Tuesday, May 12, 2009

Gua Gomantong Sumber Kekayaan

Sudah hampir 10 tahun penulis bermastautin di bumi Sabah ini. Inilah kali pertama, penulis berkesempatan melawat Gua Gomantong yang terkenal dengan sumber aslinya. Sumber kekayaan yang melahirkan beberapa jutawan Sabah. Kehadiran inipun bukanlah atas kehendak peribadi penulis tetapi sekadar menjadi jurupandu tetamu dari Kelantan.

[Pintu Gua Si Hitam Goamantong]

Sekalipun tempat hanya lebih kurang 40 kilometer dengan rumah penulis tetapi penulis merasakan tiada kepentingan untuk ke sana hanyalah sekadar untuk melihat sarang burung layang-layang dan menonton aksi monyet Belanda yang mancung hidungnya.

Gua Goamantong memang tidak asing dalam peta Sabah dan menjadi salah satu tempat pelancongan. Mat dan Mek Toleh tidak pernah putus datang disini dan bermalam di kg.Bilit . Kampung asal Ahli Parlimen Kinabatangan dan Timbalan BBC Datuk Bung Mokthar Radin. Mungkin, hidung mancung monyet menjadi tarikan kepada pelancong berhidung mancung.....

Gambar atas menunjukkan pondok-pondok kecil dibina dengan bambu bagi menjaga keselamatan sarang Burung. Mahal bah itu.... mesti dijaga betoi..betoi

Hasil maklumat yang kami terima, harga sarang burung layang-layang ini amat mahal dan mengikut kategori. Harga sarang burung layang-layang berwarna hitam RM2000 sekilo, Warna putih RM6000 sekila dan warna merah lebih mahal daripada itu. Biasanya pemborang datangnya daripada Negara China dan Hong Kong. Maksudnya, kempunan sampai matilah kita nak merasa sup Sarang burung layang-layang. Itulah itu.... siapa kata orang Kinabatangan miskin bah??? Belum lagi dikira sawit bah itu...

Rumah penunggu-penunggu Gua berharta. Sarat dengan peralatan mendaki. Macam orang Sungai dan Suluk yang kami jumpa
Pelancong dari Kelantan, Kota Kinabalu dan Semporna yang penulis pandu.

Kami tidak berkempatan untuk melihat dan melawat Gua buatan yang berada berhampiran Kg. Sukau. InsyaAllah, dilain kali, kiranya ada kesempatan. Sahabat-sahabat, jemputlah datang ke Kinabatangan. Pastinya anda tidak menyesal.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008