Friday, April 23, 2010

Pengalaman Kereta Rosak

Pengalaman kereta buat onar dalam perjalanan cukup memerit, menyusah dan memalukan. Inilah yang kualami dua minggu berturut-turut. Minggu lepas, kereta pertamaku buat onar di traffik light simpang 4 , Batu 4 Sandakan. Ianya mati ditengah-tengah simpang tersebut menyebabkan, jalan menjadi jem. Ianya gara-gara penapis angin dimakan tikus. Minggu ini berulang lagi, kereta keduaku kehabisan cas. Ianya mati disebelah masjid. Dapat juga kusejukkan hati dengan berwuduk dan bermunajat kepada yang Maha Kuasa.

Pengalaman yang hendak dikongsi penulis, bila mana kereta breakdown diwaktu malam. Ianya amat sulit dan menyulitkan. Keretaku yang kupandu kehabisan cas dan memerlukan bantuan cas daripada kereta lain. Sudah siap sedia aku dengan jumper yang baru dibeli setelah sekian lama kumencari. Itupun setelah mengambil kira pengalaman breakdown diperjalanan tahun lepas.

Ku berdiri disebelah kereta yang rosak bersama sahabatku Ust Razak Desper. Banyak kereta yang kutahan tidak mahu berhenti.Ada juga yang slow tetapi juga berlalu. Seperti takut dan kurang yakin. Putus asa dan sikit kecewa. Inilah hakikatnya bila tiba waktu malam. Bukan juga mereka yang ditahan itu sombong tidak mahu berhenti dan membantuku. Kusedar, mereka juga berfahaman seperti yang aku faham. Mereka takut ditipu dan disamun seperti kisah-kisah yang kudengar. Ku menyakini, kisah ngeri yang disebar dari mulut ke mulut tanpa rawi yang sahih itu banyak menghantui pengguna jalan raya dan ku turut menjadi mangsanya. Sejauhmana kebenaran kewujudan peristiwa itu. Wallahua'lam.

Setelah buntu mencari ikthiar. Ku mengambil langkah menghubungi sahabat-sahabat di Sandakan untuk mendapat bantuan mekanik. Mereka menyarankan aku menghubungi Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah untuk mendapat cadangan mekanik yang boleh membantu kami. Tuan Hj Hamzah datang bersendirian dan berusaha membantu kami. Keretaku tidak berjaya dipulihkan. Kami dihantar pulang oleh Tuan Hj Hamzah. Sebelum itu, beliau belanja kami makan. Allahu Rabbi...sudahlah dihantar kami balik yang perjalanan hampir 80 kilometer. Diberi makan lagi. Syukur dan terima kasih tidak terhingga, ada insan sepemurah ini. Masalahku reda seketika dan boleh menanti hari esok.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008