Tuesday, June 29, 2010

Peragut Layak di Hukum Bunuh

Minggu lalu, keluarga kami dikejutkan dengan berita adik ipar dan anak saudaraku jatuh daripada motor setelah motor yang dipandu adik iparku disentap oleh peragut. Peragut yang cuba merampas beg tangan dalam raga motor yang dipandu adik iparku hanya berjaya menyentap tali beg itu sahaja tanpa mendapat apa-apa. Akan tetapi ipar dan anak saudaraku jatuh di atas motor setelah terbabas angkara rentapan tersebut. Akibatnya, anak saudaraku dibawa dan ditahan dihospital kerana luka dan bengkak-bengkak di leher dan kepalanya.

Sekalipun tanpa sebarang kehilangan atau kerugian wang ringgit, musibahnya hampir membawa maut kepada dua beranak ini. Peragut lebih teruk daripada pencuri kerana mereka bukan sahaja merampas harta benda bahkan boleh membunuh. Sekalipun mereka tidak berniat untuk membunuh tetapi tindakan mereka boleh membawa kepada kehilangan nyawa ataupun penderitaan hidup orang lain.

Apalah nilai harta tersebut jika dibandingkan dengan nyawa atau kecelakaan yang bakal mereka terima. Sudah banyak paparan akhbar yang membuktikan ragut boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan penderitaan hidup mangsa.

adik Raihan yang cuba ditenteramkan oleh ibunya di hospital

Kita mereka dihakimi menurut hukum Islam sekalipun, mereka tidak akan dikenakan hukum potong tangan akan tetapi hukuman yang lebih teruk iaitu hukuman yang menyamai hukuman yang ditentukan kepada perompak atau penyamun yang membahayakan nyawa orang lain. mereka adalah pengkhianat negara. Mereka meletakkan pemandu dan pembonceng motor dalam bahaya.

Pihak berkuasa dan semua pihak yang berwajib terutama kita sendiri wajib mengambil langkah yang proaktif dalam membasmi kegiatan ragut yang semakin berbahaya dari hari ke sehari. ragut wajib dihapuskan dan dikenakan hukuman yang berat. Nyawa tidak sepatutnya tidak menjadi taruhan untuk beberapa kerat individu bersenang lenang atas darah dan air mata orang lain.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008