Saturday, August 28, 2010

Patut Bantu Kahwin Dua

"KUWAIT CITY (AFP) for beritaislamglobal
.blogspot.com


Seorang Ahli Parlimen Kuwait mencadangkan supaya kerajaan membantu golongan lelaki negara itu berkahwin dua bagi mengurangkan masalah lebihan wanita yang tidak berkahwin dalam negara yang kaya dengan hasil minyak itu.

"Cadangan tersebut bertujuan menyelesaikan masalah wanita tidak berkahwin, dan menggalakkan golongan janda dan duda membina keluarga baru,” kata Faisal al-Duwaisan, Ahli Parlimen parti bebas Shiite.

Sebelum itu, negara teluk tersebut memang menyediakan ‘bantuan perkahwinan’ sebanyak 4,000 dinars (RM43,521) kepada lelaki Kuwait yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, yang mana separuh daripadanya adalah sumbangan percuma manakala yang selebihnya adalah pinjaman tanpa faedah.

Duwaisan bagaimanpun, mahu kerajaan menyediakan pakej bantuan tambahan bagi lelaki yang ingin berkahwin dua yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Pihak lelaki mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada isteri yang sedia ada untuk berkahwin lain. Disamping itu, mereka yang telah bercerai atau kematian isteri juga layak menerima bantuan tersebut.

Wanita yang akan dikahwini hendaklah dari kalangan janda atau sekurang-kurangnya berumur 40 tahun dan belum pernah berkahwin, kata Duwaisan dalam kertas cadangannya itu yang telahpun dihantar ke parlimen.

Panel parlimen akan mengkaji cadangan tersebut, sebelum dihantar ke sidang parlimen untuk pertimbangan lanjut. Jika diluluskan, ia akan menjadi satu undang-undang.

Kuwait, pengeluar kelima terbesar dalam OPEC, menyediakan sistem kebajikan menyeluruh melalui penyediaan subsidi kadar tinggi bagi kebanyakan perkhidmatan awam. Pelajaran dan kesihatan disediakan percuma kepada rakyatnya.

BIG: Teringat bangsa Arab yang miskin dan tertindas.

Wednesday, August 25, 2010

Onani pada Bulan Ramadhan

Rasa segan juga ingin berbicara perkara seumpama ini, apatah lagi pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Apa lagi dalam kita melayari Ramadhan Al-Mubarak ini, muncul beberapa persoalan yang perlu dijawab segera. Soalan seumpama ini muncul daripada mulut-mulut remaja belasan tahun yang melalui alam murahik mereka.

Berkaitan dengan onani Ramadhan ini, kita boleh rujuk pendapat ini sebagai panduan:

Majlis Syahri Ramadhan karya Syeikh Ibnu ‘Utsaimin, Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin pernah ditanya tentang seseorang yg melakukan onani di siang hari pada bulan Ramadhan, adakah akibat atas perbuatannya itu?? Beliau menjawab, ada 4 (empat) akibat atasnya:


1. (pahala) Shaumnya pada hari itu batal.
2. Ia wajib melanjutkan shaumnya sampai matahari terbenam.
3. Ia wajib meng-qadha shaum hari itu (saat dia beronani) sebelum tiba Ramadhan berikutnya.
4. Ia harus segera bertaubat atas dosa yang ia perbuat, karena ia merusak shaumnya pada bulan Ramadhan.

Sedangkan bila keluar mani kerana MIMPI, Syeikh menjelaskan bahawa TIDAK APA2 (tidak ada hukum yang dikenakan padanya). Dengan kata lain, jika MIMPI BASAH DI BULAN RAMADHAN, maka dia TERUSKAN saja puasanya, dan tidak perlu mengganti di lain hari.

Adakah Onani dikenakan kifarah seperti kifarah suami isteri yang melakukan jimak di Bulan Ramadhan?

Asy-Syaikh Muqbil menjawab:

Ia berdosa, namun tidak ada kafarah (denda) atasnya. Ia berdosa kerana Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits yang beliau riwayatkan dari Rabbnya:

يَدَعَ طَعَامُهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِيْ

“Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku.”

Ia tidak wajib mengqadhanya, kerana qadha tidak ditunaikan kecuali dengan adanya dalil, sedangkan dalil-dalil yang ada berlaku bagi orang yang safar (bermusafir) dan orang yang sakit, bila ia berbuka.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“Maka barangsiapa di antara kalian sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (Al-Baqarah: 184)

Demikian pula dengan wanita yang haidh, ia harus mengqadha puasanya berdasarkan hadits ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha dalam kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim. Wanita yang menyusui dan wanita hamil mengqadha puasa bila mereka berbuka berdasarkan hadits dari Anas bin Malik Al-Ka’bi, dan mengqadha puasa didasarkan pada ayat tersebut di muka. Wallaahu a’lam. (Ijaabatu as-Saail, soal no. 101)

(Dinukil dari إجابة السائل (Asy-Syaikh Muqbil Menjawab Masalah Wanita) karya Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i, hal. 31-32; penerjemah: Abu ‘Abdillah Salim; editor: Abu Faruq Ayip Syafruddin; penerbit: Penerbit An-Najiyah, cet ke-1, Rajab 1428H/Agustus 2007M untuk http://almuslimah.co.nr

Tuesday, August 24, 2010

Nikah Gantung Tangani Masalah Sosial

Tulisan dan cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ust Nashrudin Tantawi dalam menangani masalah buang bayi dan perzinaan yang sedang membarang dalam masyarakat kini. Hayati ulasan dan hujah ini.

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan


1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Sunday, August 22, 2010

Mengumpat (ghibah): Tazkirah Ramadhan

Dalam melayari bahtera Ramadhan yang sudah masuk ke fasa ke dua, peringatan dan tazkiah perlu terus dilakukan supaya puasa dan ramadhan yang kita lalu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kecuali lapar dan dahaga sepertimana yang telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW :

ليس له من صيامه إلا الجوع والعطش

Suatu perkara yang wajib dihindari dalam kehidupan kita ialah mengumpat atau ghibah yang dilakukan oleh lidah yang tidak bertulang. Rasulullah telah mengingatkan kita tentang ghibah ini dalam sabdanya:

يا معشر من آمن بلسانه ولم يدخل الإيمان في قلبه لا تغتابوا المسلمين ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من يتبع عورة أخيه المسلم يتبع الله عورته ومن يتبع الله عورته يفضحه ولو كان في جوف بيته . إسناده جيد العراقي تخريج الإحياء2/250

"Wahai segenap orang yang beriman dengan lisannya namun iman belum masuk ke dalam hatinya! Jalnganlah kalian meng-ghibah kaum muslimin dan hangan mencari-cari aib mereka. Kerana barang siapa yang mencari-cari aib mereka, nescaya Allah akan menyingkap aibnya dan barang siapa yang disingkap aibnya oleh Allah, maka aia akan tercemar (meskipun ia sembunyi) di dalam rumahnya".

Apa erti ghibah atau mengumpat?

ghibah bererti :
1. membicarakan keburukan seseorang tanpa sepengetahuan yang bersangkatan. Sementara jika yang dibicarakan dusta, maka ia disebut dengan bUHTAN (DUSTA).

Rasulullah pernah bertanya, "tahukah kalian apa ghibah itu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda rasulullah, " Engkau menyebut sesuatu yang dibenci oleh saudaramu." Beliau ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang dikatakan itu benar-benar ada ada pada saudaraku tersebut?". Baginda menjawab, " Jika apa yang engkau katakan itu adalah benar, bererti engkau telah meng-ghibahnya dan jika apa yang engkau katakan tidak benar, bererti engkau telah berdusta." Yakni membuat kedustaan atas dirinya.

2. Ar- Raghib Ashfahani berkata:

" ghibah ialah menyebut-nyebut orang lain dengan sesuatu yang mengandung aib tanpa ada kepentingan yang sangat untuk menyebutkannya,

3. sementara itu As-Sijsatani berkata

ghibah ialah membicarakan akhlak seseorang yang benar-benar ada padanya. Jika ia membicarakan di depannya itu adalah mujaharah. Adapun jika membicarakan sesuatu yang tidak benar yang ada pada seseorang itu bererti hal itu adalah dusta.

al-buhtan :berkata sesuatu yang batil dihadapan seseorang.

bersambung.....

Friday, August 20, 2010

Ketua Menteri Pakatan Lebih Mesra Setinggan

Seorang Ketua Menteri berbangsa Cina yang dimomokan sebagai rasis, komunis dan berbagai cercaan telah memperlihatkan dirinya lebih adil dan prihatin terhadap nasib setinggan yang rata-rata terdiri daripada bangsa Melayu atau bumiputera. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang komited mengadakan forum tanah demi mempertahan hak permukiman turun-temurun orang-orang Melayu, Cina dan India atas tanah bukan milik mereka hendaklah dipuji oleh semua pihak yang cintakan keadilan.

Forum tersebut diadakan secara kecil-kecilan sebagai langkah berhati-hati dengan inisiatif pemaju atau pemilik tanah yang acap kali menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir mereka yang terbabit. Lim Guan Eng telah berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terjejas, sekalipun tidak dibuat secara besar-besaran kerana ada perintah mahkamah."


Tindakan Lim Guan Eng ini berbeza dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang beragama Islam dan bermazhab UMNO yang terus menerus menindas setinggan yang merupakan rakyat Sabah. Tindakan demikian dilakukan bagi menjaga dan melindungi kepentingan pembesar UMNO dan kroni mereka. Demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah.


Menurut Hj Hamzah yang juga YDP PAS Batu Sapi lagi,pendekatan Lim Guan Eng yang mesra setinggan menepati ciri-ciri Khalifah Umar yang menjadi idola beliau iaitu mengasihi rakyat bawahan yang dipimpin.


Hj Hamzah yang begitu kecewa dengan tindakan UMNO Sabah yang melaungkan slogan 1 Malaysia, yang kononnya, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tetapi dalam masa yang sama telah bertindak ala Yahudi, meroboh rumah rakyat miskin di Parlimen Batu Sapi seperti Kg LupakMeluas, Kg Sundang dan Kg BDC.


Berlainan dengan Lim Guan Eng, sekalipun digambarkan jijik oleh media arus perdana, tunggangan UMNO, beliau telah membela tanah-tanah mukim seperti Kampung Mutiara dan Kampung Cetti (di Batu Feringghi), Kampung Sungai Tumai, Kampung Dodoi, Kampung Sungai Pinang, Kampung Pokok Asam, tanah Jelutung, Jalan Lembah Permai, Kampung Said @ Koci (di Kelawai) dan tanah Tanjung Tokong.


Tindakan Kerajaan Pakatan rakyat yang lebih prihatin dan mesra setinggan dan kerakusan pemimpin Barisana Nasional yang menjadikan golongan miskin sebagai alat mengaut keuntungan politik dan kemewahan hidup patut menjadi kayu ukur kepada rakyat dalam memilih kepimpinan negara.


Hj Hamzah menyeru dan merayu supaya rakyat Sabah bangkit menghukum dan menjulang kuasa rakyat dalam pilihanraya ke 13 nanti. Pakatan Rakyat mesti diberi peluang sekalipun sepenggal pilihanraya untuk memerintah Malaysia bagi membersihkan noda-noda Barisan Nasional seterusnya menyelamatkan Malaysia. Pengundi Sabah harus membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Sabah menjadi penentu kepada sesebuah kerajaan Persekutuan sepertimana rakyat Sabah telah menyelamatkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya umum ke 12 lalu.

Sunday, August 15, 2010

Resipi Coto J J Makasar

Resipi

1. Daging
2. Tulang
3. Kacang Tanah
4. Bawang Merah & bawang Putih
5. Halia
6. Lengkuas
7. Serai
8. Rempah Sup 4 Sekawan
9. Nasi Himpit
10. Daun Sup
11. Sambal Goreng
12. Bawang Goreng
13. Sup Bunjut

item 9 hingga 13 sebagai hiasan dan pelengkap rasa

Cara-cara

1. Rebus daging semasaknya. Titik serai untuk menambah rasa (kalau suka). Campurkan tulang untuk menambah keenakan.

2. Keluarkan daging dan dihiris ikut kesukaan kita.

3. Kuah daging boleh ditambah air kalau tidak mendidih. (boleh masukkan sup bunjut).

4. Setelah mendidih, masukkan kacang yang telah digoreng dan telah dikisar

Keenakan Coto di nikmati bapa Presiden Indonesia...waduh... sodap inih...

Kacang goreng

- Jangan dikisar terlalu halus, tak sedap bilangnya.
- kalau mau kacang berwarna gelap(coklat) goreng kacang dengan sedikit minyak

5. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Tumis bersama rempah sup (4 sekawan) sehingga keluar minyak.

6. Masukan tumisan bawang ke dalam kuah kacang.
7. Siap, maka hidanglah. Bagi sama kat jiran........

Selamat Mencuba....
resipi sumbangan Puan Jumatiah Djumarang

Wednesday, August 4, 2010

NGO Bantu Capai Misi Kerajaan Kelantan

Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS sentiasa mengharapkan sumbangan NGO khususnya anak Kelantan di Perantauan menjayakan misi Kerajaan Kelantan mendaulatkan Islam dan meletakkan Islam sebagai asas dalam semua bentuk kerja. Hasrat ini dinyatakan Timbalan Menteri Besar kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ketika merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (PERAKAN MALAYSIA) di Greenwood.

Ust Ahmad Yaakob sedang menandatangani Buku Pendaftaran PERAKAN

"Kerajaan Kelantan sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran anak-anak Kelantan di Perantuan demi kebaikan rakyat dalam pentadbiran sesuai dengan moto Kerajaan Kelantan "Membangun Bersama Islam."Ujur Ahmad lagi.

Sebagai bukti Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran anak-anak Kelantan, Kerajaan kelantan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan telah mengadakan Majlis dialog bersama Anak-anak Kelantan Diperantauan setiap tahun.

Persatuan anak rantau seperti PERAKAN diharapkan menjadi duta Kerajaan Kelantan dan membantu Kerajaan Negeri memacu hasrat untuk membina kader-kader Islam yang boleh menyelamatkan ummah. Atas hasrat itu, Kelantan telah memberi peruntukan yang besar (80 juta)kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) . YIK telah membangun dan mengurus beberapa buah maahad Tahfiz Sains yang meletakkan Islam sebagai asas pendidikan. Usaha ini diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan Tamadun Islam dan Kelantan serambi Mekah.
Sebahagian pimpinan baru PERAKAN Malaysia

Menurut Ahmad lagi, ramai orang bijak gagal mengurus dunia kerana lemahnya iman dan amanah. Sebaiknya serahlah kuasa kepada Islam untuk memerintah sebagai pra syarat untuk bersatu dalam erti kata yang sebenar.

Majlis yang dihadiri oleh perwakilan 14 cawangan itu termasuk Sabah dan Sarawak turut dihadiri oleh dua orang exco Kerajaan Kelantan Dr Fadzli Hassan dan Dr Fatah Mahmud.Ust Abdul Rahman Yunus selaku ketua Penyelaras Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan turut hadir.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008