Sunday, March 28, 2010

Minyak Sabah Untuk Siapa?

Persoalan royalti minyak kembali menjadi topik hangat setelah Kerajaan Kelantan dinafikan hak untuk mendapat royalti minyak setelah sekian lama minyak disedut diperairan Kelantan. Tindakan Kerajaan Kelantan bagaikan terlambat bila desakan demi desakan yang dilakukan oleh Kerajaan dan rakyat Kelantan hanya menatijahkan RM20 juta Wang Kasihan (IHSAN) dari Kerajaan Persekutuan. Itupun diberikan kepada UMNO Kelantan melalui JPP. Rakyat Kelantan hanya memilih enam orang ADUN (6 jahanam UMNO) untuk bersuara dalam DUN Kelantan. Akan tetapi Datuk Mustapa Mohamad, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang ditugaskan menerima dan mengagihkan Wang kasihan tersebut. Hina sungguh maruah dan inteletual rakyat Kelantan.

Allah Maha Adil, Allah Maha kaya. Allah menggerakkan hati pemimpin UMNO sendiri untuk tampil menyatakan keadilan buat rakyat Kelantan. Tokoh ini pastilah YAM Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Naib Presiden juga bekas pengerusi Petronas. Sekalipun beliau dicemuh dan dianggapo pengkhianat oleh balaci-balaci UMNO yang pemeras, YAM Tengku Razaleigh hamzah bersedia membongkar ketumpahan hasil minyak Kelantan dan juga negeri-negeri pengeluar minyak seumpama Sabah.

YAM Tengku Razaleigh akan hadir dan berceramah di Sabah sebagaimana berikut :

Tajuk : Minyak sabah Untuk Siapa?
Masa dan Tarikh : 8.00 malam /2 APRIL 2010
Tempat : Dewan KDCA Penampang
Penceramah : YAM Tengku Razaleigh Hamzah
Pengerusi : Tan Sri Simon Sipaun (SUHAKAM)
Anjuran : Gabungan NGO Sabah

Seluruh Rakyat Sabah yang cintakan keadilan dan ketelusan dijemput hadir......

Thursday, March 25, 2010

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Anak Tiri Peniaga Bumiputera

Sudah menjadi nasib bumiputera Sandakan menjadi dagang Pak Malau di bumi sendiri. Mereka bagaikan melukut di tepi gantang untuk mencari sesuap rezeki bagi menyara hidup keluarga mereka. Mereka juga hanya mampu meleleh air liur melihat gudang-gudang perniagaan dan kedai-kedai besar menjadi milik peniaga-peniaga Cina. Sudah beruntung sekiranya mereka dapat berniaga di kaki lima gudang perniagaan atau menyewa sekaki dua kedai dengan harga yang cukup mahal.

Persoalannya, lemah atau naif sangatkah peniaga bumiputera sehingga mereka jauh ketinggalan dalam merebut peluang perniagaan di Sandakan? Barangkali peniaga bumiputera hanya layak berniaga di Pasar Minggu atau di Pasar Ikan sahaja. Itu pun terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga Cina.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hj Hamzah Abdullah ketika mengulas isu tersebut menyatakan rasa kesalnya terhadap Majlis Perbandaran Sandakan yang menganaktirikan peniaga bumiputera yang rata-rata mereka terdiri daripada peniaga-peniaga kecil.

Menurut beliau lagi, beliau kerap menerima aduan daripada peniaga bumiputera yang sukar untuk mendapat lesen perniagaan dan kebenaran untuk mendirikan gerai-gerai perniagaandi tepi jalan dan di kawasan-kawasan perumahan. Mereka yang berketurunan Bugis dikatakan paling sukar untuk mendapat peluang perniagaan.Bahkan, lebih malang lagi, peniaga kecil bumiputera selalu dikejar oleh penguatkuasa-penguatkuasa dari bangsa sendiri kerana cuba untuk berniaga.

Hj Hamzah memberi contoh ketidakadilan MPS yang bertindak menyaman para peniaga bumiputera yang menurunkan barang jualan mereka daripada kenderaan di tempat-tempat tertentu. Akan tetapi peniaga Cina tidak diperlakukan sedemikian. Ketidakadilan ini jika dibiarkan berterusan akan menjadikan bumiputera terus hanyut dalam arus pembangunan Bandar Sandakan yang telah dinobatkan sebagai bandaraya dalam taman. Malah, lebih malang sekiranya bumiputera Sandakan hanya menjadi kutu rayau dan penjual bahai (beg plastik) sepertimana yang berlaku kepada budak-budak hanyut dari Filipina.

Tuesday, March 23, 2010

Jom Heboh di Kelantan ada kelainan

M Faqih

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.

Friday, March 19, 2010

Takaful Ikhlas sasar premium RM625 juta

KOTA BHARU 19 Mac - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. menyasarkan pertumbuhan premium untuk mencecah RM625 juta bagi tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, angka itu berdasarkan pertumbuhan positif yang dicatatkan.

Katanya, syarikat itu yang kini mempunyai 1.4 juta pelanggan, mencatatkan pertumbuhan premium RM580 juta pada tahun lepas.

"Pertumbuhan yang dicapai itu dilihat mampu mengatasi pertumbuhan syarikat insurans besar yang lain, yang telah sekian lama beroperasi di negara ini," katanya kepada pemberita semasa Lawatan Siri Kembara CEO Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. di Semenanjung di sini hari ini.

"Dalam tempoh enam tahun penubuhan Takaful Ikhlas ini, pertumbuhan yang dicapai dilihat begitu pantas di luar jangkaan kami," katanya, sambil menyatakan kejayaan itu jelas membuktikan Takaful Ikhlas mempunyai strategi terutama sistem dalaman tersendiri yang kukuh untuk bersaing dan mengatasi syarikat lain.

Mengenai lawatan siri kembara itu, Syed Moheeb berkata ia merupakan program penjelajahan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas untuk melawat pejabat-pejabat Ketua Agensi Takaful Ikhlas di Semenanjung.

Beliau berkata, objektif kembara terbabit bagi bertemu muka dengan ketua agensi yang mengendali setiap pejabat bagi mengenal pasti permasalahan yang timbul secara lebih terperinci.

"Tujuan utama program kembara ini sebagai pertemuan merapatkan silaturrahim antara kakitangan kanan dari ibu pejabat dengan ketua agensi. Apabila adanya pertemuan dan jalinan rapat seumpama ini, barulah dapat memahami sekiranya ada segala permasalahan yang timbul," katanya.

Selain itu, Syed Moheeb berkata, pihaknya merancang untuk membuka dua cawangan Takaful Ikhlas, yang masing-masing satu di Terengganu dan Klang, Selangor pada pertengahan tahun ini, bagi menjadikan 12 cawangan Takaful Ikhlas di seluruh negara.

Menurutnya, bilangan cawangannya itu meski pun dilihat sedikit untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai, pihaknya tidak mempunyai masalah kerana menggunakan sistem internet untuk menjalankan urus niaga dengan pelanggan.

Thursday, March 18, 2010

Saiz Keluarga Rasulullah dan Para Sahabat

Keluarga yang besar dan dipimpin oleh mereka yang hebat bakal mecorakkan masa depan Islam yang gemilang. namun demikian, masih ramai dari kalangan umat Islam sendiri yang memandang rendah kepada mereka yang anak ramai, isteri lebih daripada satu hatta keluarga yang kerap bersalin. Tidak cukup dengan itu, ada juga dikalangan kita yang menerima separuh redha isterinya mengandung dengan alasan belum bersedia dan sebagainya. Kita renungi bagaimana saiz keluarga Rasulullah dan para sahabat. Mereka tidak takut dicemuh, malah memikul amanah allah dengan sebaiknya dalam mengejar ganjaran di sisi Allah SWT.

1. Rasulullah SAW
Isteri : 11 orang
Anak : 7 orang (3 lelaki dan 4 perempuan)

2. Sayidina Abu Bakar
Isteri : 4 orang isteri
Anak : 22 orang (11 lelaki dan 11 perempuan)

3. Sayidina Umar Al-Khatab
Isteri : 4 orang
Anak : 27 orang ( 10 orang lelaki dan 17 orang perempuan)

4. Sayidina Usman Al-Affan
Isteri : 4 orang isteri
Anak : 5 orang anak ( 2 lelaki dan 3 perempuan)

5. Sayidina AliKarimmallahu Wajha
Isteri :4 orang isteri
Anak : 17 orang (9 lelaki dan 8 orang perempuan
* ketika bersama sayidatina Fatimah, saidina Ali mendapat 2 orang anak lelaki iaitu Hasan dan Husin)

6. Sayidina Abdul Rahman Auf
Isteri : 4 orang
Anak : 33 orang (15 orang lelaki dan 18 0rang perempuan)

7. Sayidina Khalid Al-Walid
Isteri : 3 orang
Anak : 9 orang anak (5 orang lelaki dan 4 orang perempuan)

8. Sayidina Abu Ubaidah Al-Jarrah
Isteri : 4 orang isteri
Anak : 15 orang anak (9 orang lelaki dan 6 orang perempuan)

9. Saidina Saad bin Abi Waqqas
Isteri :4 orang
Anak : 25 orang (17 orang lelaki dan 8 orang perempuan)

10. Sayidina Said
Isteri : 3 orang
Anak : 20 orang anak (10 orang lelaki dan 10 orang perempuan)

Wednesday, March 17, 2010

Layakkah Perogol Di Hukum

Berdasarkan laporan Harian Metro berkaitan seorang gadis dirogol oleh tujuh orang lelaki pada jam 4 pagi di atas batas bendang. Penulis menjadi ragu dengan status dan cara pergaulan gadis tersebut yang menunggu kekasih keduanya.(kalau tidak silap fahaman penulis) Bukankah Islam menekankan, janganlah kamu menghampiri zina dan janganlah kamu meletakkan diri kamu dalam kebinasaan. Penulis mengajak pembaca merenungi berita ini.

JITRA: Gara-gara ditinggalkan teman lelakinya, seorang wanita berusia 20 tahun menjadi mangsa seks tujuh lelaki termasuk bekas rakan sekolahnya di batas sawah Kampung Sungai Korok, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dari Anak Bukit, Alor Star, dikatakan keluar rumah pada jam 8 malam bersama teman lelakinya untuk bersiar-siar di sekitar kawasan itu.


Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam wanita itu menghubungi seorang lagi teman lelakinya supaya mengambilnya di Sungai Korok untuk pulang ke rumahnya.


Difahamkan, teman lelaki wanita itu tidak datang menjemput mangsa menyebabkan dia menunggu seorang diri di kawasan klinik swasta di pekan Sungai Korok sehingga jam 4 pagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata seorang lelaki berusia 23 tahun yang menaiki motosikal melihat wanita itu duduk seorang diri berhampiran klinik itu.


“Suspek menghampiri mangsa dan bertanya hendak ke mana sebelum mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke Anak Bukit kerana teman lelakinya tidak datang menjemputnya.


Bagaimanapun, suspek tidak menghantar mangsa pulang, sebaliknya memanggil rakannya sebelum mangsa dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki di batas sawah berhampiran klinik itu.


“Mangsa tidak dapat melarikan diri kerana suspek menariknya ke sawah berhampiran dan merogolnya,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa yang memakai seluar jeans dan kemeja-T mendakwa salah seorang suspek yang merogolnya adalah bekas rakan sekolahnya.


“Mangsa mengenali salah seorang suspek yang merogolnya kerana dia kawan sekolahnya. Selepas kejadian itu, mangsa ditinggalkan seorang diri berhampiran klinik berkenaan sehingga jam 7 pagi.


“Mangsa yang lemah kemudian keluar mencari bantuan dan menemui seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melalui kawasan itu.


“Pengawal itu membawanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 9 pagi, semalam,” katanya.


Ibrahim berkata, kes disiasat sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebat.


Sementara itu, katanya, seorang suspek berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Sungai Korok, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


“Suspek akan dikenakan perintah reman di Mahkamah Sesyen Jitra,” katanya.

Sunday, March 14, 2010

Cara Buang Busut

Menurut Ust Sharhan Shafie, busut di bawah rumah merupakan tempat yang tidak baik bagi kita kerana menjadi tempat persinggahan jin. Tapak rumah yang berbusut juga adalah tapak rumah yang tidak baik. Oleh itu, kita digalakkan membuang busut tersebut. Ust Sharhan telah mengajar pelajarnya kaedah membuang busut adalah seperti berikut :-

a. Baca ayat ruqyah mukasurat 43 dalam bukunya
b. Gunakan kaedah seperti kaedah pagar rumah yang menggunakan garam kasar, asam keping dan sebagainya
c. Setelah tiga hari, busut tersebut boleh dirobohkan.

Ketika ditanya tentang masalah jin yang merasuk, masuk dan keluar ke dalam tubuh manusia, Al-Fadhil Ustaz menyarankan pelajarnya membaca ayat ke 15 pada mukasurat 48 dalam bukunya.

Semoga tulisan ringkas ini mendatang munafaat kepada kita semua. Assalammualaikum!

Wednesday, March 10, 2010

Tanggungjawab Guru Cemerlang

Dari MGCSabah menulis

Beberapa GC yang baru dilantik telah bertanya : “Apakah harus saya buat sekarang?”

Untuk GC DG 32 dan 34 yang telah hadir Kursus Grooming pada 3 - 5 November 2008, tuan/puan telah diberi beberapa petunjuk mengenai hal ini.

Untuk GC DG 44 dan 48 yang baru dilantik, Kursus Grooming yang dirancang untuk anda pada hujung bulan Jun tahun 2009 terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan. Adalah diharapkan kursus ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Dalam keadaan sedemikian dan menyahut pertanyaan di atas, saya ingin memberi nasihat berikut :

1. Medan perjuangan utama anda adalah sekolah anda. Tuan/puan perlu memberi keutamaan kepada tugas-tugas anda di sekolah, khususnya P&P di bilik darjah. Buku rekod mengajar merupakan dokumen rujukan utama untuk menilai sejauh mana tuan/puan telah melaksanakan tugas-tugas anda.

2. Merancang program/aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar anda dengan mengambilkira berlainan TOV (take-of-value), keperluan dan stail pembelajaran mereka. Kajian tindakan boleh dilaksanakan untuk menilai usaha tuan/puan dalam hal ini.

3. Meningkatkan kualiti penyampaian (delivery) pelajaran anda dengan menggunakan pendekatan baru, ICT, pelbagai teknik mengajar, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Ini mungkin menghasilkan inovasi P&P dan boleh dijadikan amalan P&P terbaik.

4. Tuan/puan dapat berkongsi hasil kajian tindakan dan inovasi anda dengan warga pendidik di sekolah anda maupun medan yang lebih luas melalui penulisan dan pembentangan kertas kerja semasa kursus /seminar/persidangan di dalam dan luar sekolah serta multimedia seperti jurnal dan blog pendidikan.

5. Menunjukkan kepimpinan dalam tugas pengurusan kurikulum sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain porfolio.

6. Menyertai Pasukan Gerak SAGA Daerah untuk membantu Sektor Pengurusan Akademik dan Pejabat Pelajaran Daerah memantapkan pelaksanaan kurikulum di daerah anda. Adalah diharapkan para GC juga dapat menyumbang dalam program perkembangan profesionalisme guru-guru di daerah anda.

7. Dalam semua perkara di atas, dokumentasi adalah dimestikan. Melabur dalam sebuah kamera digital dan komputer laptop untuk melapor sebarang aktiviti anda, fail/folder/kotak untuk menyimpan bahan tulisan dan bahan bantu mengajar anda dan sebagainya. Adakan suatu sistem untuk mengatur semua ini.

Akhir sekali sebagai GC, tuan/puan dan saya dinilai oleh orang lain bukan hanya dalam hal kepakaran mata pelajaran tetapi juga penampilan diri dan cara kita berkomunikasi dengan mereka. Oleh itu, adalah wajar setiap GC memberi perhatian kepada hal penampilan diri dan cara berkomunikasi untuk memastikan martabat profesionalisme jawatan Guru Cemerlang di Sabah sentiasa disanjung.

Sumber : http://hannanfarhana.blogspot.com/2010/03/guru-cemerlang.html

Kita Kehilangan Syeikh Mohamed Sayed Tantawi

CAIRO: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.

Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.

Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP

Thursday, March 4, 2010

Gejala Keluar Parti

Sesebuah gerakan yang berjuang menentang arus semestinya memerlukan kepada qiadi dan jundi yang lengkap dari segi fizikal dan rohaninya. Baik diperingkat pemimpin atau pengikut. Ini kerana ujian dan cubaan akan datang bertali arus sesuai dengan kerja menentang arus pejuang. Hanya mereka yang kental iman sahaja yang mampu bertahan dan berupaya untuk terus meredah arus yang kadang-kadang, pejuang agak keletihan dan hilang punca untuk terus mara.

Gejala keluar parti yang melanda Parti KeADILan Rakyat (PKR)mutkhir ini agak pelik kerana gejala ini melibatkan pemimpin (qiadi), Tidak jundinya. Lebih ajaib, ianya bagaikan diatur. Sebelum ini gejala keluar parti ini berlaku di kalangan ADUN di Perak, Kedah, Selangor dan Sarawak. Kesannya tumbang Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Kali ini dari kalangan Ahli Parlimen pula. Ianya bermula di Pulau Pinang dan menjalar ke Perak. Mungkinkah akan terus merebak ke Kedah hingga ke ibu negara?

Peliknya lagi, ianya berlaku dikalangan ADUN dan MP dari sebelah Pantai Barat yang mendabik dada sebagai negeri yang maju dan melahirkan ramai cendikiawan. Mungkinkah mereka ini maju di sudut kebendaan dan mengejar kebendaan tetapi rendah akhlak dan mengutamakan diri. Atau perangai inilah yang membuka jalan kepada Inggeris untuk menjajah negeri-negeri Pantai Barat dan disatukan di bawah kekuasaan penjajah bangsat Inggeris dengan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyokong Inggeris seketika dulu?

Mungkinkah benar, tuduhan yang dilemparkan bahawa Pimpinan Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera seperti disebut oleh Syeikh Fathi Yakan dalam Bukunya "Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah". Menurut Syaikh Fathi Yakan :

Memang menjadi kebiasaan bagi sesuatu harakah yang mendahulukan masalah-masalah yang mesti diselesaikan. Adalah menjadi perkara biasa juga sesuatu harakah itu menggunakan cara yang tertentu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Kalaulah harakah dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan mudah danm cepat maka perjalanan dakwah akan menjadi teratur dan rapi. tetapi sebaliknya jika harakah itu lambat memahami persoalan dan masalah yang timbul dan lambat menyelesaikan maka masalah-masalah itu menjadi bertimbun-timbun dan berganda.

Selalunya sesuatu masalah itu hanya kecil tetapi dengan pembicaraannya, ai menjadi besar dan melahirkan pula masalah-masalah baru.

Kadangkala sesuatu masalah itu hanya memerlukan penyelesaiannya dengan suatu patah perkataan sahaja, atau dengan satu keputusan atau dengan satu ziarah, atau dengan satu pertemuan, atau dengan satu permintaan maaf, atau dengan satu cercaan atau dengan satu nasihat, atau dengan satu tunjuk ajar atau dengan satu penjelasan atau dengan apa-apa cara yang mudah. Tetapi, jika ini dibiarkan atau ditangguhkan, ianya akan menyusahkan harakah dan harakah itu terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk menyelesaikannya. Hasilnya boleh jadi berjaya dan boleh jadi juga gagal.

Saya teringat satu peristiwa yang berlaku ke atas seorang kawan. Dia bertangguungjawab menyusun dan mengatur pusat gerakan('amal). Dia telah melakukan perkara yang dianggap menyalahi syara'. Persoalan tersebut senang sahaja diselesaikan kalau pihak kepimpinan bertindak segera. Tetapi anda tahu apa yang terjadi?

Apa yang berlaku ialah kawan itu melakukan kesalahan yang menyalahi syara' secara berulangkali sehingga jelas keburukannya. Beritanya tersebar luas. Lalu pihak yang bertanggungjawab terpaksa "bertungkus lumus" dengan perkara ini.Ramai yang ditugaskan untuk menyelesaikan perkara ini. Akhirnya dibentuk suatu badan petugas untuk membuat penyelidikan dan mengenakan hukuman. Akibat dari hukuman itu, berlaku pula tindak balas dari dalam dan juga dari luar.

Sebenarnya, penyegeraan dalam penyelesaian masalah yang timbul akan memberi keuntungan kepada harakah. Ia membebaskan harakah daripada menghabiskan masa dan tenaga menyelesaikan masalah dalaman yang pada kebiasaannya mengakibatkan keciciran anggota.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa kelembapan dalam menyelesaikan masalah dalam gerakan adalah disebabkan oleh :-

a. Kelemahan pucuk pimpinan sendiri yang mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

b. Kelemahan pentadbiran yang memberi ruang kepada kemunculan masalah dalam badan- badan tetapi tidak memberi kuasa menyelesaikan masalah kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas badan itu.

c. Boleh jadi kerana terlalu besar atau luasnya program sehingga pihak pimpinan tidak dapat menyempurnakan keperluan-keperluan kerja ('amal) yang berbagai-bagai itu. Hanya badan-badan yang bertugas untuk itu sahaja yang mempunyai keupayaan dan kepakaran yang boleh menmgawasinya.

Penghujungnya membawa natijah yang sama iaitu pertambahan masalah.

Wednesday, March 3, 2010

Sambutan Mauliddur Rasul Di kalangan Masyarakat Bugis, Sabah

Sambutan Mauluddurrasul di kalangan masyarakat Bugis yang bermastautin di Sabah agak unik, pada pandangan penulis jika dibandingkan dengan sambutan yang dilakukan oleh masyarakat lain di Malaysia. Pada 12 Rabiuawal 1434, tahun ini penulis berpeluang menyambut Mauliddurrasul bersama masyaraklat Bugis di dua ladang. Paginya, penulis diundang untuk mengadili pertandingan sepanduk dan ceramah Maulud di Ladang Batu Putih dan selepas Jumaat diamanahkan tugasan yang sama di Ladang Borneon.


Macam siok je dengar ceramah......

Kanak-kanan begitu seronok menanti bunga Telor dan Angpau di ranting
Bunga telur dibahagi-bahagi oleh mandor
Habis sudah bunga telur, orang pun berkurangan
Pengurus ladang,Tuan Rozi Ibrahim, anak kelahiran Kelantan yang telah lama merantau


Ladang Batu Puteh Tuan Maznan Che Ming, pengurus Ladang Tinabau bersama anak-anaknya
Bunga Telur yang dihadiahkan kepada penulis, sukanya anak-anak dapat begini
Acara Salawat dan berzanji yang dikendalikan Imam Dolmat
Persembahan Nasyid oleh Kanak-kanak Ladang Batu Puteh

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pembuka majlis

Penulis diamanahkan mengadili pertandingan sepanduk



Perarakan di panas terik mentari sememangnya berkeringat

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008