Tuesday, March 31, 2009

April Fool..

Sejarah April Fool..mesti BACA!!!Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali.


Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical jokes' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.


Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.


Keesokan harinya ( 1April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

........
(Petikan drpd Risalah Fikrah - Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......rawahu Tirmizi Illal Liqaq .)

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Monday, March 30, 2009

Wakaf Bermula Dari United Kingdom

Wakaf bermula dari United Kingdom. Itulah hebatnya nikmat persaudaraan Islam dalam usaha membantu sahabat-sahabat yang berjuang untuk meninggikan syiar Islam. Pendidikan PASTi menjadi alternatif pendidikan terbaik kepada usaha dakwah yang terbaik di Sabah dan diterima.

Pendekatan ceramah seperti membebankan masyarakat disini yang lebih dibiasakan dengan karoke dan alunan dangdut. Ceramah hanya diterima bilamana tiba hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya. Kuliah di masjid agak sunyi dan kurang mendapat sambutan. Jualan VCD kuliah dan buku-buku agama juga agak kurang memberangsangkan.

Pendekatan melalui Taranum Al-Quran, Nasyid, Berzanji Marhaban, Kompang juga mendapat sambutan. Persoalannya berapa kerat pendakwah kita boleh menguasai kemahiran itu?

Kita mesti memperteguhkan pendidikan yang berterusan seperti mana yang dicanang dalam falsafah pendidikan Negara dan pendidikan Islam agar kesempurnaan JERIS itu dapat dicapai. PASTI sememangnya menuju ke arah itu.

Tidak cukup dakwah kita dilakukan melalui program demi program yang memakan kos yang besar tetapi hasil minima. Program atau projek hanyalah aktiviti dakwah sampingan dan sokongan. Kita perlukan pendidikan teras seperti PASTI dan Kelas Al-Quran. Jangan kita bazirkan sumber kewangan kita untuk melaksanakan program Tahsiniyat dalam masa yang sama mengabaikan program teras.

Kami masih membuka wakaf PASTI ini untuk sahabat-sahabat. Terima kasih kepada Puan Rohani Embong dari Kelab Melayu Dundee, United Kingdom yang menjadi orang pertama. Terima kasih juga kepada En Mahzan Awang atas promosi kepada program ini. Semoga Allah Merahmati kalian

Tuesday, March 24, 2009

Tajuk Syarahan agama MTQ 2009

Bahagian Lelaki

1. Keutuhan Aqidah Tonggak Insan berkualiti

2. Keikhlasan beribadat pemangkin jatidiri umat

3. Remaja Berakhlak Aset kegemilangan negara

4. Pendidikan Al-Quran Pencetus minda Kelas pertama

Perempuan

1. Aqidah murni asas kecemerlangan hakiki

2. Akhlak mulia pencetus umat sejahtera

3. Pendidikan Berterusan menjamin kecemerlangan Insan

4. Keluarga cemerlang teras negara Terbilang

Thursday, March 19, 2009

Sumbangan Wakaf Untuk Menyiapkan PASTI Darul Ulum

Kami bagi pihak pengurusan PASTI Darul Ulum Kinabatangan menjemput tuan/puan yang dermawan untuk sama-sama membantu jemaah Kinabatangan dalam usaha menyiapkan Binaan Tambahan PASTI Darul Ulum. Usaha ini perlu disegerakan kerana kami bakal menerima tetamu dari seluruh Sabah pada Awal MEI ini.

Antara tambahan yang perlu sumbangan tuan/puan ialah

1. Tambahan berkeluasan 20X30 dan

Tempat ini akan digunakan untuk kelas PASTI dan Kuliah Bulanan ahli usrah serta aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan

2. Rumah tetamu berukuran 20X 15.

-melihat kepada kepayahan bila tetamu atau pimpinan kita turun ke kawasan dan tidak ada penginapan. Harapan dengan adanya pondok pasti ini akan menjadi tempat persinggahan tetamu dan ahli jemaah.

Sehubungan dengan itu , untuk peringkat ini, kami membuka wakaf kepada para sahabat untuk membeli dan mewakafkan kepada kami. Wakafnya adalah seperti berikut:

Bil

Bahan

Harga seunit

Unit Di perlukan

1

Satu beg Simen dan 50 biji bata

RM50.00

30 beg simen 1000 bata

2

Satu Ela Pasir (siap dengan angkut)

RM50.00

12 ela

3

Batu (Siap dengan angkut)

RM50.00

6 ela

4

8 batang Kayu

RM100.00


5

5 keping Atap

RM100.00

36

6

10 keping Papan dinding

RM100.00


7

8 keping papan lantai

RM100.00


· Perkara 1 hingga 3 adalah untuk menyiapkan lantai binaan tambahan

Kepada yang bersedia untuk untuk mewakafkan harta tuan/puan, boleh sumbangkan melalui Akaun Maybank Ust Zaidi Mustafa 114348082551 (PASTI Kinabatangan belum mempunyai akaun). Tolong inform melalui talian 019-5850151 setelah tuan/puan menyalurkan sumbangan

9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan

1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda?
Pengalaman saya sebagai wakil Takaful, ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh.

Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya.

Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu ramai juga yang tidak pernah membelek geran kereta sebaik sahaja membeli kereta, bukan?

2. Jangan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.
Selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. Sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna.

Selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.
Jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. Ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured
Jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured
Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. Tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;
Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.
Jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.

Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.

Cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. Anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. Atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.

7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.
NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. Ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?
Ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

Walhal ia tidak benar sama sekali. Anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.

Sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. Kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.

Sdra Abdul Latef ada berkongsi maklumat ini di dalam blog beliau.

9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.
Ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. Selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. Sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trda-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. Tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.

Selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. Jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.

Ingin memperbaharui roadtax atau insuran peribadi/ keluarga anda sekarang, hubungi saya ditalian 019-5850151

Tuesday, March 17, 2009

Diantara Rahsia Perintah Tidur di Atas Sisi Tubuh Sebelah Kanan

Dari al-Barra` bin Azib radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
"Apabila kamu hendak tidur, berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan!" (Muttafaq ‘alaihi)
Dalam hadits ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengarahkan manusia agar tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuhnya. Kemudian (setelah sekian abad berlalu), ilmu pengetahuan datang mengungkap manfaat-manfaat di balik perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut.

Majalah Times mempublikasikan hasil kajian yang menunjukkan peningkatan angka kematian pada anak-anak yang tidur telungkup di atas perut mereka. Seorang peneliti berkebangsaan Australia memperhatikan adanya peningkatan angka kematian pada anak-anak ketika mereka tidur telungkup di atas perut mereka.

Adapun tidur terlentang di atas punggung, maka tidur seperti ini menyebabkan pernafasan mulut. Sementara tidur berbaring di atas sisi tubuh sebelah kiri, juga tidak dapat diterima, karena pada posisi tidur seperti ini, jantung berada di bawah tekanan paru-paru kanan yang lebih besar dari paru-paru kiri. Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa posisi tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuh adalah posisi tidur yang benar.

(Sumber : 100 Mukjizat Islam, karya Yusuf Ali al-Jasir, Pustaka Darul Haq)

Friday, March 13, 2009

Pemuda UMNO lebih Layak Pejuangkan Bahasa Melayu

PPSMI yang sudah dilaksanakan selama 6 tahun,telah menimbulkan banyak polimek dikalangan anggota masyarakat. Baik diperingkat pelajar, ibubapa, guru dan ahli akedemik serta seluruh anggota masyarakat. Pada awalnya kita menerima dalam keadaan terpaksa dan berharap keadaan dan kesukaran anak bangsa terutama bangsa Melayu itu bersifat sementara. Namun demikian, setelah 6 tahun ianya dilaksanakan, sangkaan dulu semakin menjadi kenyataan. Anak Melayu terus ketinggalan. Mutu Sains dan matematik masih ditahap lama. Mudahnya tidak berbaloi.

Melihat kepada keadaan ini lebih 100 ribu rakyat turun ke Kota Raya untuk menzahirkan perasaan dan kebimbangan mereka terhadap masa depan bahasa dan anak bangsa. Bukan sekadar orang Melayu yang tinggal dipinggir bandar dan luar bandar, yang guru bahasa Inggeris pun tidak mencukupi di sekolah mereka. Akan tetapi anak Cina dan India yang dididik sejak kecil dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan harian mereka turut turun menyatakan kebimbangan mereka kepada bahasa ibunda mereka. Para cendikiawan dan ahli akedemik juga turun dan memimpin Gerakan Mansuh PPSMI.

Namun sayang sejuta kali sayang bilamana pengorbanan dan kesediaan para cendikiawan Melayu memimpin dan menyatakan bantahan mereka turut ditolak oleh Ketua Pemuda UMNO juga Menteri Pelajaran Malayasia, dengan alasan ianya didalangi oleh parti politik pembangkang. Munasabahnya, mana mungkin cendikiawan Melayu seperti
Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

boleh diperalatan oleh parti politik. Ini kerana mereka sebelum ni tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik setelah sekian lama. Tapi kali ini kenapa mereka sanggup? Pastinya kerana kesedaran mereka tentang terancamnya bahasa melayu. Pastinya mereka ahli akedemik yang tahap keilmuan mereka diiktiraf oleh kerajaan. Cumanya mengapa bantahan dan pandangan hati mereka ditolak mentah-mentah. Maknanya mereka tidak layak kemukakan bantahan…. Jadi siapa yang paling layak?

PASTInya Pemuda UMNO. Kenapa Pemuda UMNO?
1. Pemuda UMNO mewakili generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara
2. Pemuda UMNO adalah melibatkan golongan pelajar sekarang yang akan menerima kesan terus daripada pengabaian Bahasa Melayu
3. Sekiranya melihat kepada sejarah Pemuda UMNO terutama di zaman Dato Harun Idris, pemuda bertindak sebagai golongan pendesak kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan
4. Pemuda UMNO berada dalam Kerajaan dan memegang jawatan penting. Ini memudahkan mereka menyampaikan hasrat dan merombak dasar PPSMI yang merugikan
5. Ketua Pemuda UMNO adalah Menteri Pelajaran dan orang yang bertanggungjawab penuh terhadap dasar PPSMI. Datuk Firdaus pula (Exco Kanan Pemuda UMNO) adalah setiausaha Datuk Hishamuddin.

Wahai Pemuda UMNO, gunalah medan perhimpunan Agung UMNO kali ini untuk membela orang Melayu terutama generasi muda yang diwakili oleh pemuda UMNO. Ketepikan untuk tahun ini paling kurang, untuk agenda peribadi. Bahasa Melayu perlu dimahkotakan semulai. Usahlah kita tunduk kerana mengampu pemimpin tertentu. Pemimpin akan datang dan pergi, maruah bahasa jiwa bangsa janganlah dirobek rakus dek kemewahan seketika.

Andainya betul kata sasterawan Negara Datuk A.Samad Said bahawa UMNO ini tidak mengerti bahasa protes dan UMNO hanya tahu bahasa Undi,. Maka gunalah undi perwakilan pemuda untuk mentarbiyyah pemimpin pemuda dan pemimpin Tertinggi UMNO yang telah mengkhianati Bahasa Melayu.Tukarlah dengan yang lebih memahami kalau memang UNNO ada pemimpin yang masih sayangkan Melayu dan bahasa melayu.
Kepada siapa lagi hendak kami sandarkan harapan seandainya maruah pemuda UMNO terus longlai dalam memperjuangkan hak Melayu. Sudah ramai pemimpin pemuda UMNO yang kaya. Cukuplah…. Biarlah lembab kekayaandaripada gugusan hujan kekayaan itu turut menyentuh masa depan anak bangsa
Selamat Bermesyuarat Agong Pemuda UMNO. Kami menanti dan memerhati kalian melalui kaca TV. Kalian tewas atau kalian tidur,hancurlah harapan bangsa

Harapan dari Pendalaman

Tuesday, March 10, 2009

Maulidur Rasul Satu Cabaran

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah pada kali ini agak meriah sekalipun terdapat kritikan kepada pihak penganjur kerana masa untuk membuat persiapan adalah terhad. Pada peringkat sekolah, hanya 3 sekolah sahaja yang mampu menghantar penyertaan untuk pertandingan sepanduk dan juga peserta Teramai. Apapun SMK Bukit Garam tetap gah dengan penyertaan yang paling ramai memenuhi dewan dan jalan Raya.

Melayan karenah murid yang pelbagai

Penyertaan SMK Bukit Garam diketuai oleh Penolong Kanan 1 Puan Sutina Markus dan Penolong Kanan HEM Puan Mazurina Majid beserta beberapa orang guru lelaki telah menambah meriahkan sambutan pada kali ini. Penulis sentiasa bersedia memikul beban mengerakkan usaha ini walaupun baru siap mengurus MTQ peringkat Daerah.Bergambar bersama sepanduk 2009

Sambutan pada kali ini ada sedikit kelainan yang membebankan penulis bila mana Penulis bersama Ust Zulkarnain dan Ust Noriman diistiharkan sebagai Tokoh Pendakwah oleh pihak JHEAINS Kinabatangan. Anugerah disampaikan oleh YB Saddi Abdul Rahman, ADUN Sukau.
Kami merasakan anugerah ini tidak layak untuk kami memandangkan usaha kami terlalu kerdil dalam usaha menggerakkan kerja-kerja Dakwah ini. Apalah sangat sumbangan kami jika dibandingkan dengan sumbangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah menjadi pencetus kepada gerakan Dakwah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujian ini. Sahabat seangkatan yang teguh memberi sokongan

Ya Allah... tumbuhkanlah keikhlasan dalam jiwa kami dalam melaksanakan perintahMu. Jauhilah kami daripada mengharapkan ihsan dan penghormatan manusia.

Friday, March 6, 2009

Forum Kenapa Saya Pilih Islam

Sambutan Maulidur Rasul semakin terasa di daerah ini. walaupun tidaklah sehebat seperti mana yang berlaku ditempat-tempat lain, namun demikian saya terus menerima jemputan-jemputan ceramah. Semoga semangat ini bukan hanya marak pada bulan Rabiul Awal ini sahaja tetapi berterusan pada bulan-bulan lain.

Sebentar tadi, keterlibatan dalam forum anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kinabatangan di Masjid Wihdatul Fikri, Batu 5 jalan Bukit Garam. Forum Kenapa Saya Pilih Islam ini dipengerusikan oleh Ust Mursalim Makmor, Imam masjid Kembara Jaya. Panelnya terdiri dari Ust Ahmad Syufai Wagiran, Ust Mohd. Zaidi Mustafa dan Ust Noriman Fauzi.

Perbincangan berkitar tentang keindahan Islam, tanggungjawab Muslim dan kategori muslim yang dipilih oleh Allah.

Sambutan masyarakat pada kali ini agak kurang memberangsangkan. Namun diharapkan lebih ramai tetamu-tetamu Allah akan mengimarahkan rumah-rumah Allah ini.

Selepas selesai berforum, para jemaah dijemput untuk bertahlil di rumah Hj Samiun dan dihidangkan dengan masakan istimewa.

Thursday, March 5, 2009

KENAPA KITA PILIH TAKAFUL IKHLAS

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan ke 16 (15-16 Februari 1979) dan Akademi Fekah Islam (Majmah Fiqh) dalam mesyuaratnya di Jeddah (22 – 28 Dis 1985) telah memutuskan iaitu:

“insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans convensional adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.”

KENAPA PILIH TAKAFUL IKHLAS

  1. Prinsip Muamalat Islam & ada Majlis Pengawasan Syariat

  2. Anak syarikat Malaysia National Reinsurance Berhad atau MNRB dan Amanah Raya Berhad.

  3. Konsep Tabarru’ & berdasarkan semangat kerjasama ( kekal bersedekah )

  4. Perniagaan yang kukuh dan terjamin

  5. Bebas dari gharar, maisir dan riba’

  6. Menyimpan wang dalam institusi kewangan yang diluluskan oleh kerajaan atau BNM. (Simpanan untuk hari tua, menunaikan fardhu haji, kahwin atau tujuan lain)

    1. Sumbangan dimasukkan kedalam tabung simpanan peserta

    2. Sumbangan bagi Rider sebahagiannya menjadi simpanan

  7. Keuntungan dipulangkan kepada peserta - berdasarkan Prinsip Al-Wakalah

  8. Pengeluaran sebahagian simpanan (tiada faedah & tiada bayaran balik) - 3 kali pengeluaran selepas 5 tahun polisi berkuatkuasa

  9. Zakat dibayar oleh Takaful Ikhlas

  10. Bayaran yang fleksibel / setara (tiada pertambahan – jika lambat bayar)

  11. Peluang menambah simpanan & pelaburan

  12. Tidak mementingkan diri sendiri. ( bersetuju menanggung bersama kerugian peserta lain )

  13. Pelepasan Cukai Pendapatan (sendiri-RM6000 dan anak-RM3000)

  14. Pendapatan Keluarga Takaful setiap bulan

  15. Pembahagian Harta Pusaka / Wang Simpanan mengikut Hukum Faraid

  16. Bayaran harian jika masuk hospital.

  17. Bayaran jika kena 40 jenis penyakit kritikal (salah satu sahaja)

  18. Bayaran untuk khairat kematian. (dalam tempoh 24 jam).

  19. Manafaat perlindungan bertempoh (boleh dirundingkan)

  20. Manafaat perlindungan kemalangan diri.

  21. Tempoh lewat membayar sumbangan dilonggarkan sehingga 30 hari.

  22. Menggunakan wang Tabung Simpanan Peribadi untuk mengekalkan manafaat jika sumbangan tidak dibayar

  23. Sumbangan dikecualikan jika pembayar kematian, hilang upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal. (pelan kanak-kanak)

  24. Sumbangan dikecualikan apabila mengidap 39 jenis penyakit atau Hilang Upaya Kekal (TPD)

  25. Pengiraan keuntungan – setiap bulanan.

  26. Hadiah jika anak cemerlang (pelan kanak-kanak : UPSR-5A, PMR-7A, SPM-7A)

Wakil TAKAFUL IKHLAS ANda
Mohd. Zaidi Mustafa
FG37089 (Hayat)
GG13141 (Am)

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008