Monday, May 18, 2009

Awas! Hati-hati Derma Anda

Sejak akhir-akhir ini, kita kerap didatangi agen-agen membuat kutipan derma bulanan. Mereka berselindung disebalik badan atau sumbangan kebajikan untuk membantu mereka yang kepayahan. Berbagai nama badan kebajikan yang mereka wakili. Biasanya untuk membantu pesakit buah pinggang, kanak-kanak sindron down, anak yatim dan sebagainya.

Sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat menjadi sasaran mereka. Ini kerana sumbangan penderma diurus melalui potongan kad kredit, potongan bank secara bulanan atau apa jua sumbangan yang memastikan sumbangan masuk kepada akaun mereka. Penderma yang menjadi sasaran mereka pastinya pegawai baru bertugas atau mereka yang nampak senang diatur terutama perempuan. Mereka yang dilihat agak alim seperti ustaz-ustaz, berjangut, berkopiah atau mereka yang terlibat dengan jemaah Islam jarang didekati. Ini bagi mengelak mereka dipersoalkan.

Apa yang agak memeranjatkan, mereka telah melakukan survey dan mempunyai maklumat yang terperinci tentang pentadbir dan kakitangan pejabat. Ini memudahkan mereka berurusan dan membuat kutipan. Tidak dinafikan, kerja mereka mudah diterima termasuk orang yang agak kedekut sebelum ini juga turut dipengaruhi.

Bila diteliti kepada pamplet yang mereka bawa, sumbangan mereka diberikan kepada sekolah-sekolah dan tadika kristian. Namun demikian, turut diselit juga beberapa badan kebajikan Islam yang kononnya turut menerima sumbangan mereka. Ini bertujuan untuk mengelirukan umat Islam supaya turut menderma kepada mereka. Sekiranya dibeli sekalipun, pastinya badan kebajikan Kristian ini yang mendapat nama.

Malang juga, kebanyakkan petugas-petugas ini terdiri daripada remaja-remaja Islam. Bahkan gambar-gambar ahli lembaga pengarah pertubuhan mereka terdiri daripada beberapa individu muslim yang berpangkat. Tidak peliklah kalau sebelum ini kita dihebohkan dengan penglibatan muslim berjawatan dalam badan-badan freemeson dan pertubuhan kristian yang berperancangan.Usaha mereka banyak mengelirukan umat Islam. Hasil temubual penulis dengan beberapa orang agen mereka, mereka tidak mengetahui bahawa mereka berkerja untuk misionary Kristian. Apa yang mereka tahu, mereka lakukan kerja kebajikan ini untuk membantu insan-insan yang kepayahan disamping mengisi masa kosong mereka. mereka hanya diberikan elaun dan tambang untuk bergerak ke tempat-tempat sasaran. Sebelum itu, mereka turut ditraning sebelum dilepaskan ke merata pelosok.

Peliknya, mereka sanggup mengutip derma ini sehingga waktu malam. Tengoklah di tepi bank-bank Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu. Ini seperti ada sesuatu yang tidak kena pada kumpulan ini. Mereka bebas bergerak. Ini berlainan pulak dengan pengutip derma Islam khususnya Al-Mansur yang menjual sambil menderma Taqwim sembahyang dipandang serong dan ditegur oleh masyarakat. Sedangkan derma sambil membeli hanya RM10 untuk setahun. Ia, ini mungkin ada kaitan dengan prosidur kerja misionary lebih sistematik.

Mudahnya, penulis menyeru para penderma, mendermalah kepada badan amal yang kita kenal dan lebih rapat dengan kita. Dan itulah sadaqah yang ajra (lebih baik). Kenapa bersungguh-sungguh sangat ingin menginfa' bulanan sehingga RM38.00 sebelum kepada badan Amal yang kita sendiri tidak pasti. Kita ada JHEAINS, Yayasan Amal Malaysia, orang miskin keliling kita. Jangan jadi kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan. Susukan kera pun lebih baik daripada melepaskan anjing tersepit atau menyalakan api dalam tong minyak yang kita berada di dalam tong tersebut. Maknanya kita menderma kepada musuh Allah yang hujungnya kemusnahan kepada Islam dan diri kita sendiri

Kepada ketua jabatan atau mereka yang berpengaruh,tolong pastikan perkara ini tidak dibiarkan berleluasa. Jangan bagi masuk pejabat dan permis kita. Pastikan mereka dibawah seliaan kita tidak terlibat. Kita tidak mahu memikul dosa orang.Dosa kita sudah tidak terpikul.Celakalah kita terhumban ke neraka Allah dek dosa orang lain.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008