Tuesday, May 3, 2011

Perkasa Tarbiyyah Utamakan Kebajikan

SANDAKAN- kekuatan tarbiyyah para pendokong disamping perihatin terhadap kebajikan ahli perlu menjadi agenda utama PAS dalam melangkah mencari kemenangan sepertimana yang dikehendaki oleh pimpinan PAS Sabah sebagai usaha meletakkan PAS sebagai Parti pilihan di Sabah.


” Muslimat berpandangan tarbiyyah ruhiyyah dan jasadiah disamping menjaga kebajikan pendokong mampu memancu PAS Sabah untuk pergi lebih jauh. Akar umbi yang bersama PAS terutama muslimat mesti diberi lebih perhatian untuk berkerja dengan jemaah”. Ucapan Ketua Muslimat PAS Sabah, Pn Zaitun Ahmad.


” Pembinaan peribadi dan keluarga unggul melalui Baitul Muslim perlu diperkasakan. Kita tidak mahu mereka yang berkerja untuk jemaah terabai kebajikan mereka”. Tambah Pn Zaitun lagi.


Selain itu, muslimat mengharapkan usaha memperkukuhkan parti melalui ukhwah ahli dijana disamping kerjasama erat PAS dalam Pakatan Rakyat.


Ini antara resolusi yang ditekankan oleh Muslimat PAS Sabah di dalam konvesyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah hotel kelmarin.


sumber : http://sabahkita.net

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008