Monday, November 15, 2010

Kenapa Di Hina Orang Kahwin

Dalam situasi masyarakat dan negara menghadapi kemelut moral yang begitu tinggi dan membimbangkan, para pemikir dan jurumudi masyarakat semacam tidak nampak jalan keluar untuk menyelesaikan atau mengurangkan kadar masalah sosial ini. Penyelesaian cara barat, nampaknya terus menjadi pilihan dan kayu ukur.

Sindiran sinis berupa cercaan (pada pandangan penulis), blogger yang berkiblatkan kebangsaan terhadap pendakwah dan ahli politik tersohor Ust Badrul Amin turut melukakan hati saya sebagai murid Ust Badrul Amin dan pendokong dakwah.

Poligami Ust Badrul Amin dianggap sebagai tindakan lelaki yang bernafsu kuda. Malah tindakan Ahli Parlimen Ampang yang dikatakan terlibat mengatur perkahwinan tersebut sebagai bertentangan dengan sifat YB Zuraida sebagai seorang pejuang wanita.

Saya tidak faham apa masalah sebenar yang cuba dibangkitkan oleh penulis blog garam tersebut. Cuma penulis terbabit menutup tulisan beliau dengan mengatakan bertentangan dengan moral.
Itukah Nafsu Kuda yang dimaksudkan?

Beberapa persoalan yang perlu kita renung bersama.

1. Adakah poligami atau perkahwinan Ust Badrul bertentangan dengan syara'?

2. Apakah kesalahan moral lebih besar dosanya daripada mengingkari syariat?

3. Berapa ramai anak lelaki yang berkahwin tanpa keizinan ibubapa yang mengandung, membesar, mendidik dan berkorban segala-galanya untuk anak tersebut tidak diperbesarkan. Kenapa berkahwin tanpa keizinan isteri pertama menjadi masalah? ibu dan isteri juga wanita. Keizinan ibu dan isteri juga bukan rukun dalam syarat sah nikah.

4. Salahkah lelaki atau wanita yang kuat nafsu? Saya tidak faham apa maksud nafsu Kuda yang dimaksudkan penulis tersebut. Mungkin kuat nafsu. Ukuran salah atau tidak kuat nafsu itu diukur pada cara menyalurkan nafsu tersebut. Bukannya tahap power nafsu tersebut. Malah beruntung pasangan yang mendapat pasangan yang power nafsunya berbanding dengan yang lemah nafsu.

5. Memberi pembelaan kepada wanita sama ada janda atau anak dara menjadi kesalahan bagi pejuang kebangsaan? Mengahwini mereka bererti mengambil tanggungjawab terhadap mereka. Apatah lagi terhadap wanita yang sanggup mengifakkan diri mereka kepada pejuang agama, bangsa dan negara melalui wadah yang sama.

6.Lupakah kita kepada peristiwa VCD lucah Presiden MCA, Video Lucah Vagindran dan skandal Norita, Mustakizah dan perempuan-perempuan lain yang diragut rakus sehingga menjadi korban tanpa dihukum penyembelihnya. Mana suara pejuang wanita? kenapa mereka dibiarkan begitu? Siapa yang hendak bertanggungjawab?

7. Cubalah cari dan bertindak untuk menyelesaikan masalah ummah. Jangan seronok menyerang orang lain dalam keadaan mereka menjaga syariat. Tidak pasal-pasal, hina dapat dosa merapat. Hidup ini umpama putaran roda dan lingkaran yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Tiada satu pun yang kekal dengan kita. Boleh jadi apa yang kita keji hari ini menjadi impian kita di hari esok.

8. Sesekali, hidulah busuk yang meraung dalam kain dan topi kita. Boleh jadi busuk itu lebih haprak dan bergiut (bahasa sungai) dari apa yang kita teropong dan suluh selama ini.

9. Kalau iapun kita tidak setuju dengan individu, cukuplah sekadar serangan itu kepada individu terbabit, bukan terbabas sehingga menyerang syariat.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008