Tuesday, October 27, 2009

Separuh Akhir Piala Malaysia: Ramai Kecewa

Tindakan stesen utama TV Malaysia seperti RTM dan TV3 tidak menyiarkan siaran langsung pertandingan separuh akhir Bola Sepak Piala Malaysia telah menyebabkan ramai peminat bola sepak tanah air kecewa dan menyifatkan tidakan stesen TV terbabit sebagai tidak patriotik serta tidak menyokong perkembangan Bola sepak tanahair yang kian terpinggir.

"Kalau TV kita tidak berminat mahu siarkan piala malaysia, siapa lagi nak siarkan? Tak mungkin TV Singapura nak siarkan". Keluh Razak melepaskan kekecewaan kerana gagal menyaksikan aksi separuh akhir Piala Malaysia kali ini. " Sudahlah aksi bola sepak tempatan kurang mendapat publisiti dan sokongan, hingga peringkat tertinggi pun kita masih segan untuk tonjolkan bolasepak kita, macamamana bola sepak kita nak berkembang? Persoalan Wan Khairil yang terlepas menyaksikan aksi pasukan kesayangannya, Kelantan menentang Perlis di Kota Bharu.

"Aloh la..... Kalau Kelantan main gak, tak dok dalam TV selalu...., TV ni akan siarkan kalau Selangor beraksi." protes Azli seorang peminat setia pasukan Kelantan.

Penyokong dan peminat Kelantan yang berada diluar Kelantan dan tidak berpeluang ke Stadium Sultan Muhammad ke IV boleh dikatakan peminat yang paling kecewa. Apa tidaknya, bukan selalu pasukan dapat beraksi hingga peringkat tertinggi seperti ini. Kelantan pernah melangkah ke separuh akhir pada tahun 1992 dan dikecewakan Kedah di separuh akhir. Selepas itu, pasukan Kelantan terus merudum sehingga terpaksa beraksi dalam liga FAM sebelum muncul pasukan ketiga terbaik untuk kembali bersaing dalam Liga Super, seterusnya mara ke Separuh Akhir buat pertama kalinya di era melinium ini.


PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (tengah) dikepung pertahanan Perlis dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, semalam. [gambar Berita Harian]

Separuh akhir pertama Piala Malaysia melibatkan pertemuan Kelantan menentang Perlis di stadium Sultan Muhammad ke IV dan Negeri Sembilan menerima kunjungan Terengganu di Stadium Abdul Rahman Paroi. Pasukan Kelantan malam tadi, tidak mengecewakan 25,000 peminat fanatiknya apabila berjaya membenam Perlis dengan 2-0. Gol jaringan Inda Putra Mahayuddin dan Mohd Rizal Fahmi menjadi bekalan yang baik untuk bertandang ke Stadium Utama Kangar. Peminat Kelantan amat berharap Kelantan dapat meneruskan aksinya ke perlawanan akhir setelah berjaya melangkan ke perlawanan akhir 39 tahun lalu.

Sementara itu, Negeri Sembilan menarik nafas lega berbaur bimbang apabila menang 1-0 ke atas Terengganu di Stadium Abdul Rahman, Paroi. Keempat-empat pasukan akan bertembung secara timbalbalik pada untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawan akhir di Stadium Bukit Jalil pada 7 November nanti.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008