Saturday, September 5, 2009

Muzakarah Perlukan Adab

Belum lagi reda dengan isu kepala lembu, Kerajaan Selangor dengan berani dan bertanggungjawab telah mengadakan sesi dialog dan penerangan bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam. Langkah ini penting untuk Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan kepada penduduk seksyen 23 keadaan yang sebenar dan kewajaran tindakan mereka. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exconya Yb Rodziah dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad secara serius turun berhadapan dengan rakyat. Jarang berlaku kepada kepimpinan yang sbelum ini. Apa lagi isu pemindahan kuil ini adalah tugasan kerajaan Selangor yang tidak diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Namun agak mengecewakan kita dan juga penganut agama lain. Menteri Besar, Exco dan ahli parlimen dihamburkan dengan cercaan, kata nista, ejekan dan kelakuan yang bertentangan ajaran Islam. Perbuatan pejuang Islam (kononnya mempertahankan kawasan supaya tidak terbina kuil di tempat mereka) telah menghiris perasaan masyarakat yang beragama lain dan memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini menyebabkan ada masyarakat Hindu mula mengungkit tentang kesanggupan mereka mendengar azam 5 kali sehari selama ini. Tengok...... bunga-bunga permusuhan sudah mula terpercik. Bukan kita takutkan risiko tetapi tepatkah dari segi agama, cara kita bertindak?

Melihatkan kepada adab bermuzakarah dan kesediaan Kerajaan Selangor berbincang tetapi kekacauan yang pulak yang dibalas memperlihatkan kepada kita, mereka ini bukan pejuang agama yang berlandaskan ajaran agama. Paling tidak hormatlah kepada majlis dan hasrat perbincangan. Berilah hujah-hujah yang rasional sesuai dengan kesediaan Kerajaan berbincang dan membuka ruang kepada kita. Demonstrasi bila ruang rundingan ditutup. Isu agama juga sepatutnya diambilkira apalagi masyarakat Hindu dan agama lain turut berada disitu. Lihat aksi mereka. Apa sebenarnya yang dicari?



Penulis setuju sangat dengan isi surat terbuka Yb Khalid Samad kepada penduduk eksyen 23 Shah Alam, bahawa beliau bersedia kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Baginya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008