Friday, March 25, 2016

BERIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK

Ir. HAMDZAH ABDUL RAHMAN
Kuala Lumpur : 26 Mac; Setiap mereka yang diberikan hak dan tanggungjawab , hendaklah menunaikan tanggungjawab masing-masing demi memastikan kelangsungan dan keutuhan sesebuah organisasi, tegas Ir Hamdzah  Abdul Rahman, ketika menyampaikan ucapan alu alaun dalam mesyuarat Agung, Persatuan Anak Kelantan Perantuan Malaysia(PERAKAN MALAYSIA) di Hotel Putra dekat sini.

Hamdzah menegaskan PERAKAN MALAYSIA menduduki kelas yang tersendiri , hasil komitmen yang diberikan oleh saff kepimpinan PERAKAN, Kerajaan Negeri dan juga anak perantau seluruh Malaysia dalam menunaikan hak dan tanggungjawab sosial.

Dengan berpegangkan moto persatuan sepakat setia sokmo, PERAKAN seluruh Malaysia rancak mengadakan aktiviti kebajikan dan khidmat sosial untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dan kebajikan. Sayap-sayap PERAKAN seperti Perakan Relief, Perakanita dan Perakan IPT telah menjayakan agenda PERAKAN dengan mendekati golongan sasar mengikut bidang masing-masing termasuk mangsa bencana alam, wanita dan remaja di IPT.

Hamdzah yang berucap dihadapan lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati meningatkan bahawa PERAKAN bakal  memasuki usia 10 tahun bakal menghadapi ujian yang lebih besar pada masa akan datang dan mengharapkan anak perantau lebih bersedia dan berkerja bersungguh-sungguh dalam menghadapi cabaran tersebut.

Dalam majlis tersebut, Hamdzah dipilih semula sebagai Presiden PERAKAN MALAYSIA setelah menang tanpa bertanding, begitu juga Prof Dato' Dr Aminuddin sebagai Timbalan Presiden. Sementara itu, jawatan Naib Presiden melibatkan pertandingan tiga penjuru.

Majlis yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, pengerusi Dakwah, penerangan dan Serata, YB Dato' Hj Nasarudin Daud turut disertai Dr Wan Nik Wan Yusof, Pengarah Pusat Kajian Strategik dan beberapa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan


Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008