Friday, September 4, 2009

Iftar Ukhwah

Rutin dan amalan warga PASTI Kinabatangan setiap kali menjelang dan berlalunya Ramadhan. Iftar Jamaie untuk mengikat ukhwah akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun di PASTI Darul Ulum. Ramadhan kali ini tidak kurang juga sambutan daripada ahli usrah. Seramai 43 orang warga telah hadir memeriahkan iftar ukhwah pada kali ini.

Antara kegembiraan orang berpuasa ialah ketika berbuka puasa. Tengok tu! Senyum

Program bermula dengan majlis berbuka puasa dengan sama-sama menikmati hidangan kuih muih yang masing-masing dibawa oleh jemaah. Selepas itu, solat magrib berjemaah. Selepas solat magrib, baru bermulalah makan berat. Makan disediakan oleh Ust Fuad. Istimewa, udang besar, Udang sungai Segeliud, Kinabatangan. Alang-alang bah! Nasi tomato.

Selepas solat Insya', solat teraweh dan witir telah diimamkan oleh Ust Razak dan Ust Fairul.Moreh masih ada, sambung lagi sambil berbincang beberapa perkara yang belum dapat diselesaikan sebelum ini kerana kesibukan masing-masing. Inilah masa yang terbaik untuk mengumpul dan berbincang. Ini kerana sebelum ini, kami berhambur berteraweh di masjid-masjid dan surau bagi menunaikan kewajipan kepada masyarakat dan Allah SWT.

Makan sekadar ibadat, perut sendat
Kuih yang beraneka jenis; Ujian dalam beribadat

Belumpun habis bermuzakarah, Kami didatangi oleh empat orang kristian. Mereka mohon bantuan, anak mereka kerasukan, diganggun jin. ehh!jin ni bulan puasa pun buat kerja tak senonoh juga. Nama dia jin. beberapa orang sahabat berkejar ke sana. Sekadar catatan untuk ingatan warga PASTI yang masih ada dan telah kembali ke negara asal. Kenang-kenanglah kami dalam ingatan kalian.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008