Monday, June 1, 2009

Manisnya berjemaah: Catatan perjalanan

Ujian menjadi sinonim dengan perjuangan. Lantaran itu, perjuangan adalah pengorbanan dan pergorbanan tidak semestinya terkorban tetapi mungkin juga terkorban. Pastinya keikhlasan hendaklah digandingan dengan pengorbanan melalui perjuangan dan mujahadah. Sebab itu Al-Quran mengingatkan kita bahawa tidak beriman seseorang itu selagimana dia belum melepasi ujian. Antara ujian yang paling besar adalah harta dan anak pinak.

Ujian awal

Pagi hari ingin bertolak , adik ulang alik ke tandas. Sakit perut. Nampak keletihan dia, tersandar didinding.

Sebelum barang dikemas, anak bongsu, puteri sulung, muntah-muntah. Entah apa sebab sukar dikesan. Tidak pasti pulak takut tersalah makan atau sakit budak ini.

Barang sudah kemas. Siap untuk turun. Terdengar jeritan budak-budak ditepi rumah. Ngah berdarah. jatuh atas kereta! yea... leher bajunya bersimbahan darah. Bila diperiksa 3 tempat luka dikepalanya terkena batu bila dia jatuh dari kereta Hilux tuan rumah. 2 lubang mengeluarkan darah. Luka dibersihkan. Diubati. Darahnya berhenti. Dipujuk untuk tidur. Ngah patuh.Semoga Allah memelihara kalian kerana Allahlah penjaga yang paling berhak dan paling wajar. Janji Allah, sekiranya engkau menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.

Manisnya berjemaah

Agak lewat turun dari rumah. Bimbang takut terlepas kapal terbang. Memandu agak laju tetapi dihalang oleh 3 truck tentera yang bersusun-susun. Masa untuk bersabar. Singgah di masjid Sandakan. Minta kawan hantar ke airpot dan minta hantar ke rumah kawan di Taman Fajar. Rumahnya selalu terbuka untuk tetamu bernyawa(orang) atau tidak bernyawa(kenderaan). Ust Mahathir banyak jasanya kepada jemaah.

Di Kuala Lumpur, disambut oleh saudara yang ditaut ukhwah sejak di universiti. Bermalam di rumahnya. Di jamu. hari ini dibawa berjalan di sekitar lembah Kelang. Macam pelacong asing. Sempat berjumpa beberapa orang sahabat. Masing-masing ajak ke rumah dan mau jumpa. Malam ini ada lagi pertemuan untuk ukhwah di samping mencari atau jejak kasih sahabat-sahabat yang terputus gelombang. yea.... ,manisnya berjemaah.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008