Monday, October 26, 2009

Perkasa dan Kuasai Media Baru

KUNDASANG, 26 OKT: Media alternatif mesti diperkasakan dan dikuasai oleh pendokong-pendokong jemaah Islam dalam menghadapi asakan maklumat yang menghakis ketuanan Islam. Penguasaan media alternatif,khususnya ICT amat penting dalam mengimarahkan medan dakwah dan siasah. Demikian tegas, AJK PAS Pusat juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Ahmad Dullah semasa merasmikan penutupan Konvosyen ICT PAS Sabah disini kelmarin.

soff kepimpinan PAS Sabah

Kejatuhan Regim Suharto di Indonesia dan pengekalan kuasa Parti Komunis di China bersangkutpaut dengan peranan yang dimainkan oleh media di negara terbabit. Kewujudan media baru atau media alternatif patut dijadikan aset oleh pendokong-pendokong jemaah dalam memperkasakan dan melebar pengaruh jemaah. Kesangsian generasi muda terhadap media sedia ada begitu terhakis kerana laporan yang berat sebelah patut ditampung oleh media baru.

Sehubungan dengan itu, Hj Ahmad berharap, hasil daripada konvesyen ini akan lahir penulis, wartawan dan blogger yang boleh memberi pandangan yang bernas dan membina anjakan paradigma kepada masyarakat. Persoalan kebajikan dan kemiskinan rakyat patut diberi keutamaan oleh para penulis sebagai satu usaha membela rakyat.

Beliau juga berharap pihak Harakah dapat melantik pemberita-pemberita disetiap daerah kerana jemaah memerlukan ramai penyalur maklumat. Faktor geografi dan keluasan negeri Sabah turut menjadi hambatan dalam menyalurkan berita sekalipun Sabah sarat dengan berita-berita kemiskinan dan kebajikan rakyat.

Turut hadir Pengarang Kanan Harakah, Taufek Yahya, Mazlan Jusoh dan Zubair Embong serta Aminuddin Aling, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Sabah.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008