Saturday, December 19, 2009

Hijrah Menuju Puncak

Marilah kita merafakkan kesyukuran kepada allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumi anygerahNya ini. Tahun baru datang lagi, umur kita semakin meningkat, kita semakin segar dan bertenaga, kemudahan hidup makin bertambah dan kematian semakin dekat. terlalu dekat...

Biarpun masa semakin singkat, suntuk, kita mesti terus berkejaran..... berlari mengejar masa, mengelak tergelincir ke jurang kehinaan di dunia. Jurang kehinaan di dunia bakal terjun ke dalam bakaran neraka Allah yang menjulang tingginya.

Hijrah menuju puncak secara berlari mengejar masa dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah untung diri, agama, bangsa dan negara. Dalam keadaan kita berlari menuju puncak, kita terpaksa merempuk onak dan duri kehidupan. Biar tercalar betis, luka berdarah kulit-kulit kehidupan..... kita mesti berlari... berhijrah.... usah diam membisu, sedangkan masa berarak pantas.

Apa yang kejar ini adalah hidup mulia dan mati mulia. Mulia kita, biar hadirnya terasa nikmat.Nimatnya bukan sekadar meleleh di dunia fana ini. Nikmatnya hingga terpercik ke syurga Allah. Jalan yang benar, bimbangan nurani dan hati yang telus merupakan resipi kemuliaan hidup sebenar.

Mohon dijauhkan kehidupan yang rosak dan merosakan. Rosak hidup dan mengheret orang lain menuju jurang sama , menjadi seburuk-buruk kehidupan di sini dan di sana.Benarlah madah muda mudi " seandainya anda tidak berupaya menjadi garam yang menahan ikan daripada busuk, janganlah pula menjadi lalat yang merosakkan ikan". Jangan jadi ulat. Giuk.... (bilang orang Sabah) dalam kehidupan.

Asma' Abu Bakar memberi amaran kepada Hajaj Bin Yusuf Al-Saqafi yang menyeksa dan membunuh anaknya Abdullah bin Zubair " Kamu telah merosakan kehidupan dunianya (Abdullah bin Zubair) tetapi dia telah merosakkan akhiratMu".

Ungkapan Asma ini mengingatkan kepada kita supaya tidak menjadi musuh pejuang Islam kerana bakal membawa ke neraka sedangkan akhirat adalah tempat tinggal yang abadi.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008