Wednesday, June 2, 2010

BN Sudah Nazak, PR Mesti Diberi Peluang

Kalau rakyat Malaysia tidak sanggup menghadapi pengurangan subsidi dimana antaranya minyak, tenaga elektrik dan tol perlu dinaikan bagi membantu menjimatkan wang kerajaan, negara ini boleh jatuh bangkrap menjelang 2019.

Mesej ini disampaikan secara terbuka oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala Khamis lalu. Mesej ini jelas menunjukkan Kerajaan Pimpinan Barisan Nasisonal sudah hilang arah dalam mendapatkan hasil untuk mengurus negara kecuali dengan cara membebankan rakyat. Malah, rakyat sering dimangsakan oleh Barisan Nasional, UMNO bila negara menghadapi krisis kewangan. Sedangkan gaya hidup dan cara perbelanjaan pimpinan BN masih dalam keadaan mewah.Demikian luahan Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ketika berceramah di Tawau, sabtu.

Beliau melahirkan keyakinan, kata-kata Datuk Seri Idris Jala itu akan menjadi kenyataan jika BN terus diberi kuasa memerintah. Pimpinan BN mendabik dada bahawa mereka bijak mengurus tetapi hakikatnya mereka terlalu lemah dan naif dalam mengurus harta negara. BN sanggup menghalalkan judi bolasepak demi mengaut keuntungan sekalipun terpaksa mengorbankan keruntuhan akhlak dan bercambahnya jenayah dalam negara.

"Penyerahan dua telaga minyak yang bernilai 360 bilion kepada Brunei dan tanah KTMB kepada Singapura juga merupakan bukti yang kukuh bahawa BN sudah tidak ketahuan dalam mentadbir negara.Segalanya sanggup dikorbankan asalkan mereka boleh terus berkuasa". Tambah beliau lagi.

Daya juang pimpinan BN untuk mengurus negara juga lemah. Sikap ini diperlihatkan ketika PAS mengambilalih kepimpinan Kelantan pada tahun 1990. BN mengatakan Kerajaan PAS Kelantan akan tumbang selepas enam bulan kerana hasil negeri Kelantan yang sedikit. BN juga melalui media mereka cuba mengambarkan Kelantan negeri yang miskin dan dhaif sehingga ramai rakyat Kelantan yang terpaksa berhijrah mencari kehidupan di luar Kelantan. Propaganda dan sikap lemah semangat BN ini telah mempengaruhi rakyat luar Kelantan sehingga ada yang membawa beras dan maggie ke kelantan sebagai bekalan.

Hakikatnya, hari ini PAS sudah 20 tahun memerintah Kelantan dan Kerajaan Kelantan berjaya membangunkan dan membayar hutang-hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN. Datuk Mahfuz menyeru pengundi-pengundi Tawau khususnya, dan Sabah amnya memberi peluang dan bangkit bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke 13 bagi memastikan negara tidak muflis pada tahun 2019.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008