Friday, June 24, 2011

Kabinet Baru PAS Sabah Enjin Memimpin Perubahan

Setelah berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke 57, Sabah antara negeri yang mendapat pesuruhjaya yang baru bagi memancu kemenangan dalam Pilihanraya umum ke 13 nanti.

Perlantikan Sdr Aminudin Aling sebagai pesuruhjaya PAS Sabah yang baru tepat pada masanya dan sesuai dengan hasrat PAS untuk memberi tentangan yang terbaik kepada BN dalam usaha membela rakyat Sabah. Aminudin yang terkenal kerana kerajinan beliau turun ke kawasan-kawasan disandarkan harapan mengemudi PAS Sabah dan menjadi anggota penting dalam Pakatan Rakyat.

Kabinet Baru PAS kali ini telah mengabungjalin dari kalangan aktivis, profesional dan ulama bakal mewarnai politik Sabah. Selain Aminudin Aling yang dilantik sebagai Pesuruhjaya, PAS melantik matan Pesuruhjaya Tuan Hj Muhamad Abdullah sebagai penasihat PAS Sabah dan mengekalkan Tuan Hj Hamzah Abdullah sebagai Timbalan pesuruhjaya 1.

Sementara itu, Bekas AJK PAS Pusat, Sdr Ahmad Dullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan Sdr Anuar Ali, bekas Ketua Pemuda PAS Sabah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Hisyamuddin Sulaiman dikekalkan sebagai Ketua Penerangan dan Ust Awang Leman dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru. Sementara itu, Sdr Ali Hassan ditugaskan sebagai bendahari dan Hj Muhamad Husin bertindak sebagai Pengarah Pilihanraya.

Selain itu, 15 orang ahli jawatankuasa dilantik bagi menjalankan tugas-tugas parti khususnya dalam memimpin perubahan dan menjana kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.
antara Ahlijawatankuasa yang dilantik ialah Sdr Roslan Idris, Seri Wahyuni dan Hj Norbin Aloh.

Sebelum itu, Lahirul Latigu telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua pemuda, begitu juga Pn Zaiton Ahmad bagi Ketua muslimat. Ketua urusan Dewan Ulama juga menang tanpa bertanding.

Kepimpinan baru ini telah berazam untuk memantapkan pengurusan parti seterusnya meniupkan gelombang baru di Sabah untuk tampil sebagai pembela rakyat dan golongan yang tertindas. Azam ini disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS yang baru, sdr Aminuding Aling.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008