Wednesday, October 13, 2010

Batu Sapi: Laluan Berliku BN

Sekalipun Suruhanjaya Pilihanraya SPR, belum meniupkan semboyan pertembungan dua Pakatan politik untuk bertembung di parlimen Batu Sapi ,yang baru kehilangan ahli parlimennya mendiang Datuk Edmund Chong, parti-parti dan calon-calon yang akan bertanding telah menyiapkan diri untuk turun ke gelangang dengan misi dan visi masing-masing.


Apa pun pertembungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mungkin juga akan muncul SAPP dan calon bebas pada pilihanraya kecil kali ini bakal mewujudkan suasana baru dalam langskip politik Sabah. Kalah atau menang Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi bakal mencorakkan masa depan Barisan Nasional di Sabah dan juga Malaysia amnya. Selama ini, Sabah menjadi simpanan tetap Barisan Nasional untuk ampuh bertahan di puncak kuasa.

Kali ini, laluan yang dilalui oleh mendiang Datuk Edmund Chong yang menang percuma pada pilihanraya 2004 dan hanya berdepan dengan calon bebas setelah calon PKR gagal hadir dalam masa yang ditentukan pada pilihanraya ke 12 mac 2008 pastinya tidak akan berulang. Menang percuma dan berdepan calon bebas menyebabkan Barisan Nasional sukar meramalkan peluang sebenar mereka. Sekalipun mendapat sokongan hampir 70% undi di kawasan Melayu tetapi kalah di kawasan Cina.

Cuma, apa akan jadi kepada Barisan Nasional yang pastinya akan menurunkan calon daripada PBS yang tidak muslim untuk berhadapan dengan calon Muslim daripada Pakatan Rakyat, di kawasan yang lebih 60% beragama Islam? Sedangkan dalam masa yang sama Barisan Nasional ditolak oleh pengundi Cina?

Pengundi Batu Sapi, pastinya tidak lagi mahu kepada wakil rakyat yang menjaga mereka secara PJJ. Pilihanraya kecil sebegini akan membuka mata hati mereka betapa besarnya nilai undi mereka. Kalau sebelum ini, undi mereka boleh ditukar dengan RM100-RM200, atau zink-zink dan sebagainya. Kali ini pastinya tidak. Keadaan ini bakal menyukarkan BN.

Sebagai parlimen pertama di Sabah dan kedua di Borneo yang berlakunya, pilihanraya kecil selepas tsunami politik Mac 2008 dan deretan kemenangan Pakatan Rakyat bakal membuka dan mengubah selera pengundi parlimen Batu Sapi. Apa lagi, parlimen Batu Sapi sarat dengan masalah kebajikan rakyat yang terabai dan terlepas pandang. Kelemahan ini bakal dimunafaatkan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan dan memalukan BN di kubu barunya ini.


Pilihanraya kecil ini, mungkin juga disandarkan kepada siapa dan sejauhmana kebolehpercayaan pengundi kepada calon yang ditampilkan oleh parti politik. Kehadiran calon bebas yang ramai sepertimana yang berlaku dalam beberapa DUN di Sabah seperti pilihanraya sebelum ini sedikit merencatkan mood pengundi parlimen Batu Sapi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka. Persoalan anak tempatan ataupun tidak, bagi saya tidak menjadi penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti kerana menurut rekod, pengundi Batu Sapi boleh menerima orang luar untuk menwakili mereka.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008