Thursday, October 29, 2009

Al-Fatihah Untuk GuruKu : Tuan Hj Abdullah

Pagi tadi (30hb Oktober: Jumaat), penulis mendapat panggilan telefon dari kampung. Bapa penulis memaklumkan guruku dan guru Al-Quran adik-adik penulis, Tuan Hj Abdullah meninggal dunia selepas solat suboh. Allahyarham tidaklah sakit teruk, cuma sedikit sesak nafas sebelum menghembus nafas terakhirnya.

Tuan Hj Abdullah menjadi guru Al-Quran agak lama dan bertugas secara sukarela tanpa sebarang imbuhan daripada Kerajaan mahupun masyarakat. Beliau seorang guru yang gigih dan bercita-cita tinggi agar murid-muridnya menjadi pembaca Al-Quran dengan baik. Selain daripada mengajar, beliau juga seorang pelajar yang rajin dan tekun. Penulis pernah mengikuti pengajian Allahyarham. Pengajian dan pembelajaran beliau bermula selepas melaksanakan Qiammullai. Itu hebat pengajian Al-Quran beliau , biasa bermula jam 2.00 pagi.

Hampir semua adik beradik penulis belajar Al-Quran dengan Tuan Hj Abdullah dan cukup besar jasanya Tuan Hj Abdullah kepada keluarga penulis.

Penulis menjemput para sahabat dan pembaca blog penulis untuk sama-sama menyedakahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham Tuan Hj Abdullah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para syuhada dan solehin. Al-Fatihah..................

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008