Friday, October 16, 2009

ISA Berbisa dan Berjasa

Sekalipun PRK Bagan Pinang sudah seminggu berlalu dan menatijahkan UBN kembali menguasai kemenangan PRK. Kemenangan ini setelah UBN mengalami kekalahan bersiri pada 7 PRK sebelum ini. Kemenangan ini pastinya cukup manis kepada UBN dan pendokong-pendokong fanatiknya. Ianya bagaikan mati hidup semula. Kemenangan besar dan gilang-gemilang Tan Sri Isa Samad dengan majoriti 5435 mengatasi semua kemenangan PR dalam pilihanraya kecil di peringkat DUN sekalipun di DUN Permatang Pasir yang menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat.

Isa wajar diangkat sebagai hero UBN kerana telah mengembalikan maruah Parti politik tertua itu.UMNO telah mengalami kemurungan yang cukup lama dalam siri-siri pilihanraya kecil semenjak 08 Mac 2008. Sebelum kemenangan Isa, UBN seperti sudah sah sebagai parti politik atau gabungan politik yang sudah monopous. Dalaman parti komponen Barisan Nasional dilanda Tsunami dan pimpinan saling bercakaran kerana menganggap kekalahan demi kekalahan adalah berpunca daripada pimpinan tertentu. Bermula gelora dalam kepimpinan Gerakan, berjangkit kepada PPP, menghambat Pak Lah dari kerusi Keperdanamenterian dalam UMNO. Seterusnya Makkal Sakti menghantui Samy Vellu yang diterpa bekas Timbalannya. Tidak cukup dengan itu, cakaran muka Ong Tee Kiat dan Chua Sooi Lek mengheret parti tertua orang Cina itu memecat timbalannya dan presidennya mendapat undi tidak percaya dalam EGMnya.

Biarpun badai melanda, ribut meraum, komponen BN berantakan, pantai Port Dickson menjadi saksi, Isa memang berbisa. UBN masih relevan.... UBN masih sandaran orang Melayu, One Malaysia diterima rakyat jelata. Media mencanangkan kemenangan Isa, berbisa dan berjasa. Biarpun Isa dituduh berlumuran dengan najis rasuah dan dilihat menjadi jurucakap partinya dan dirinya sendiri dalam menghadapi serangan musuh-musuh politiknya, Isa masih menang. Pengundi Bagan Pinang mengenang jasa Isa.

Pastinya, jasa Isa yang berbisa dihidangkan diperhimpunan Agung UMNO. UMNO masih kuat. Kalah sebelum ini kerana bertanding dikubu Pakatan Rakyat. Khairi antara orang yang bangga dengan kemenangan Isa. Penuh yakin dan lantang, Khairi melebelkan Anwar Ibrahim dengan macam-macam lebel. Khairi juga melaungkan sumpahnya untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri. Keberanian Khairi kerana Isa yang berbisa.

Jasa Isa tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Isa mesti dikembalikan ke tempat asalnya. Najis rasuah (politik wang) yang memalitnya mesti dicuci lembaga Disiplin UMNO. Merekalah yang mengesahkan Isa terlibat politik wang dan menghukum ISAkan Isa selama 6 tahun. Belum pun sampai 6 tahun, najis itu dijilat bersama UBN di Bagan Pinang. Isa sudah bersih tetapi masih berbau liur-liur penjilat-penjilatnya. Usaha untuk membersihkan liur-liur itu, mungkin dapat sekiranya kerusi Naib Presiden UMNO dan Menteri Besar Negeri Sembilan dinobatkan kembali kepada Tan Sri Isa. Cuma, bersediakah Mohamed Hassan menyerahkan Kerusi empuk Menteri Besar neferi Sembilan kepada Tan Sri Isa? Mohamed Hassan yang kelihatan seperti tidak ceria dengan pemilihan Isa sebagai calon UBN di Bagan Pinang. Tidak pasti pula, kalau dia amat gembira bila Isa menang besar di Bagan Pinang.

Apakah perlu antara ketiga-tiga Naib Presiden Zahid, Hishamuddin atau Shafie Afdal bersedia melepaskan jawatan 1 Naib Presiden kepada Tan Sri Isa. Ini kerana penyertaan Isa dalam pertandingan Naib Presiden sebelum ini di atas padang yang tidak sama rata. Isa masih berbau busuk lantaran palitan rasuah oleh lembaga Disiplin UMNO. UMNO mesti berubah.... mesti berubah.... Pastinya Tan Sri Isa bagaikan harimau lapar yang terlepas kandangnya. Tan Sri Isa akan terus mara. Jangan cuba dihalang. Kawan ataupun lawan...

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008