Sunday, October 4, 2009

Antara Masbuq dan mufrad

Petang tadi, penulis singgah untuk solat asar di sebuah surau yang agak sempit. Penulis melihat sudah ada seorang lelaki sedang solat asar. Lega penulis kerana dapat solat berjemaah sekalipun secara masbuq. Akan tetapi agak sukar kerana dia solat dengan dinding disebelah kanannya. Hilang satu fadhlilat. Penulis cuba menyusun tapak untuk masbuq disebelah kirinya tetapi terkejut pula kepada tali leher besi pada pemuda yang sedang sembahyang tadi. Eh... bagus ko orang nak aku jadikan imam ini? Bila penulis perhatikan, timbul lagi kecacatan pemuda solat ini. Seluarnya kocak. Rock mungkin. Seluarnya dikocak-koyak. Benang di putus-putuskan. Berlubang di beberapa tempat. Astiqfirullahal Azim.... tidak boleh masbuq ni. Dalam keadaan berfikir begitu.... siap dia sembahyang. Tahiyatnya beberapa saat je.Terus keluar......

Ketika penulis sedang sembahyang, datang seorang lelaki dan sembahyang di sebelah penulis. Rugi lagi pahala jemaah. Semasa penulis sedang menadah tangan berdoa, seorang demi seorang lelaki masuk untuk solat asar. Semuanya solat secara berasingan.Terfikir penulis, kenapa jadi sedemikian. Adakah semua yang singgah sembahyang itu terlalu sibuk sehingga tidak sanggup berjemaah atau mereka bersangkaan tidak baik kepada mereka yang terlebih dahulu sembahyang seperti penulis tidak yakin kepada pemuda yang memakai tali leher besi dan berseluar koyak tadi?

Melalui kisah yang dialami penulis sebentar tadi, kita boleh mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki kualiti ibadah kita;-
a. Hendaklah kita faham dan jelas pra syarat sah dan batal sesuatu ibadat itu. Sehubungan dengan itu juga selalulah memakai pakaian yang menutup aurat kerana ianya akan memudahkan kita beribadah pada bila-bila masa.
b. Dalam Hal sembahyang ditempat yang sempit dan biasa digunakan oleh musafir, kita mestilah;-
i. Sembahyang di depan mungkin dan di bahagian tengah supaya memudahkan orang lain sembahyang dan boleh masbuq di belakang kita.
ii. Lakukanlah solat secara berjemaah kerana pahalanya 27 kali ganda dan boleh mengikat ukhwah antara satu sama lain.
iii. Tidak segan untuk mengajak orang lain supaya solat berjemaah bersama-sama kita.
iv. Jangan solat lama dan tidur di dalam surau yang sempit dan selalu dikunjungi.
v. Berilah kepercayaan kepada orang yang sedang sembahyang sekiranya dia tidak cacat yang boleh merosakkan aqidah. Kalau yang sudah terbatal solatnya, nak jadikan dia sebagai iman macammana? Cari nahas dengan Allah.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008