Tuesday, October 6, 2009

Untung Lendir RM100,000

Kegiatan pelacuran merupakan industri kuno yang masih bertahan sehingga sekarang. Kegiatan terus merebak dari semasa ke semasa. Ianya terus mendapat tempat di jiwa-jiwa bebal manusia durjana. Pertambahan pelacur bermakna pelanggangnya juga bertambah. Bertambah dan bercambahnya pelacuran juga bermaksud bertambah cepat bala Allah datang dan bertambah rosak akhlak dan sahsiah ummat.

Dalam keadaan kita melihat dengan ngeri gempa bumi serta tsunami yang berlaku disekeliling kita, malah di negara jiran kita Indonesia seperti apa yang berlaku di Aceh, Padang, pulau Jawa. Tidak kurang ngeri juga apa yang menimpa saudara kita di Filipina. Maksiat terus bermaharajalela. Mereka tidak ambil kisah itu semua. Seakan mereka tidak mahu terfikir apa lagi terlibat. Barangkali mereka beranggapan mereka tidak akan kena bala itu...

Bala.....mana ada bala? Itu faktor geografi.... Indonesia memang layak kena sebab negaranya berada dalam lingkaran gunung berapi dan gempa bumi... Subhanallah.... itu sikap manusia yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 7
( ختم الله على قلوبهم وعلى سمعهم وعلى أبصارهم غشاوة ولهم عذاب عظيم (
Maksudnya: Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat.

Kita selalu mencari dalih supaya tindakan sumbang kita dipandang mulia. Sekalipun perbuatan itu jelas bertentangan menyalahi syariat dan keji kesannya kepada ummah.

Pelacuran adalah perbuatan yang jijik kerana ianya melihatkan soal maruah diri, soal keturunan dan kesahihan harta yang terkandung dalam dhururah khamsah yang perlu dipertahankan oleh setiap individu muslim. Persoalannya kenapa pelacuran boleh mencecah sehingga 7810 orang yang tertangkap. Berapa jumlah yang belum ditangkap? Pastinya jumlahnya jauh lebih besar daripada ini. Kenapa pelacur asing sanggup datang menyundal di negara ini? Pastinya mereka mendapat banyak keistimewaan yang diberikan oleh warga kita. Kalau tidak, masakan mereka sanggup mengeluarkan lendir-lendir mereka di negeri orang lain. Apalah istimewanya pengemar lendir Malaysia jika dibandingkan warga negara asal mereka? Siapalah pelanggan kepada wanita Uzbekistan sehingga mereka mampu meraih pendapatan bulanan hingga mencecah RM100,000 hasil khidmat ditawarkan.

Siapakah penyumbang sehingga RM100,000 itu. Adakah ia hanya dari kalangan petani,penarik beca, tukang sapu atau mat-mat Indo atau Bangla? Banyak pula duit mereka atau ianya dijalankan dan diatur oleh sendiket yang kukuh cekamannya.

Sekukuh mana cekaman mereka, cekaman Allah Maha hebat. Semua akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah Rabbul Jalil nanti. Tidak mungkin terlepas kecuali dengan cara kita melaksanakan Sabda Rasulullah:

وعن أبي سعيد الخدري -رضى الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: من رأى منكم منكرا، فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان رواه مسلم

Maksudnya: Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengunah dengan tangan (kuasa), Maka sekiranya ia tidak berkemampuan, maka hendaklah diubah dengan lisan, maka sekiranya dia tidak berkemampuan juga maka hendaklah diubah dengan hati dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008