Monday, May 24, 2010

PAS Bantu Dapatkan Sijil Kewarganegaraan

Setelah sekian lama menanti dan berharap. Akhirnya sinar itu datang jua. Pengiktirafan mereka sebagai warganegara amat bererti dalam kehidupan mereka setelah melalui perjuangan dan penantian yang panjang. Syukur, masih ada pihak yang sedia menghulurkan tangan, beriringan menyempurnakan hajat. Itulah hakikat yang dilalui oleh Puan Salmah dan keluarganya.

Kelihatan dalam gambar, Tuan Haji Hamzah Abdullah bersama AJK PAS Kawasan Batu Sapi dengan Puan Salmah dan anaknya Rahimah

Setelah 3 tahun berjuang untuk mendapatkan status kewarnegaraan, akhirnya Puan Salmah dan anaknya Rahimah telah dianugerahkan sijil warganegara Malaysia yang diibaratkan oleh mereka sebagai motivasi untuk meneruskan kehidupan di negara Malaysia dan menumpahkan sepenuh taat setia kepada negara ini.

Beliau dan anaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PAS Kawasan Batu Sapi, khususnya Tuan Hj Hamzah Abdullah kerana telah banyak memberi bantuan dalam konteks tunjuk ajar serta bimbingan dalam mengisi borang-borang tertentu daripada JPN sehingga berhasilnya beliau dan anaknya mendapatkan status warganegara Malaysia.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008