Wednesday, February 24, 2010

Takaful IKHLAS terima anugerah Penyedia Takaful Terbaik


Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) berjaya merangkul anugerah Penyedia Takaful Terbaik dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney (Euromoney Islamic Finance Awards 2010), di London, baru-baru ini.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu membuktikan komitmen syarikat sebagai penyedia utama perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan inovatif berasaskan prinsip dan nilai Islam.

Menurutnya, anugerah itu secara tidak langsung meletakkan jenama Takaful Ikhlas di posisi kemuncak membabitkan perkhidmatan perlindungan kewangan yang berasaskan prinsip dan nilai Islam.

“Jenama Takaful Ikhlas mempunyai matlamat, destinasi dan imej tersendiri yang bukan mudah bagi syarikat lain dalam industri sama mengadaptasinya.”

“Kejayaan ini tidak akan di capai tanpa sokongan dari pihak kerajaan, para pelanggan, pihak atasan, kakitangan syarikat, semangat kerja berkumpulan dan kesungguhan serta dedikasi dalam etika kerja dari setiap anggota,”katanya selepas menerima anugerah itu.

Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2010 (Euromoney Islamic Finance Awards 2010) disifatkan sebagai penghargaan tertinggi dalam kalender kewangan Islam dan pengiktirafan tahunan bagi prestasi luar biasa, kualiti, perkhidmatan dan inovasi dalam sektor berkenaan.

Syed Moheeb berkata, syarikat akan terus gigih berusaha dalam menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kerana pelanggan adalah keutamaan Takaful.

Menurutnya, Takaful Ikhlas akan terus gigih berusaha dalam menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan berkualiti serta mempunyai keazaman berterusan untuk membina reputasi syarikat di samping menyebarkan muamalat Islam.

Takaful Ikhlas yang mula beroperasi pada Julai 2003 adalah anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.

Ia mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah, Kuching, Sarawak, Melaka, Kota Kinabalu, Sabah, Kuantan, Pahang, Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Sunday, February 21, 2010

Seminar Rawatan Makhluk Halus

Pihak Persatuan Kakitangan Islam Hospital Kinabatangan (PERKEP) akan mengadakan SEMINAR RAWATAN PERUBATAN ISLAM SIRI KE 3. Tajuk seminar pada kali ini berkaitan dengan Membenteng Diri, Keluarga dan Rumah Dari ganguan Makhluk Jahat dan Pukau. Makhluk jahat ini termasuklah syaitan, jin, manusia dan binatang buas.

Seminar ini akan diadakan dibilik Seminar Hospital Kinabatangan. Maklumat penyertaan adalah seperti berikut:-

Tarikh : 13 hingga 14 MAC 2010
Tempat : Hospital Kinabatangan
Guru : Ust Sharhan Shafie At-Thobibi (Pengamal Perubatan Islam tersohor)
Yuran Penyertaan : RM50.00 seorang
Tarikh Tutup Pendaftaran : 5hb MAC 2010
Cara Pendaftaran : Hantar borang penyertaan bersama yuran penyertaan.
Pendaftaran tanpa yuran adalah tidak sah
Penyertaan : Terhad dan terbatas

Pendaftaran boleh dibuat melalui AJK Perhubungan Awam yang dilantik :
1. Hj Abdullah Tahir :019-8038334
2. Ust Fadzilan Rasdi : 019-5819990 (wakil guru-guru)
3. En Azzizie mohd Jeman:019-8770742

Saturday, February 20, 2010

Red Warrior: Kami Kecewa Kami Redha

Itulah ketentuan dan itulah keputusan. Pasukan Kelantan yang menyimpan hasrat besar pada tahun ini untuk memiliki tiga piala sudah tercicir apabila gagal ke suku akhir Piala FA selepas Kedah berjaya mengikat kedudukan 1-1 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammad ke IV sebentar tadi. Sebelum ini, Red Warrior hanya seri 0-0 dengan Kedah. Kedah berjaya mara ke perlawanan suku akhir menentang Angkatan Tentera Malaysia kerana berjaya menjaringkan gol ditempat lawan melalui pemain penyerangnya Badrol Bakthiar.

Keputusan ini amat mengecewakan peminat-peminat Kelantan sehingga Stadium Sultan Muhammad ke IV sunyi dan penuh debaran menyaksikan serangan bertali arus pemain-pemain Kelantan tetapi hampa kerana tiada gol yang dihasilkan kecuali gol pendahuluan yang dijaringkan Indra Putra. Presiden KAFA telah melahirkan kekecewaan semasa ditemubual oleh wakil RTM1,Hasbullah Awang telah menyatakan kekesalan di atas ketumpulan jentera serangan pemain-pemain Kelantan. Menurut Tan Sri Anuar Musa, ketumpulan berlarutan dari awal musim ini telah menyebabkan Kelantan gagal ke suku akhir.

Mungkin benar apa yang dizahirkan oleh presiden KAFA, tetapi kami redha. Itulah nasib pasukan kesayangan kami. Pemain-pemain telah bermain bersungguh-sungguh, cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Buktinya terlalu banyak peluang yang terhidang tetapi penyudahnya yang gelebek. Kami memahami, pasukan Kelantan yang telah digahkan oleh media sebagai sebuah pasukan yang mengerunkan dengan bintang-bintang ternama, lama dan baru, pastinya menimbulkan keazaman pasukan lain untuk mengalahkan Kelantan. Kelantan bagaikan pasukan media. Tengoklah penajanya Sinar Harian. Mana ada pasukan lain yang ditaja media? Promosinya yang banyak bakal melahirkan penyokong fanatik. Penyokong fanatik ini ada baik dan buruknya. Pihak pengurusan patut mengambilkira sikap dan harapan penonton.

Sekiranya pemain terus dipersalahkan atas kegagalan pasukan, saya bimbang akan memberi tekanan dan kecaman terhadap pemain. Tekanan ini tidak akan menguntungkan sesiapa. Pihak pengurusan seharusnya bijak meredakan kekecewaan dan harapan mengunung penonton dan peminat. Kita tidak mahu tragedi membakar mercun dan stadium yang mengakibatkan kecederaan dan kerugian seperti yang berlaku sebelum ini.

Muhasabah dari segi pengurusan dan taktikal perlu dilakukan secara telus dan saksama. Pemain diberi peluang untuk mengemukakan hak mereka. Peminat tidak boleh diberi harapan yang terlalu tinggi sekalipun pihak pengurusan bisa kaya dengan jualan tiket dan cenderamata kerana adanya peminat fanatik. Bersederhana dan nada merendah diri penting dalam mengharungi perlawanan yang masih panjang dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

Tahniah pemain-pemain Kelantan. Tingkatkan keupayaan, gemilangkan negeri Cik Siti Wan Kembang, kalianlan harapan setelah sekian ditelan kegelapan. Peminat dan penonton, teruskan sokongan sebagai anak watan dengan budaya oghe Kelate.

Thursday, February 18, 2010

Kuliah Subuh Dalam Air Rangsang Semangat Juang Pemuda

Kebiasaan melalui kehidupan yang susah dan mencabar menjadi latihan yang terbaik dalam membina jundullah yang mampu memacu dan memimpin masyarakat ke arah mendaulatkan daulah Islamiah. Hasrat ini telah mengamit hampir seratus orang pemuda PAS Sabah untuk mengikuti Muqqayam Tarbawi di Beluran.

Gambar : Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah

Program dua hari ini telah menghimpunkan pemuda PAS dari seluruh pelosok negeri Sabah untuk membina kekuatan dalaman disamping mempratikkan wala' kepada pimpinan dalam apa jua keadaan yang melibatkan kepentingan jemaah. Antara program yang menguji ketaatan dan ketahanan pemuda termasuklah kuliah subuh dalam air yang melibatkan semua peserta.

" Pemuda Islam mesti tampil sebagai seorang pemuda yang boleh disandarkan harapan oleh masyarakatnya. Bukan sebagai pemuda yang tewas dengan ujian, larut dalam suasana kebejatan sosial yang melanda negara kini. Jauh sekali bagi pemuda PAS untuk menyusahkan jemaah dan kepimpinan. Malah Pemuda PASlah yang akan menjadi perasai hadapan yang mempertahankan prinsip-prinsip perjuangan jemaah". Tegas sdr Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, dalam program tersebut. Ucapan beliau disambut dengan laungan takbir oleh para peserta.

Sekalipun di dalam air, semangat perjuangan tetap membara

Sdr Lahirul turut yakin dengan komitmen yang diberikan oleh pemuda PAS hari ini bakal melakar sejarah baru dalam langskap politik Sabah pada pilihanraya ke 13 nanti. Ini berikutan sokongan dan dokongan generasi muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat amat memberasangkan sekalipun media sering membuat tohmahan yang buruk kepada Pakatan Rakyat.

Wednesday, February 17, 2010

Unit Amal Dekati Masyarakat Dengan Gasing

Kepelbagaian kaedah dakwah penting dalam usaha mendekati masyarakat dan menyebarkan Islam. Apa lagi dalam keadaan masyarakat yang kaya dengan adat dan amalan tradisi.

Gambar: berbeza fahaman politik bukan halangan untuk persahabatan

Justeru itu, Unit Amal, Dewan Pemuda PAS negeri Sabah telah mengambil pendekatan untuk turun bersama-sama penduduk Kg Perancangan dengan menganjurkan pertandingan bermain gasing yang sangat popular di Kampung tersebut.


Program yang bertujuan untuk menautkan tali persahabatan dengan penduduk kampung Perancangan telah dihadiri oleh 60 orang ahli Unit Amal seluruh Sabah.Para peserta turut bermain gasing dan menyertai pertandingan yang telah dimenangi oleh penduduk kampung Perancangan, telah menghiburkan penduduk kampung tersebut.

Kehadiran kanak-kanak yang teruja dengan kedatangan Unit Amal juga diraikan oleh unit Amal Sabah sebagai sahabat dan aset masa depan. Mereka turut diberi ruang untuk bermain bersama-sama ahli Unit Amal, Dewan Pemuda PAS Sabah.

Gambar : Ketua Pemuda PAS Sabah, Sdr Lahirul Latigu turut sama semasa temubual

En Putra Hj Awang, Pengerusi JKK Kg Perancangan amat berbesar hati atas kesudian pihak Unit Amal Sabah untuk bertamu dan menyertai permainan gasing di kampung mereka. Penduduk Kg Perancangan yang seratus peratus beragama Islam dari suku bangsa Dumpas mendiami kg Perancangan sejak tahun 1700 dan permainan gasing mula dimainkan pada tahun 1960 lagi.


Permainan gasing atau 'Tuag' dalam bahasa Dumpas" dihidupkan kembali pada tahun lepas bagi mengekalkan indentiti orang-orang Dumpas. " Kita dalam proses untuk menghidupkan kembali permainan gasing dan mengharapkan Unit Amal Sabah membantu mempromosi permainan tradisi Kg Perancangan ini" Ujur En Putra ketika diberi peluang untuk berucap mewakili penduduk Kampung.

Sementara itu, bagi pihak Unit Amal, Saudara Saifuddin Ahmad menyakinkan bahawa Unit Amal, Dewan Pemuda PAS Sabah akan terus bersama-sama penduduk kampung untuk program-program kebajikan terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Beliau juga mengharapkan sokongan penduduk kampung dalam menjalankan misi kebajikan yang dilakukan secara sukarela ini.

Aksi mata tunggal Unit Amal
Bergambar kenangan dengan Penduduk Kampung






Penduduk kampung membuktikan kejaguhan mereka

Persiapan Awal Penduduk Perancangan

Membasah Tekak dengan setelah memutar gasing

Presiden PAS terjun laut selamatkan mangsa lemas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.

Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.

"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.

Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi - berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.

Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.

Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.

"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.

"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.

"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.

"Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Tuesday, February 16, 2010

Senarai Orang Terkaya Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak (Gambar) sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua dan ketiga adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding.

Mereka adalah Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.

Baru-baru ini, Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu.

Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Berikut adalah 14 dari 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)

Sumber : Harakahdaily.net

Proton Hendak Di Jual

Sekadar memaparkan hasrat sahabat penulis yang ingin menjual kereta Protonnya. Sekiranya ada yang berminat, sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk keluarga.

Penulis difahamkan kereta proton ini dilahirkan pada tahun 1987. Baru 2 orang pengguna. Tayar baru ditukar. Kereta di dalam keadaan baik. Masih cantik. Harga RM6000.00.

Jika berminat, boleh hubungi empunya kereta, Ust Nizam di talian 012-3569048

Thursday, February 11, 2010

Sikap Tidak Setia Dicela

Dalam kekalutan Anwar turun naik ke mahkamah untuk mempertahankan diri dan maruahnya, beliau dikhianati oleh rakan seperjuangan yang belot daripada perjuangan. Tindakan Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim meninggalkan parti agak melukakan sekalipun tidak terkejut jika dilihat kepada tindak tanduk beliau dan beberapa orang rakannya sejak akhir-akhir ini.

Soal tidak puas hati sepatutnya boleh disalurkan melalui platform parti dan forum Pakatan Rakyat. Namun demikian Zaharin dan rakan-rakan dilihat lebih gemar menggunakan lidah-lidah musuh untuk menyatakan luahan perasaan mereka. Ini menunjukkan mereka sudah tidak menghormati saluran yang disediakan oleh parti dan merupakan pengkhianat kepada parti serta perjuangan. Ketidakakuran kepada peraturan parti atau jemaah melibatkan soal wala' yang menjadi teras dalam kesinambungan jemaah.

Tidak timbul soal kebebasan bersuara, tetapi kebebasan pimpinan tidak sebebas penyokong biasa. Pemimpin adalah pendokong parti dan sepatutnya lebih berhemah dalam membuat teguran dalam membina kekuatan parti. Pokok pangkalnya bertitik tolak dari lemahnya fahaman dan pegangan kepada perjuangan. Inilah yang sebut oleh Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya " Golongan Yang tercicir Di jalan Dakwah" ;

Dalam Buku
" Golongan Yang tercicir Di jalan Dakwah" telah menggariskan sebab-sebab kenapa seseorang Individu boleh tercicir di jalan Dakwah. Antaranya :-

a. Tabi'e yang tidak tetap

Tiada siapa yang boleh menjamin dia akan kekal dalam jemaah atau sesuatu parti kecuali dengan izin Allah. Sebab itu dalam perjuangan kita, hendaklah selalu kita mendoakan semoga Allah menetapkan kita dalam jemaah yang benar. Surah Fatihah yang kita baca dalam setiap solat juga merupakan kaedah kita memohon petunjuk Allah SWT. Gejala keciciran bukan hanya berlaku pada umat ini bahkan pada umat-umat terdahulu. Malah ramai dari kalangan pimpinan soff hadapan yang tercicir. Bahkan yang lebih malang, mereka bukan sekadar tercicir akan tetapi menjadi panglima yang memerangi jemaah.

b. Takut berlaku sesuatu ke atas diri dan pendapatan
Perjuangan juga tidak sunyi daripada ujian. baik ujian terhadap kekurangan atau limpahan kesenangan. Sebab itu kita diajar supaya terbiasa dengan hidup susah sekalipun kita mampu untuk hidup secara senang atau mewah. As-Syahid Hassan Al-Banna mengharamkan minuman yang halal tetapi boleh menyababkan ketagih atau merasa kurang apabila ketiadaannya. Tujuannya supaya pejuang boleh bercukup dengan apa yang ada serta redha atas anugerah dan ujian Allah.

Budaya sadaqah dan menderma dikenalpasti sebagai budaya yang cukup mujarab dalam mengelakkan takut berlaku sesuatu ke atas diri dan pendapatan. Itulah juga dalam ayat gesaan berjihad dan berhijrah, Allah menyebut supaya hambanya berkorban HARTA, seterusnya jiwa/nyawa.

Para pejuang Islam dan para sahabat mencari dan mengorbankan harta demi perjuangan Islam. Adalah bertentangan sekiranya kita menjadikan jemaah atau parti atau kuasa pemerintahan untuk mengaut kekayaan.

c.Melampau (Ekstream)
Terlalu mengharapkan kejayaan atau perubahan yang terlalu cepat atau total juga menyebabkan pejuang tercicir dan putus asa. Sabda Rasulullah
" Sesungguhnnya orang yang terputus bekalan tidak dapat sampai ke tempat yang dituju dan tidak dapat bertahan di atas tunggangan"

Kita mesti gigih berusaha. Tidak semudah yang kita jangkakan untuk melalukan perubahan yang kita harapkan. Apa lagi dalam mengurus gelagat manusia. Rasulullah yang al-amin sejak kecil dan dibekalkan wahyu juga berhadapan ujian yang besar dalam mereformasikan aqidah, akhlak dan syariat manusia. Puluhan tahun juga masa yang diambil. Sahabat dan pendokong Rasulullah bukan alang-alang. jauh panggang dari api jika hendak dibandingkan dengan penyokong dan pendokong kita hari ini. Lantaran itu, perubahan ini hendaklah dilakukan dengan sistematik, amanah, bijaksana dan penuh sabar.

d. Bermudah-mudahan dan longgar

Perjuangan itu dengan melalui onak dan duri. Tidak semudah mengira ABC. Hidup susah dan bersungguh-sungguh adalah sunnah para nabi dan pejuang kebenaran. Pepatah Melayu juga menyebut " Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Ini bermakna,kita tidak boleh bersikap bermudah-mudah dan longgar, yakni kurang disiplin dalam melakukan kerja-kerja menegakkan kebenaran. Kerja ini sentiasa bertembung dengan musuh dari kalangan monokrat. Sikap bermudah-mudah dan longgar bakal menatijahkan pengorbanan sama ada orang yang dijaga atau penjaga. Sikap bermuda-mudah tentera pemanah dalam perang Uhud telah hampir mengorbankan nyawa rasulullah dan meragut nyawa sahabat besar seperti Hamzah Abdul Mutalib dan lain-lain. Benarlah Kata Penyair : Janganlah kamu memandang enteng perkara kecil. Sesungguhnya gunung itu terbina dari batu-batu halus.

e. Tertipu dengan kedudukan dan sikap menonjol diri
Rasa bangga diri adalah syirik khafi yang dicela oleh Islam. Kesannya cukup besar kepada masyarakat. Amat malang sekiranya sikap ini dimiliki oleh pimpinan.Disiplin parti atau jemaah dipandang sepi kerana merasakan dirinya benar ataupun mengharapkan pujian. Pelik tapi benar ada pimpinan yang bangga mendapat pujian daripada musuh?! Sepatutnya sebagai pimpinan jemaah atau parti, sepatutnya mereka menyedari, siapalah mereka tanpa sokongan dan dokongan parti atau jemaah? Menjadi lupa diri apabila menduduki kedudukan yang selesa. Kita lupa pengorbanan penyokong dan pendokong bawahan yang jerit payah berkorban harta dan nyawa demi sebuah perjuangan.Mereka tidak mengharapkan pulangan melainkan kebenaran dan keselamatan anak cucu mereka pada masa yang akan datang. Mengapa ditinggal mereka disaat mereka hauskan belaan?

f. Cemburukan orang lain

Cemburu atau dengki ibarat kentut dan taik yang sentiasa berpadu. Apa lagi sekiranya mereka merasakan mereka lebih layak samada kerana keturunan, harta dan pengaruh. Sifat ini merupakan racun dalam parti atau perjuangan. Punca pembunuhan manusia pertama di dunia juga berpunca daripada sikap dengki dan ceburu. Sabda Rasullullah :
Manusia adalah tetap baik selagi mereka tidak berdengki

Monday, February 1, 2010

Kalau Benar, Aku Kaya...Rosak

Kita diajar mencari rezeki yang halal bagi memudah dan memastikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Apa lagi konteks ibadah itu luas yang meliputi semua gerak geri kehidupan yang disandarkan kepada Allah dengan mengikut tatacara syariat yang ditentukan Allah.

Dari Abu Hurairoh rodhiallohu ‘anhu, ia berkata: “Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Sesungguhnya Alloh itu baik, tidak mau menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Alloh telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin (seperti) apa yang telah diperintahkan kepada para rosul, Alloh berfirman, “Wahai para Rosul makanlah dari segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal sholih” (QS Al Mukminun: 51). Dan Dia berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik yang telah Kami berikan kepadamu” (QS Al Baqoroh: 172). Kemudian beliau menceritakan kisah seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu. Dia menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: ”Wahai Robbku, wahai Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan (perutnya) dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana mungkin orang seperti ini dikabulkan do’anya.” (HR. Muslim)

Sehubungan dengan itu, penulis suka menampilkan SMS-sms yang diterima penulis yang berunsurkan penipuan dan merosakan.

SMS 1
"TAHNIAH" Simcard Anda B'jaya memenangi RM17.000,00 dr: Prog "COCA-COLA" Nampak di TV 3 semalam pkl 20;30 No. Pin: AN2547. sila hubungi Office:013-870-9493. Terima kasih.

SMS 2
Nombor: SimCard Anda tlh terpilih dlm undian & Memenangi Hadiah terkini, RM20,000. No. SIRI 2R447YK. Dr Syrkt, SHELL-BERHAD. Sila dail;0148669746

SMS 3
Sepi? Masa terhad sahaja. Nimatilah video kejadian perhubungan pasangan yg aneh & hebat kawan saya semalam. TAIP ON MHIR, htr msg ke 32688

Kenapalah penipuan ini tidak sudah-sudah...? ianya sampai ketangan demi tangan. Alangkah indahnya, kalau dakwah dilakukan demikian. Malang pasha disebarluaskan.....

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008