Wednesday, September 2, 2009

H1N1: Doa Wabak Penyakit

Penyakit selsema Babi terus mengganas. Kematian angkara H1N1 terus meningkat. Sudah banyak sekolah yang ditutup. Topeng juga turut laris. Kebimbangan kita sudah sampai ke tahap gabang. Kita dicegah supaya tidak biasakan diri dengan tempat keramaian. Persoalannya bagaimana dengan pekerja-pekerja yang selalu berhadapan dengan orang ramai? bagaimana guru mahu berhadapan dengan ribuan pelajar. Bertopeng? Pengajaran dan pembelajaran akan terhalang. Halangan komunikasi. Murid pun takut melihat gurunya cuba mengelak diri dari jangkitan penyakit. Mungkin yang dibimbangi itu dari pelajar.

Bagaimana pula pekedai atau pekerja pasaraya? Sentiasa berhadapan dengan ribuan pelanggang. Macam-macam ada. Selamat ke mereka? Musim perayaan dan jualan murah mengundang puluhan ribu manusia. Berasak-asak untuk membeli persiapan hari raya. bagaimana pula, hadir ke masjid untuk solat teraweh? Tidak bimbang ke? Perlu pakai topeng juga ke? Imam macammana?

Mudahnya, jangkitan penyakit ini terdedah pada bila-bila masa, kepada sesiapa sahaja. Cuma yakinlah ajal maut, sakit sihat, tua mudah, semuanya datang daripada Allah SWT. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga Allah menyelamatkan kita daripada bala bencananya dengan cara berdoa.Setelah kita berusaha dan berdoa, kita bertawakallah kepada Allah. Semuanya atas iradah dan inayahNya. Kita buat tugasan kita. Kalau kita ditakdirkan kita meninggal dunia kerana penyakit ini, kita redha kerana ini hanyalah sebab musababnya. Namun hakikatnya, itu semua adalah ketentuan Allah sejak azali lagi.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008