Thursday, December 31, 2009

Krisis Gula Berakhir!!!!!!???

Setelah sekian lama, kita terpaksa berhadapan dengan krisis gula sehingga menimbulkan banyak persoalan keadaan sebenar yan g berlaku dan bakal berlaku. Kini persoalan itu sedikit terlerai dan tertonjol apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Sebelum ini, pengguna terpaksa berasak-asak dikedai dan juga pasaraya untuk mendapat bekalan 2 kilo gula seperti mana yang termaktub dalam syeksyen 12 ,akta pembekalan dan kawalan 161 yang menghadkan 2 kilo gula untuk setiap orang. Had ini pasti menyukarkan pengguna. Banyangkan pengguna dari jauh dari bandar hanya mampu mendapatkan 2 kilo gula sahaja sekaliun mereka datang dari jauh. Nasib kalau gula itu masih ada.

Tinjauan di Sandakan, dua hari sebelum kenaikkan 0.20 gula mendapati penjual-penjual meletakkan gula dikaunter-kaunter bayaran bagi memastikan hanya 2 kilo gula sahaja untuk setiap pelanggannya. Biasanya pengguna akan menyerbu memburu gula dalam jam 11.00 pagi kerana gula dijangka masuk kedai pada waktu tersebut. Sekejap sahaja gula akan habis. Ramai juga yang kelihatan kecewa kerana gagal mendapatkan gula. Majoriti yang membeli hanya membeli gula sahaja.

antara pengguna yang berbaris mendapatkan gula sebelum berita kenaikan harga gula

Bagi pasarraya yang tidak meletakkan gula di kaunter, ada pengguna yang mengejar troli yang membawa gula dan mengambil HAKnya. Keadaan ini menyebabkan banyak plastik-plastik gula koyak dan gula berhambur dilantai.

Kenaikan harga gula ini sempena Tahun Baru bagaikan hadiah kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah gula yang membeliti rakyat selama ini. Peniaga bagaikan sudah mengetahui jalan penyelesaian ini, bertindak mengawal penjualan gula pada tahun 2009 . Timbul persoalan dibenak kita. Selesaikah masalah pengguna dengan kenaikkan 0.20 ini? Pastinya segala penyelesaian yang dilakukan menjadikan pengguna sebagai mereka yang memikul beban. Seiring dengan kenaikan harga gula, barang makanan berasaskan gula juga akan naik.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008