Thursday, April 16, 2009

Tahniah Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Agak lama penulis tidak posting baru dalam blog. Bukan juga kerana kesibukan melampau tetapi masalah server internet yang gagal berfungsi ditambah dengan kegagalan penulis mengatur masa dengan baik. Apa pun syukurlah....pada kesempatan ini, penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada VIP yang penulis yakin, telah dilupai.(siapalah aku disisimu).

Kemenangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden UMNO adalah suatu kejayaan yang patut disambut dengan gembira bagi penyokong-penyokongnya. Datuk memang bernasib baik kerana berjaya merampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Memang lagi Naib Presiden UMNO. Suatu kejayaan berganda bagi bekas Ketua Pemuda UMNO yang pernah memecahkan UMNO dan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Zahid Hamidi yang juga bekas Pengerusi Bank Simpanan Nasional pernah ditahan ISA kerana menentang Tun Dr Mahathir dengan membangkitkan isu kroni dan nipotisma.Namun akhirnya Datuk kembali kepada lubuk asalnya. Beliau tidak dapat bertahan dengan asakan di luar UMNO. Beliau orang kaya, susah baginya untuk hidup susah apa lagi berjuang melawan arus walaupun bersama sifunya Anwar Ibrahim.

Sangkaan penulis tepat, Datuk Zahid pasti kembali ke dalam UMNO selepas bebas tahan ISA. walaupun Datuk Zahid pernah bagitahu penulis, dulu je UMNO sekarang tidak. Sekarang Datuk Zahid, Naib Presiden UMNO dan tulang belakang perdana Menteri, Datuk Najib. Beliau mengambil alih kementerian yang paling penting, Kementerian yang telah menyelamatkan Datuk Seri Najib daripada tewas kepada Ustaz Ramli di pekan pada tahun 1999. Memang Datuk Zahid orang penting UMNO. Ustaz UMNO sesuai dengan keturunannya sebagai anak kepada Tok Guru.

Penulis mengucapkan selamat bertugas kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, dengan harapan Datuk dapat menunaikan janji-janji yang Datuk taburkan kepada rakyat, juga kepada kawan-kawan. Menunaikan janji adalah tanda muslim yang bertaqwa.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008