Thursday, December 24, 2015

KENANGAN LEBIH 20 TAHUN KEMBALI MENGAMIT

JELI- Setelah terpisah membawa haluan masing masing lebih daripada 20 tahun, peluang dapat bertemu dan bermesra kembali dengan rakan-rakan sekelas merupakan suatu saat yang sungguh manis dan amat berharga.


Reunion Maahad Al Sabirin  , Ayer Lanas Generasi Perintis 72-74  Siri II telah berjaya mengumpul lebih 150 orang ahli di Lapangan Rumah Idie di Kg Ayer Chanal dengan bertemakan "Kepala Tak Tutup..Sapo Ada Tanda?"  Telah berlangsung dengan jayanya.

Keluarga Besar Generasi Al Sabirin 72-74
Inilah Keluarga Besar Generasi 72-74 Al-Sabirin

Program yang bertujuan mengukuhkan kembali tali persahabatan dan mengembalikan nostalgia lama ini turut diselitkan dengan aktiviti sukaneka kanak-kanak, pertukaran hadiah, penyampaian sumbangan, taaruf semula dan jamuan. Segala perbelanjaan program ini dibiayai sepenuhnya oleh ahli Generasi Perintis samada yang dapat hadir atau tidak dapat menghadirkan diri.

                                                                Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli Group Whatsap Generis Perintis Al Sabirin ini sungguh mantap. Ini berikutan kerinduan untuk berjumpa kembali dengan rakan rakan sekolah yang telah lama terpisah dan menceburi bidang yang pelbagai dalam kehidupan masing- masing.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Disiplin Generasi Perintis, Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh yang telah memilih bersara  awal kerana komitmen keluarga.

Sukaneka untuk anak anak
Bagi Nawawi Omar, 41 Tahun, seorang tukang jahit " saya amat teruja dengan kehadiran diluar jangka rakan rakan segenerasi ini , kita harapkan perjumpaan kali ini menjadi titik tolak untuk melakukan program yang lebih besar dan meriah pada masa yang akan datang".



Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh menyempurnakan penyampaian hadiah
Sementara itu, Arini Ismail yang bertugas sebagai seorang guru di Gombak berkata " saya batalkan semua program saya di Gombak dan berkejar balik ke Kelantan semata-mata untuk berjumpa dengan rakan-rakan"..

Pataf Muketar melihat majlis ini dari sudut kesinambungan hubungan persahabatan akan menjadi lebih mantap dengan penglibatan suami isteri dan anak-anak.

Jamuan kasih sayang daripada ahli
" saya seronok melihat anak-anak kita dapat berkenalan antara satu sama lain walaupun mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini, kita juga harapkan anak anak kita ini akan menyambung tali persahabatan kita" . Luah Pataf Muketar, seorang guru yang bertugas sudah 17 tahun di Sabah yang juga pengendali sukaneka untuk anak anak

"Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan- rakan yang sudimenjadikan rumah saya sebagai tempat perjumpaan dan saya bangga dengan semangat rakan rakan untuk bertemu muka serta sanggup menghulurkan pelbagai  sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Saya juga terharu dengan pengorbanan rakan rakan yang sanggup ambil cuti dan balik demi sebuah persahabatan" ujur Zaidi Mustafa, yang juga bertugas di Sabah dengan nada sebak.

Ahli teras yang menghadirkan diri pada sesi II 2015

Wednesday, September 16, 2015

Sambutan Hari Raya PERAKAN Sandakan

Sambutan Hari Raya, Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia ( PERAKAN MALAYSIA) Cawangan Sandakan telah diadakan di Kota Kinabatangan. Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Ust Wan Roslan Wan Hamat dan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kerajaan Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yusof telah hadir mewakili Kerajaan Kelantan untuk menyantuni Anak anak Kelantan yang bermastautin di Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid..

PERAKAN Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Bendahari Agung, En Che Saipul. Hidangan nasi kerabu, laksa, tapai beras, cekmek molek dan bermacam kuih tradisi kelantan telah memeriahkan sambutan majlis hari raya kali ini.

PASTI kinabatangan telah menyediakan kemudahan untuk anak anak Kelantan bersaliturrahim..

 Dewan Darul Ulum pada dengan pengunjung

 Antara hidangan istimewa, campuran kelantan dan Sabah
Masak 3 rasa ikan merah dan ikan kerapu

 Ucapan Dr Wan Nik Wan Yusof
Kerja kerja penyediaan

Taukeh nasi kerabu

Menu tetap, daging pangang

Saturday, August 22, 2015

KORBAN



KORBAN - الأضحية

Takrif
Korban ertinya dekat. Pada istilah ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang tertentu, dengan niat tertentu dan dalam waktu yang tertentu.

Hukumnya
Sunat Muakkad. ( Sunnah Wajibah)

Hikmahnya
 Mendekatkan diri (atTaqarrub) kepada Allah melalui korban. Firman Allah,
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ   -  
“ Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
 )  قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَal- An’am 162)

  ·      Menghidupkan sunnah Imam al-Muwahhidin Ibrahim al-Khalil, tatkala Allah    merintahkannya menyembelih anaknya Ismail, lalu digantikan dengan Kibash.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَابُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَاأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ الصَّابِرِينَ(102
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ  - ( الصافات 107 )
“Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”

Memperluaskan sedekah pada Hari Raya Korban kepada fakir miskin dan    mempereratkan kasih sayang.

Bersyukur kepada Allah kerana Dia telah menundukkan binatang-binatang      ternakan untuk kita. Sebagaimana firman Allah,

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“……. makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu menguasainya dan menyembelihnya supaya kamu bersyukur. (alHajj : 36 )

Sejarah Korban
Perintah berkorban adalah perintah suci, iaitu mengikut pergorbanan Nabi Allah Ibrahim as yang telah melakukan korban terhadap anaknya yang sangat dicintai, Nabi Ismail as.

Nabi Ibrahim as adalah manusia pertama yang melakukan syariat sembelihan korban . Firman Allah,
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرْ الْمُخْبِتِينَ
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat - alHajj : 34

Sabda Nabi saw,  يا أيها الناسُ إنّ على كلِ أهلِ بيتٍ فى كل عامٍ أُضحِيَةٌ  
Maksudnya,” Hai manusia sesungguhnya atas tiap-tiap ahli rumah pada setiap tahun berkorban.”   - Riwayat  Abu Dawud

Waktu Berkorban
Tarikh berkorban ialah pada hari 10 Zulhijjah(Hari raya Haji) apabila naik matahari  hingga 13 Zulhijjjah (Hari Tasyriq) sebelum terbenam matahari pada tiap-tiap tahun.

Binatang Korban
i-        Mestilah binatang al-An’am (ternakan) seperti kambing, lembu dan unta.
ii-       Binatang yang tidak cacat.

Korban adalah amal yang suci untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Suci, Maha Sempurna dan Maha Bersih MAKA tidaklah sah berkorban binatang yang cacat.

Sabda RasuluLlah saw, dari Ali ra , “ Kami telah diperintahkan oleh Nabi saw supaya kami memuliakan mata dan tua telingaDan kami tidak boleh berkorban dengan binatang yang buta dan tidak pula yang sumbing pinggir telingannya, dan tidak pula yang rusak pangkal telinganya dan tidak pula yang robek telinganya sebelah bawah dan tidak pula yang belah telinganya sebelah atas.”  - Abu Dawud

Yang lebih utama ialah berkorban binatang yang gemuk dan yang paling disayanginya. Allah berfirman,
 لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.  {Surah Aali Imran : 92}

iii-      Binatang yang cukup umur.

 Cara RasuluLlah saw Melakukan Korban

Penyembelihan korban dilakukan pada hari Raya Korban (10 ZH) setelah selesai  menunaikan Solat ‘Ied al-Adha.

Abdullah Ibn Umar menceritakan bahawa dia menunaikan solat Hari Raya Haji bersama RasuluLlah saw. Apabila selesai khutbah, Baginda saw turun dari  mimbar lalu disembelihnya seekor Kibas ( كَبْش  )  yang didatangkan kepadaNya. Kemudian Baginda saw berkata,
  بسم الله والله أكبر  هذا عَنِّى وعمن لَم يُضَحِّ عَن أمتى
“Dengan nama Allah dan Allah Maha Agung, ini untukKu dan untuk umatku yang tak berkorban.”


Ketika menyembelih Nabi saw meletakkan tapak kakiNya di atas batang leher binatang korban seraya membaca Basmalah dan Takbir.  Sabda RasuluLlah saw,
عن أنس رضى الله عنه قال ضَحَى النبيُ (ص)  بِكَبشَتَينِ اَمْلَحَينِ فرأيتُه
و ضِعًا قَدْمَهُ على صَفاحِهِمَا يُسَمِّى وَيُكًبِرُ فَذَبَحَها بيده       
“ Dari Anas ra berkata ia: Pernah Nabi saw berkorban dua ekor kibash yang bagus-bagus, maka aku melihat Dia meletakkan tapak kakinya di atas batang leher kibash-kibash itu LALU dibacanya BismiLlah dan bertakbir, kemudian Dia menyembelih dengan tangannya”.  – Riwayat Imam al-Bukhari.

Mengikut Qaul Jadid dalam mazhab Syafie, pembahagian daging korban adalah:
                                 a-  1/3 Makan
                                 b-  1/3 Hadiahkan
                                 c-  1/3 Sedekahkan kepada fakir miskin.

Haram Ambil Upah Korban


Orang yang mengurus menyembelih korban diharamkan mengambil sebarang upah walaupun kulit binatang korban sekalipun. Sabda RasuluLlah saw,
عن علِي رضى الله عنه قال رسول الله (ص)  أنْ أَقُومَ على بُدْنِهِ وأَنْ أُقَسِّمَ لحومَها وجِلالَها وجُلودَهاوأمرني أن لاأعطي الجازِرَ منها شيئا وقال نَحن نُعطيهِ من عندنا 
        -   رواه البخارى ومسلم .
Dari Ali ra berkata ia : Telah memerintahkan aku oleh RasuluLlah saw supaya aku berdiri di atas untanya, dan supaya aku bahagi-bahagikan daging, perhiasan dipunggungnya dan kulitnya. Dan diperintahkannya aku supaya jangan aku memberikan sesuatu upah dari daging korban itu kepada tukang-tukang daging ( orang2 yang mengurus membersihkan daging) kemudian ia berkata: Kami memberikan daging korban itu dari korban kami.”  .  Riwayat Bukhari & Muslim.


Allah Tidak Terima Darah dan Daging Korban

Sesungguhnya Allah Ta’ala memerihtahkan korban untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sesungguhnya Dialah Pemberi Rezeki . Dia tidak berhajat kepada daging dan darah. Allah tidak menerima darah dan daging korban. Apa yang diterimaNya ialah keimanan dan ketaqwaan ketika berkorban.

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرْ الْمُحْسِنِينَ(37)
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. - alHajj : 37


Pergorbanan Nabi Ibrahim as dan Keluarganya.

 1.  Berdepan dengan ayahnya (Aazar) yang kafir.
 2.  Berdepan dengan kaumnya yang kafir
 3.  Berdepan dengan kerajaan Namrud yang kafir.
 4.  Berdepan dengan ‘kasihsayang ‘ terhadap anak dan isterinya.


 Berkorban Demi Menegakkan Agama Allah

Allah memandang tinggi orang yang berkorban untuk menegakkan agamaNya….. Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه .   Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan negara.

Sesungguhnya Allah menuntut kita agar berkorban apa sahaja samada nyawa, harta, masa atau kesenangan sebagai membuktikan keimanan kepadaNya dan demi menegakkan agamaNya.


 Firman Allah,


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ

{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Mari kita lihat Tawaran Hebat Allah yang tidak terbatas mengikut masa dan usia,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ(10)تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ(11)يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(12)وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرْ الْمُؤْمِنِينَ(13)
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (surah as-Saff).

Mari kita menjadi penyokong/penolong  setia perjuangan Islam…………..
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (14)
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. - asSaff



Wednesday, May 20, 2015

Monolog Aku Yang Ditinggalkan

Monolog aku yang ditinggalkan
Oleh teman teman yang dicampak dengan ketentuan



Amalan Korban Di PASTI perlu diteruskan
dari seberang mengunung impian
Merentasi laut cina selatan
Menggenggam tekad berbekal azam
Mendidik marhain menyahut cabaran
Tidak menjadi katak terkurung dalam lingkaran

Monolog aku yang ditinggalkan
Tercampak di daerah terbentang pendalaman
Seluas negeri Melaka , itulah Kinabatangan
Disua anak bugis, Dusun, Timor mahupun sungai
Bermukim sebentar di rumah pengetua yang ditinggalkan
Ironinya berhantu dan menakutkam
Berpindah ke Sazati setelah sebulan
Lantaran terjumpa rakan sekelas dibangku persekolahan
WDY619, diberikan untuk berulang
Ke sekolah mahupun ke pekan
Begitu juga urusan harian

Monolog aku yang ditinggalkan
Mula kukuh luas pandangan
Bila bertaut jiran dan teman
Tersimpul kukuh ibarat keluarga idaman
Dari ulu juga pendalaman
Hujung minggu bagaikan majlis keramaian
Itulah saudara itulah teman
Tempat mengadu rasa paling nyaman

Monolog aku yang ditinggalkan
Atas prinsip membentuk acuan
Di situ bumi dipijak, dijunjungnya Islam
Kami sepakat bentuk persatuan
PGPIK lambang penyatuan
Menjalankan dakwah juga kebajikan
Untuk lokal atau yang baru datang
Masing masing rela dan sanggup berkorban
Bermula dari Ladang Bode Kretam
Hingga ke Paris 3 syiar ditegakkan
dari Kuamut, melipasi Desa Permai dan Sangau
Tinggal di Balat mengharung sungai
Alternatif Jalan darat Tidak ke pengkalan
itu rencah sekali sebulan

Cetusan Rasa siri 1- Oleh Aku Yang Ditinggalkan (Abuya)

Monday, February 23, 2015

Doa Rabitah Kukuhkan Jemaah

Marilah kita sama- sama membaca doa yang boleh mengikat hati kita kepada Allah dan menjauhi daripada perpecahan. Doa ini juga antara  doa yang Rasulullah baca selepas tahiyat akhir. Kita baca selepas solat ataupun pada bila-bila pun masa,  asalkan ianya dari  hati.. semoga Allah memelihara kita dan jemaah Islam yang kita dokong


"اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا، وَأَبْصَارِنَا، وَقُلُوبِنَا، وَأَزْوَاجِنَا، وَذُرِّيَّاتِنَا، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمِكَ مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ، قَابِلِينَ لَهَا، وَأَتِمِمْهَا عَلَيْنَا"

Ya Allah, mesrakanlah di antara hati2 kami dan perbaikilah hubungan antara kami serta tunjukilah kami jalan2 kedamaian. Selamatkanlah kami drp kegelapan kpd cahaya dan jauhkanlah kami drp dosa yg tercela, sama ada yg zahir mahupun yg tersembunyi.

Ya Allah, berkatilah kami pd pendengaran dan penglihatan kami, pd hati2 kami, pd pasangan2 dan zuriat2 kami. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Menerima Taubat dan Maha Pengasih. Serta jadikanlah kami org2 yg sntiasa bersyukur di atas nikmat2Mu, memujiMu krnnya, menerima nikmatMu itu & sempurnakanlah ia ke atas kami."
[H.R Abu Daud]

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008