Friday, September 18, 2009

Orang Sandakan Kena Skodeng

Penulis sudah larut dengan suasana yang berlaku di sekitar Sandakan. Kekadang rasa seperti tidak kisah lagi. Hanya cegah dengan hati yang melambangkan selemah-lemah iman. Atau penulis sudah hilang iman seperti mana mereka yang tidak puasa dan makan secara terang-terangan tanpa rasa. Pasar Ramadhan dibuka seawal jam 10.00 pagi. Tidak logik untuk juadah berbuka puasa. Sibuk sangat ke penduduk Sandakan berbanding penduduk Kuala Lumpur? Padat sangat ke penduduk sehingga terpaksa membeli awal untuk berbuka bagi mengelakkan orang berasak-asak membeli?

Soal penguatkuasa agama JHEAINS, semua orang tahu.. keupayaan kuasa dan tenaga mereka cukup terbatas. Sekarang masyarakat luar menyuluh Sandakan. Tak malukah kita?

ikutilah tulisan ini, Tajuk : Sehari di Sandakan-Pemandangan Yang Tidak Pernah saya Lihat dan mungkin anda Juga


Sementara menantikan penerbangan balik ke KK jam 2.20 ptg tadi, saya sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Sandakan yang pertama kali saya sampai ini. Seperti dimana-mana bandar samada di Sabah atau di semenanjung, keadaan hari ini begitu sesak ketika ramai yang keluar membeli belah bagi persiapan Aidilfitri. Kenderaan berasak-asak, ditambah pula dengan penutupan beberapa batang jalan disekitar bandar kecil ini.
Beberapa perkara yang menarik perhatian saya pagi tadi. Pertama, Pasar "devider". Belum pernah saya temui sebelum ini, pembahagi jalan dijadikan tempat untuk berniaga oleh peniaga-peniga kecil. Mungkin bagi penduduk tempatan perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan, tapi bagi saya adalah sesuatu yang baru ...

Dan yang paling menarik dan agak terkejut saya dibuatnya ...., lihat saja gambar di bawah ini yang diambil sekitar jam 11.00 pagi di sebuah restoran makanan segera terkenal. Apabila ditanya dengan pekerjanya, katanya pemandangan sebegini adalah perkara biasa ... Masyaallah ... Apa sudah jadi? Nak dikatakan non-muslim kenapa ia bertudung???

Adik ini dalam lingkungan 13-14 tahun bersama mungkin kakak atau ibunya ... tapi bagaimana yang di bawah ini ???


Termasuk suaminya (tiada dalam gambar)

Kalau yer pun "tak dapat berpuasa" kenapa mesti makan di sini ... Mana Majlis Agama Islam Sabah? ...

dan ikuti komen ini:

Salam.

Saya pernah berkhidmat di Sabah selama 7 tahun.

Tahun pertama menjalani ibadah puasa di sana terasa amat sukar dan sedih lebih-lebih lagi kali pertama berjauhan dengan keluarga.

Suasana yang paling memeranjatkan adalah serupa dengan paparan oleh mimpi senja.

Ini bermakna telah berbelas tahun saya kembali ke Semenanjung nampaknya ianya masih tidak berubah.

Wahai pemimpin-pemimpin UMNO yang masih mengaku memperjuangkan kesucian agama Islam , ke mana kamu selama ini sehinggakan fenomena ini masih tidak berubah.

http://mimpi-senja.blogspot.com/2009/09/sehari-di-sandakan-pemandangan-yang-tak.html

#Marilah kita mengambil langkah terbaik untuk menjaga maruah Islam, penduduk beriman setempat dan Sandakan. Sebarkan dakwah dan bertindaklah dalam bidang kuasa dan kemampuan masing-masing

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008