Friday, August 20, 2010

Ketua Menteri Pakatan Lebih Mesra Setinggan

Seorang Ketua Menteri berbangsa Cina yang dimomokan sebagai rasis, komunis dan berbagai cercaan telah memperlihatkan dirinya lebih adil dan prihatin terhadap nasib setinggan yang rata-rata terdiri daripada bangsa Melayu atau bumiputera. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang komited mengadakan forum tanah demi mempertahan hak permukiman turun-temurun orang-orang Melayu, Cina dan India atas tanah bukan milik mereka hendaklah dipuji oleh semua pihak yang cintakan keadilan.

Forum tersebut diadakan secara kecil-kecilan sebagai langkah berhati-hati dengan inisiatif pemaju atau pemilik tanah yang acap kali menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir mereka yang terbabit. Lim Guan Eng telah berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terjejas, sekalipun tidak dibuat secara besar-besaran kerana ada perintah mahkamah."


Tindakan Lim Guan Eng ini berbeza dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang beragama Islam dan bermazhab UMNO yang terus menerus menindas setinggan yang merupakan rakyat Sabah. Tindakan demikian dilakukan bagi menjaga dan melindungi kepentingan pembesar UMNO dan kroni mereka. Demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah.


Menurut Hj Hamzah yang juga YDP PAS Batu Sapi lagi,pendekatan Lim Guan Eng yang mesra setinggan menepati ciri-ciri Khalifah Umar yang menjadi idola beliau iaitu mengasihi rakyat bawahan yang dipimpin.


Hj Hamzah yang begitu kecewa dengan tindakan UMNO Sabah yang melaungkan slogan 1 Malaysia, yang kononnya, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tetapi dalam masa yang sama telah bertindak ala Yahudi, meroboh rumah rakyat miskin di Parlimen Batu Sapi seperti Kg LupakMeluas, Kg Sundang dan Kg BDC.


Berlainan dengan Lim Guan Eng, sekalipun digambarkan jijik oleh media arus perdana, tunggangan UMNO, beliau telah membela tanah-tanah mukim seperti Kampung Mutiara dan Kampung Cetti (di Batu Feringghi), Kampung Sungai Tumai, Kampung Dodoi, Kampung Sungai Pinang, Kampung Pokok Asam, tanah Jelutung, Jalan Lembah Permai, Kampung Said @ Koci (di Kelawai) dan tanah Tanjung Tokong.


Tindakan Kerajaan Pakatan rakyat yang lebih prihatin dan mesra setinggan dan kerakusan pemimpin Barisana Nasional yang menjadikan golongan miskin sebagai alat mengaut keuntungan politik dan kemewahan hidup patut menjadi kayu ukur kepada rakyat dalam memilih kepimpinan negara.


Hj Hamzah menyeru dan merayu supaya rakyat Sabah bangkit menghukum dan menjulang kuasa rakyat dalam pilihanraya ke 13 nanti. Pakatan Rakyat mesti diberi peluang sekalipun sepenggal pilihanraya untuk memerintah Malaysia bagi membersihkan noda-noda Barisan Nasional seterusnya menyelamatkan Malaysia. Pengundi Sabah harus membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Sabah menjadi penentu kepada sesebuah kerajaan Persekutuan sepertimana rakyat Sabah telah menyelamatkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya umum ke 12 lalu.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008