PASTI Darul Ulum yang sedang menganjurkan program Mengacau bubur Asyura yang melibatkan warga Kinabatangan. Beliau sempat beramah mesra bersama warga Kinabatangan sebelum dibawa ke rumah Setiausaha PASTI Kinabatangan, Ust Zaidi Mustapha.

bergambar dihadapan PASTI Darul Ulum, Kinabatangan

Ust Abdul Kadir dibawa melawat tapak PASTI ke 2 Kinabatangan yang bakal dibangunkan dan dimulai sesi pengajian pada semester ke 2 sesi pengajian Jun ini. Beliau mengambil kesempatan berbincang dan menjelaskan kepada pihak pengurusan Sentosa Jaya, konsep dan keperluan PASTI kepada perkembangan Dakwah.Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadinya bagi kelengkapan PASTI dan juga gerak kerja Islam di Kampung Sentosa Jaya

Bersama Keluarga yang mengharapkan Islam di daulatkan di Daerah ini
PASTI Darul Hikmah, itulah harapan penubuhannya: Masih belum siap sepenuhnyaUsahawan Batu 4 Sukau, En Anis, bersedia menyerahkan bangunannya untuk PASTI ke 3 Kinabatangan

menziarahi Tokoh Masyarakat Sukau, Tuan Hj Noh Karong
Panjang dan dalam, aliran sungai Kinabatangan: Suatu gambaran tuntutan kekkuatan untuk mengharungi usaha menegakkan dakwah di Kinabatangan
Gambar kenanga di jeti Sungai Kinabatangan, Kg Sukau

Masjid Masyarakat Bugis di Kg Gomantong Jaya, Sukau
SK Sukau; Bukti jejak Timbalan Pengarah PASTI Malaysia ke Kg dan DUN Sukau

Dari kampung Sukau, kami terpaksa memecut laju menuju ke Kinabatangan yang jaraknya 56 kilometer untuk menunaikan solat maghrib di PASTI Darul Ulum. Ini kerana masa penerbangan Ustaz Abdul kadir dan rombongan sudah hampir.

Lawatan dan ziarah Ust Abdul Kadir dan rombongan telah berjaya menghasilkan beberapa perkara penting yang boleh digunakan untuk membina kekuatan PASTI dan jemaah.Pihak kami akan menambahbaikan rintihan jalan yang telah dilakukan oleh Ust Abdul Kadir dan rombongan.Semoga lawatan ini akan mengukuhkankan ukhwah dan perhatian PASTI Malaysia terhadap Islam dan dakwah di Kinabatangan.

Sudi-sudilah lagi bertandang ke Kinabatangan. Pintu Hotel 5 Bulan kami tidak pernah berkunci untuk tetamu apatah lagi pimpinan jemaah.Kami menghargai segala pengorbanan pihak pimpinan. Terima kasih.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008