Thursday, October 29, 2009

Khutbah pertama di Masjid Daerah (majid Baru)

Masjid Daerah Kinabatangan yang baru digunakan untuk solat jumaat. Sekalipun masjid masih belum mempunyai air untuk mengambil wuduk dan sebagainya, namun demikian warga Kinabatangan bagai sudah tidak sabar menggunakan masjid daerah yang sekian lama dinantikan.


Hari pertama kali aku berpeluang berkhutbah di masjid ini. Jemputan khutbah dibuat ketika aku sedang bertugas. Maka persiapan Khutbah agak kelam kabut. Namun kesempatan ini tetap digunakan untuk berkongsi bersama masyarakat. Tajuk khutbah yang dipilih berkaitan "KEPERCAYAAN MISTIK DAN TAHYUL DALAM MASYARAKAT ISLAM". Tajuk ini dipilih kerana esok akan diadakan Seminar Menangkis Kejahatan Makluk Halus oleh Ust Sarhan Shafie di Kinabtangan. Ikuti khutbah ini.


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك لـه وأشهد أن محمداً عبده ورسوله صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه وسلم تسليماً كثيراً

أما بعد :- فاتقو الله عباد الله حق التقوى فمن اتقى ربه نجا ومن أعرض عنه تردى . أيها المسلمون :-


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita tanamkan dalam diri kita perasaan takut dan gerun kepada Allah SWT. Takut maksud ia yakin dan percaya bahawa tiada makluk lain yang mampu menandingi kekuasaan dan hanya Allah SWT sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Mimbar jumaat pada hari ini akan membicarakan mengenai " kepercayaan mistik dan tahyul dalam masyarakat islam ". Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanihan dan keajaiban. Manakala tahyul pula ialah kepercayaan yang karut dan bersifat jahil. Cerita dan minat terhadap tahyul dan mistik bukan merupakan isu baru dalam masyarakat Islam di Malaysia, sebaliknya telah berakar umbi sejak zaman nenek moyang lagi. Kisah mistik dan tahyul sentiasa menarik minat masyarakat Islam sehingga pameran jin dan alam misteri yang pernah dianjurkan suatu masa dahulu mendapat sambutan yang luar biasa. Begitu juga dokumenteri dan filem mengenai mistik dan tahyul yang ditayangkan hampir dalam setiap saluran television turut mencatat bilangan penonton yang tinggi.


Ilmu mengetahui pelesit, langsuir, puntianak, Balang-balang, pocong, toyol dan hantu raya, merupakan nama-nama hantu yang sebati dalam minda orang Melayu. Begitu juga istilah-istilah saka, susuk, santau, pelaris,Santet, puja, seru, badi mayat, orang bunian, penunggu, dan mambang yang mempunyai hubungan yang erat dengan jin dan syaitan.


Mempercayai kewujudan jin merupakan salah satu aspek kepercayaan kepada alam ghaib yang wajib diimani. Al-Quran turut merakam sejarah perhubungan manusia dengan jin semenjak dari penciptaan Adam a.s , perdebatan nabi Musa dengan ahli sihir firaun' , nabi Sulaiman dengan Ratu Balkis malah nabi Muhammad SAW juga turut berdakwah kepada kaum jin.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Liputan meluas terhadap cerita mistik dan tahyul ini telah mengakibatkan sindrom takut dikalangan masyarakat terutama kanak-kanak. Takut mereka kepada apa yang dinamakan hantu dan mahluk halus mengatasi takut mereka kepada Allah SWT. Mereka sering didedahkan dengan gambaran hantu-hantu ditanah perkuburan, hantu-hantu yang gemar mencekek mangsa dan menghisap darah, hantu-hantu yang memengal kepalanya sendiri yang telah tercabut, keranda terbang, tongkat berdiri sendiri dan seumpamanya. Ketakutan ini terbawa-bawa didalam tidur mereka sehingga melemahkan semangat, tubuh badan seterusnya minda mereka.


Bukan itu sahaja, bomoh dan dukun palsu yang tidak mengikut cara dan akidah Islam pula turut menjadi tumpuan segelintir masyarakat Islam untuk merawat segala penyakit samaada penyakit zahir ataupun misteri. Anggapan sesetengah orang, rawatan dengan azimat dan tangkal dan seumpamanya lebih berkesan dan cepat sembuh berbanding rawatan secara Islam. Kadangkala bomoh dan dukun palsu ini mengelirukan masyarakat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran disamping ramuan jampi dan serapah mereka.


Segelintir umat Islam menganggap bomoh mampu mengetahui alam ghaib dan meramalkan sesuatu perkara. Justeru tidak hairanlah bomoh dan dukun menjadi tempat tumpuan dan rujukan utama segelintir masyarakat Islam dalam menyelesaikan masaalah jenayah seperti kecurian, pencolekkan, pembunuhan dan sebagainya. Bukan itu sahaja bomoh juga turut dijemput dalam majlis perkahwinan dan kenduri-kendara sebagai benteng pertahanan daripada hasad dengki manusia melalui perantaraan jin dan syaitan.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Sejarah anutan masyarakat melayu sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan animisma. Hindu ataupun buhda turut mempergaruhi kepercayaan masyarakat islam berhubung perkara mistik. Pegangan agama yang dihayati oleh orang melayu tidak berupaya menyingkirkan sebahagiaan amalan karut dan bertentangan dengan hukum islam. Pengetahuan yang kurang mengenai islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat Islam terjebak kedalam lembah kesyirikan tanpa disedari. Begitu juga akidah umat Islam yang nipis dan longgar menjerumuskan mereka kelembah kesesatan. Percayalah bahawa kepercayaan kepada kuasa lain selain Allah SWT yang boleh menyembuh dan merawat penyakit akan merosakkan akidah seseorang Islam. Kepercayaan bahawa seseorang itu mampu mengetahui perkara ghaib juga merupakan kepercayan yang sesat, berdosa dan bertentangan dengan akidah Islam.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Kita seharusnya meletakkan kedudukan kita sebagai khalifah dimuka bumi lebih mulia dari jin dan syaitan. Ketakutan kita kepada mahluk jin, syaitan dan pergantungan kita kepada mereka sebenarnya merendahkan martabat kita disisi Allah SWT.

Sebagai orang Islam kita juga harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah mainan syaitan dan sihir yang diajar oleh syaitan kepada manusia. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 102 :


وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ
وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ
مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ
وَلا يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنْ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
(102
)

Yang bermaksud :

" Dan mereka mengikuti ajaran-ajaran syirik yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan nabi Sulaiman, pada hal nabi Sulaiman tidaklah kafir ( tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu ), akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir ( dengan amalan sihir itu ), dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir ".


Sebagai orang Islam kita juga hendaklah mempercayai bahawa hanya Allah SWT yang mengetahui alam ghaib. Kepercayaan bahawa bomoh atau orang-orang tertentu boleh mengetahui alam ghaib dan mengetahui perkara yang akan datang merupakan perkara yang sesat dan harus dijauhi. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang terdapat dalam sahih muslim yang bermaksud :

" Sesiapa yang mendatangi tukang tilik kemudian bertanya kepadanya sesuatu tidak akan diterima solatnya selama 40 malam ".


Rasulullah SAW pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai perkhabaran yang disampaikan oleh bomoh yang ada kalanya benar. Hadis daripada Aisyah r.a yang diriwayatkan oleh Bukhri dan Muslim yang bermaksud :

" Aisyah berkata : Sahabat bertanya kepada Rasulullah mengenai al-khuhan. Rasulullah SAW menjawab : " Mereka tidak bernilai disisiku. Sahabat bertanya lagi : "wahai Rasulullah , mereka mengkhabarkan perkara yang kadang kala benar. Rasulullah SAW menjawab : berita yang benar tersebut dicuri oleh jin lalu menyembunyikannya ditelinga tuannya seperti bunyi ayam dan mencampur-adukkan dengan lebih dari seratus penipuan.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Kita sebagai ibubapa, pemimpin masyarakat, pendidik yang terlibat dalam pendidikan anak-anak, hendaklah memikirkan kemaslahatan umat dan tidak terlalu memikirkan cara mudah untuk menyekat kemahuan anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka kepada hantu. Apa lagi dengan menggunakan bomoh atau dukun untuk menyelasaikan masalah-masalah yang timbul. Niat yang baik tetapi natijahnya melahirkan masyarakat yang penakut juga merupakan amalan yang merugikan dan sia-sia. Sekalipun usaha yang kita lakukan untuk menyekat keburukan dan mengandungi pengajaran serta tauladan, namun jika kesan buruknya lebih banyak daripada kebaikan, maka ia wajar dihentikan. Masyarakat kita tidak sewajarnya dilekakan dengan isu hantu dan jin sehingga terlupa isu yang lebih besar membabitkan agama, bangsa dan negara.

Firman Allah SWT :

قال الله عز وجل : ( وأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا ) الجن/6

" Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki daripada kalangan jin, kerana jin-jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan ". ( al-jin : 6 )

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيمِ، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذّكر الحكيم، ونفعنا بهدي سيِّد المرسلين وقولِه القويم. أقول قولي هذا، وأستغفِر الله العظيمَ لي ولكم ولسائر المسلمين من كلّ ذنب، فاستغفروه إنّه هوالغفور الرحيم


Khutbah dua

الحمد لله ربِّ العالمين، الرحمن الرحيم، مالكِ يوم الدين، أحمد ربِّي وأشكره، وأشهد أن لا إلهَ إلا الله وحده لا شريكَ له الملك الحقّ المبين، وأشهد أنَّ نبيَّنا وسيِّدنا محمَّدًا عبده ورسولُه الصادقُ الوعدِ الأمين، اللّهمّ صلِّ وسلم وبارك على عبدك ورسولك محمدٍ، وعلى آله وصحبِه أجمعين.

أمّا بعد: فاتقوا الله تعالى وأطيعوه، فإنَّ طاعتَه أقومُ وأقوى وذخرٌ لكم في الآخرة والأولى.

عبادَ الله، إنَّ الصبرَ مُرُّ المذاق في ساعةِ الحالِ، حُلوُ المذاق في العاقبة والمآل، قال الله تعالى: وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرينَ وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّ بِاللهِ وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلاَ تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ [النحل: 126،


Sidang jumaat yang berbahagia,

Hindarilah diri kita daripada terlibat dengan amalan-amalan kepercayaan kepada unsur tahyul dan mistik boleh merosakkan akidah umat islam dan membawa kepada syirik. Ini kerana kepercayaan kepada unsur tahyul dan mistik boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap aspek sosial, ekomoni, emosi, sikologi dan membantutkan pacuan kemajuan dan kecemerlangan umat.


Begitu juga dengan cerita-cerita seram jika tidak dikawal boleh melemahkan semangat, tubuh badan dan minda kanak-kanak. Olah itu umat Islam seharusnya berhati-hati dalam menerima rawatan secara tradisional dengan memastikan bahawa rawatan tersebut tidak bertentangan dengan akidah syarak.


Yang bermaksud :

Ya Allah SWT, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam . Justeru kami dengan pohon kehadratmu ya Allah SWT , tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi perkerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redai, lindungilah kami daripad ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan bertambah makmur dan berkat

.


فمن عرف ربَّه وعرَف ما أعدَّ لأوليائه وما توعَّد به أعداءه وعرَف مقامَه في هذه الحياة استلذَّ الصبرَ في مرضاة الله، واستقلَّ ما قامَ به من طاعةِ الله، وخافَ مِن هوْل المطَّلع الذي سيقدُم عليه ولا بد وحذر من المحرَّمات.

عباد الله، إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [الأحزاب: 56].

فصلُّوا وسلِّموا على سيّد الأولين والآخرين وإمام المرسلين.

اللّهمّ صلِّ على محمّدٍ وعلى آل محمّد كما صلّيت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنّك حميدٌ مجيد، اللّهمّ وبارِكْ على محمّدٍ وعلى آل محمّد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنّك حميدٌ مجيد، وسلِّم تسليمًا كثيرًا.

اللهم وارضَ عنِ الصحابة أجمعين، وعن خلفاء النبيِّ : أبي بكر وعمر وعثمان وعليّ، وعن سائر الصحابة أجمعين، وعن التابعينَ ومَن تبعهم بإحسانٍ إلى يوم الدين، اللّهمّ وارْضَ عنَّا معهم بمنِّك وكرمِك ورحمتك يا أرحمَ الراحمين.

اللهم أعزَّ الإسلام والمسلمين، وأذلَّ الكفر والكافرين، ودمِّرْ أعداءَك أعداءَ الدين يا ربَّ العالمين. اللّهمّ ألِّفْ بين قلوب المسلمين، وأصلح ذات بينهم، واهدهم سُبُل السلامِ، وأخْرجهُمْ من الظلمات إلى النور، اللهم انصرهم على عدوّك وعدوّهم يا رب العالمين. اللهم انصر دينك وكتابَك وسنةّ نبيّك يا قويّ يا متين...

Diubahsuai : Khutbah JAIS

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008