Friday, January 10, 2014

KETIKA PERUT RASULLAH BERBUNYI

Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, ”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?” Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

Mendengar jawapan ini Umar r.a melanjutkan pertanyaannya, ”Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” Melihat kecemasan di wajah para sahabatnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut Rasulullah yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah bergerak.

Umar r.a memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?” Para sahabat hanya tertegun. Rasulullah melanjutkan, ”Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

MasyaAllah betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya... semoga kelak di akhirat nanti kita mendapatkan Syafa'atul Udzmah di Yaumil Qiyamah nanti..dan kita di kukuhkan keimanan serta keIslaman kita agar terus meneladaninya....

Thursday, January 9, 2014

Kopi Barley : Khas Untuk Lelaki dan Wanita

Khasiat
Membersihkan dan menjaga buah pinggang
menyejukkan badan
menghindar dari kencing kotor
melancarkan proses pencernaan
Sesuai untuk DIET dan Anti Kanser
Menguatkan minda

Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ikuti rutin ini :

Ramai di antara mereka yang sedang berdiet tidak mahu mengambil makanan pada waktu malam. Perbuatan ini adalah salah kerana perut anda perlu diisi dikhuatiri akan mendapat penyakit lain seperti gastrik dan itu akan memudaratkan. Jadikan Kopi Barley ini sebagai minuman harian anda pada setiap malam dan juga sebagai ganti makan malam anda. Cukup hanya secawan kopi untuk mengalas perut kerana kopi ini mengandungi barley yang boleh mengenyangkan perut dan memberikan anda tenaga. Kopi ini juga boleh mengempiskan perut anda tetapi dengan syarat perlu mengambilnya secara konsisten

Banyakkan minum air kerana badan kita memerlukan air yg cukup

Amalkan mengambil makanan yang sihat
 

Di samping itu, aktifkan anggota anda atau lakukan senaman




Bagi mereka yang sedang mempunyai masalah berat badan yang berkurangan pula. Ikuti rutin ini :

Jadikan Kopi Barley ini sebagai minuman harian anda terutama pada waktu malam. Anda boleh menikmati makan malam anda seperti biasa tetapi anda perlu mengambil secawan kopi ini sebagai tambahan kepada anda.

Lakukan senaman dan aktifkan tubuh badan anda.


Amalkan pemakanan yang sihat



Kesan-kesan dan khasiatnya :

Melalui pengalaman saya sendiri dan bersama-sama dengan orang yang mengalami masalah seperti di atas, tiada kesan-kesan negatif atau sampingan yang berlaku. Sesetengah orang akan merasa mual atau rasa macam nak muntah. Dinasihatkan perbanyakkan minum air. Berkemungkinan ini disebabkan angin yang ada dalam badan

Kopi ini membantu anda membuang angin dari badan. Tetapi awas ..

1. Badan akan menjadi ringan


2. Ianya dapat menyejukkan badan

3. Menghindar dari kencing kotor terutama bagi kaum wanita yang sering menghadapinya

4. Sesuai untuk DIET & Anti Kanser

5. Ianya juga dapat menguatkan minda

Bagi mereka yang mempunyai kesan-kesan sampingan, disarankan tidak meminumnya setiap hari. Minumlah selang sehari atau 2 hari.

Kandungan
Khasiat
Barli Bakar
Khasiat utama Barli bakar ialah untuk menjaga dan membersih buah pinggang terutama untuk melancarkan process percernaan dan pembersihan darah. Ia akan menghindarkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti penyakit batu karang
Ubi Beet Merah
Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin bertujuan untuk pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu, red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser
Gula Perang
Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda
Kopi Arabiaca
Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk di minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.
Krimer
Krimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.



Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008