Tuesday, May 24, 2011

PKR Sabah Perlu Berubah!

Parti KeADILan Rakyat Sabah perlu berubah sikap dan lebih menghormati rakan sekiranya ingin menjadi parti teras dalam Pakatan Rakyat khususnya di Sabah. PKR tidak boleh terus merasakan parti mereka kuat dan mendapat sambutan daripada rakyat sekalipun dipimpin oleh mereka yang berpengalaman dalam kerajaan Sabah sebelum ini.

Sebagai parti bongsu dalam Pakatan Rakyat yang sering kali bertindak sebagai ketua Pakatan seharus lebih bijak dan toleransi terutama melayan sahabat-sahabat Pakatan. PKR juga tidak merasakan mereka kuat kerana PKR juga masih belum memenangi sebarang kerusi di Sabah sekalipun bertanding hampir semua kerusi.

Luahan kecewa terhadap layanan PKR terhadap rakan Pakatan, diluahkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Sabah, Zaidi Mustapa yang kecewa bilamana wakil PAS dan DAP tidak diberi sebarang ruang berucap dalam majlis ceramah Anwar di Sandakan minggu lalu . Majlis ceramah tersebut telah menampilkan kebanyakkan Ketua Cabang PKR sebagai pemidato sebelum ketibaan Anwar.

"Sebagai leader Pakatan dan majlis yang dihadiri oleh Ketua pembangkang, PKR sepatutnya membuka ruang untuk wakil PAS dan DAP berucap. Ianya sebagai tanda kita berjuang di atas Pakatan. Biar zahir dan rakyat nilai kerjasama kita." luah Zaidi.

Malah, ini bukanlah kali pertama PKR tidak membuka ruang kepada rakan Pakatan yang lain.

Kekesalan Zaidi turut dikongsi dengan beberapa hadirin yang hadir yang kebanyakkannya berbangsa Cina. . Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi DAP Sabah YB Jimmy Wong, Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan beberapa orang pimpinan SUPP.

Sebelum ini, PAS turut memberi ruang kepada PKR dan DAP berucap dalam majlis ceramah bersama Hj Mohamed Sabu di Sandakan. Kerjasama yang dizahirkan kepada rakyat sebegini bakal menyakinkan rakyat terhadap kesungguhan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat dan bakal mengambilalih Putrajaya.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008