Tuesday, December 26, 2023

DOA RASULULLAH KEPADA ANAS BIN MALIK DAN IBNU ABBAS

DOA RASULULLAH KEPADA ANAS BIN MALIK

gambar hiasan sahabat umrah 2022
Nabi SAW pernah datang menemui Ummu Sulaim (ibu Anas). Ketika itu, Ummu Sulaim mengatakan bahawa Anas (anaknya) sedia untuk menjadi pembantu Nabi SAW. Lalu Baginda mendoakan Anas dalam urusan akhirat dan dunianya. Antara doa Baginda kepada Anas ialah:

اللَّهُمَّ ارْزُقْهُ مَالًا، وَوَلَدًا، وَبَارِكْ لَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah rezeki padanya berupa harta dan anak serta berkatilah dia dengan nikmat tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (1982) dan Muslim (660)

Dalam riwayat lain, disebut bahawa Nabi SAW mendoakan Anas dengan doa:

اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anaknya, serta berkatilah kurniaan yang Engkau berikan kepadanya.”

Riwayat al-Bukhari (6334) dan Muslim (2480)


DOA RASULULLAH KEPADA ABDULLAH BIN ABBAS


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksud

“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Wednesday, December 20, 2023

AL-KHANSA WANITA TABAH


Wanita yang terkenal sebagai seorang penyair kesusasteraan Arab ini adalah Tumadhar binti ‘Amr bin Syuraid bin ‘Ushayyah As-Sulamiyah tumbuh besar di tengah suku Arab, Bani Mudhar. Khansa digambarkan sebagai sosok yang mulia, murah hari, tenang, pemberani, dan jujur. Syairnya indah seperti jiwanya. Kata-katanya menghujam seperti tekadnya. Khansa mempunyai dua adik beradik lelaki iaitu Muawiyah dan Sakhr.  Ayah al-Khansa ialah ketua keturunan Muzar. Ayahnya telah memberikan nama Tumadhar kepadanya kerana memiliki kulit yang putih melepak dan cantik. Ini adalah kerana masyarakat Arab pada ketika itu, menamakan anak perempuan mereka yang kulit putihnya dengan gelaran Tumadhar.


Al-Khansa merupakan seorang wanita yang sempurna akal dan jiwanya. Dia merupakan seorang fasih berbicara dan bijaksana dalam menyusun perkataan dalam ucapannya. Kedua-dua saudara lelaki dan ayahnya selalu memuji kepintaran dan kebijaksanaan al-Khansa dalam berbicara. Al-Khansa pula sangat menyayangi kedua saudara lelakinya dan bangga dengan kemampuan fizikal dan mental yang dimiliki oleh mereka berdua. 


DIUJI DENGAN SUAMIM KAKI JUDI 

 Al-Khansa berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah. Walau bagaimanapun, usia pernikahan itu tidak bertahan lama apabila suaminya meninggal pada usia muda. 

Kemudian dia berkahwin pula dengan seorang pemuda bernama Abdul Azza. Hidup menjadi malang kerana Abdul Azza adalah seorang yang boros dan suka berjudi sehingga keluarga al-Khansa tidak memiliki apa-apa akibat sikap suaminya yang suka berjudi sehingga habis semua harta bendanya.

"Saya mahu keluar dari rumah ini. Tiada wang atau harta yang boleh saya gunakan untuk berjudi," kata Abdul Azza pada suatu hari. "Jangan tinggalkan kami. Saya akan pergi berjumpa dengan Sakhr untuk meminta bantuan wang darinya," pujuk al-Khansa kepada suaminya yang sudah membungkus pakaiannya. 

"Baiklah. Saya akan tinggal di sini jika kamu pulang dengan wang nanti," Abdul Azza tidak jadi keluar dari rumahnya.

 Al-Khansa berjumpa Sakhr dan mengadukan sikap suaminya yang suka berjudi sehingga mereka tidak memiliki apa-apa harta benda. Sakhr yang simpati dengan saudara perempuannya akhirnya memberikan separuh dari hartanya kepada al-Khansa bagi membantunya. Namun sikap suaminya yang suka berjudi masih juga tidak berubah. Abdul Azza berjudi lagi sehingga harta yang diberikan oleh Sakhr juga habis. 

 Al-Khansa berjumpa Sakhr buat kali kedua bagi memohon bantuan kewangan dan sekali lagi dia memberikan separuh lagi hartanya kepada al-Khansa untuk membantunya. Harta yang diberikan oleh Sakhr habis digunakan oleh Abdul Azza bagi berjudi sehingga keluarga al-Khansa tidak memiliki apa-apa. 

"Suami al-Khansa itu suka berjudi. Semua bantuan kewangan yang diberikan kepada al-Khansa tidak ada faedah selagi suaminya tak berhenti bermain judi. "Berikanlah satu perlima harta sahaja daripada harta kamu jika kita masih bersaudara dengan al-Khansa. Saya yakin wang itu pun akan dihabiskan oleh suaminya untuk berjudi. "Kebaikan dan kejahatan ada pada diri suaminya," nasihat isteri Sakhr kepada Sakhr apabila al-Khansa datang lagi buat kali ketiga bagi mendapatkan bantuan kewangan. 


"Al-Khansa adalah saudara saya. Saya tidak mahu berkira menolongnya. Saya akan bahagikan harta yang ada kepada dua bahagian. Al-Khansa, ambil bahagian yang paling baik bagi diri kamu," Sakhr tidak terpengaruh dengan nasihat isterinya kerana terlalu sayang pada saudara perempuannya. 


DIUJI DENGAN KEMATIAN SUAMI DAN DUA ABANGNYA


Abdul Azza akhirnya meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. Selepas itu al-Khansa berkahwin dengan Mirdas bin Ali Ameer dan mendapat lagi tiga anak lelaki. 

Al-Khansa mula menulis dan membaca syair setelah kematian Muawaiyah. Muawiyah terbunuh dalam pertempuran dengan Hashim dan Zaid dari keturunan Murrah.Ini menyebabkan Sakhr memikul tanggungjawab menuntut dendam ke atas kematian saudaranya. Sakhr dapat membunuh empat orang lelaki keturunan Murrah untuk membalas dendam ke atas kematian Muawiyah. Ini merupakan adat yang diamalkan oleh kabilah kaum Arab sebelum kedatangan Islam. 


Namun demikian keberanian Sakhr itu telah membawa kepada kematiannya. Ini berlaku apabila Sakhr terpanggil untuk menentang keturunan Ashar yang menyerang orang-orangnya.Dia telah luka parah akibat tikaman lembing Abu Saur al-Asadi yang menentangnya dalam serangan itu. Luka itu sembuh pada luaran tetapi Sakhr tidak sedar pendarahan dalaman badannya telah meragut nyawanya tiga tahun kemudian.

Al-Khansa sedih dan sayu dengan kematian saudara lelaki yang disayanginya. Dia mula menulis pelbagai syair yang ditujukan khas buat Sakhr untuk menyatakan kesedihan dan duka citanya di atas kehilangan Sakhr. Akhirnya syair-syair itu menjadi syair yang paling terkenal dalam bidang syair duka cita dan kesedihan. 

Di antara syair yang bagus yang al-Khansa ciptakan adalah:

Kedua mataku menangis dan tiada akan membeku
 Bagaimana mata tidak menangis untuk Shakhr yang mulia 
 Bagaimana mata tidak menangis untuk sang pemberani
 Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang pemuda yang luhur
 Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang ketua kabilah yang gagah 



RASULULLAH MEMULIAKAN AL KHANSA KERANA SYAIRNYA 

Pada suatu hari al-Khansa bersama kaumnya dari keturunan Salim telah berjumpa dengan nabi Muhammad dan memeluk agama Islam. Nabi selalu meminta al-Khansa membaca syairnya. Nabi telah memuliakan al-Khansa sebagai pakar dalam bidang syair 

Dalam sebuah riwayat lain, sahabat Adi bin Hatim dan saudarinya Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah. Adi berkata, "Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair, orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda." 

Mendengar hal itu, Baginda meminta Adi bin Hatim menyebutkannya. Adi bin Hatim pun menyebutkan orang-orang itu. "Yang paling pandai bersyair adalah Umru'ul Qais bin Hujr dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Tha'i, ayahku. Sedangkan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Ma'dikariba." Seketika, Rasulullah meneliti nama-nama yang disebutkan Adi bin Hatim. Kemudian, Baginda bersabda, "Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi bin Hatim. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa binti Amru dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah serta orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib." 

Kemampuannya bersyair pun diakui oleh banyak sahabat Rasulullah. Jarir RA pernah ditanya oleh sesorang, "Siapakah yang paling pandai bersyair?" Jarir pun berkata "Kalau tidak ada al-Khansa tentu aku." 


PENGORBANAN AL KHANSA

Kisah tentang keredhaan seorang ibu ada pada keluarga pastinya kisah Khansa binti Amru. Sosok sahabiyah yang mempersembahkan keempat anaknya sebagai syuhada. Ia digelari "Ibunda Para Syuhada". Tiadalah anak-anaknya bersemangat menjemput syahid jika bukan kerana didikan Khansa. 

Kelebihan syair Khansa untuk ayahnya dan saudara lelakinya Mua'wwiyah dan Shakhr yang gugur dalam peperangan di masa jahiliyah. Ia mengucapkan syair sambil meneteskan air mata. 

Umar bin Khattab RA yang melihatnya pun bertanya, "Mengapa engkau menangis Khansa?" Ia pun menjawab, "Aku menangisi ayah dan saudaraku." Umar pun menegur Khansa kerana mereka berdua meninggal dalam keadaan kafir. "Sebenarnya, itulah yang membuatku lebih kecewa dan sedih lagi. Dulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya. Sekarang aku menangisinya kerana ia adalah ahli neraka."

Bakatnya sebagai seorang penyair sangat terserlah.Begitu juga, kasih sayangnya terhadap suami dan keempat anaknya yang tiada tara. Kasih sayang dan ilmu yang berlimpah ia berikan kepada anak-anaknya. Sehingga, keempat anaknya itu menjadi pahlawan Islam yang terkenal. Keempatnya wafat sebagai syuhada pada perang Qadisiyah.

Sebelum peperangan dimulai, terjadi perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa. Keempat anaknya saling memperebutkan kesempatan untuk ikut berperang melawan tentera Parsi. Mereka juga berdebat tentang siapa yang sepatutnya tinggal di rumah bersama ibunda mereka. Satu sama lain saling tunjuk menunjuk untuk tinggal di rumah bersama ibunya. Keempatnya memiliki keinginan besar untuk melawan musuh.


Pertengkaran itu pun terdengar oleh Al-Khansa dan mengumpulkan semua anak-anaknya. "Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan dan berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya, kalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama," ujarnya.Ia melanjutkan, tidak patut baginya untuk mengkhianati ayahanda dari keempat anaknya ataupun membuat malu bapa saudara mereka atau mencoreng tanda di kening keluarganya. "Jika kalian melihat perang di jalan-Nya, singsingkanlah lengan baju kalian dan berangkatlah. Majulah hingga barisan depan, niscaya engkau akan mendapatkan pahala di akhirat tepatnya di negeri keabadian." Al-Khansa reda bagi keempat anaknya untuk berjihad.


"Berangkatlah kalian dan bertempurlah hingga syahid menjemput kalian." Keempatnya pun bergegas menuju medan perang. Mereka saling berjuang melawan musuh-musuh Allah dan berhasil membunuh banyak pasukan Parsi. Pada akhirnya syahid datang dan menjemput mereka.Al-Khansa pun mendengar syahid keempat anak-anaknya. Namun, bukanlah air mata yang mengalir deras dari matanya, melainkan binaran tanda syukur dan ia berkata "Alhamdulillah, yang telah memuliakanku dengan syahidnya putera-puteraku. Semoga Allah segera menjemputku dan mempertemukan aku dengan mereka dalam naungan rahmat-Nya di Firdaus-Nya yang luas." 


Keikhlasan dirinya sebagai seseorang yang mengandung anak-anaknya selama sembilan bulan tak terbandingi nilainya. Doanya untuk dipertemukan dengan keempat putera yang syuhada datang. Ia wafat pada masa permulaan Khalifah Uthman bin Affan RA, tepatnya pada 24 Hijriyah.

WANITA PILIHAN HATI

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung dan bernasib baik." (HR Bukhari No: 4700) Status Hadis Sahih

sekadar gambar hiasan


Pengajaran:

1.  Perkahwinan adalah ibadah yang digalakkan bagi yang berkemampuan bagi menyalurkan naluri seks yang halal serta dibenarkan oleh syarak untuk mencari keredhaan Allah.


2.  Wanita ideal yang dipilih menjadi isteri sebaiknya memiliki empat ciri berikut:


a.  Harta

b.  Keturunan (termasuk keturunan yang ramai)

c.  Kecantikan

d.  Agama 


3.  Pemilihan wanita yang berdasarkan kepada harta, keturunan dan kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Pemilihan ini tidak dapat menjamin sepenuhnya kebahagiaan rumahtangga serta pendidikan anak-anak yang bakal dilahirkan.


5.  Pemilihan jodoh sama ada bagi lelaki mahupun wanita hendaklah mengutamakan kepada mereka yang beragama dan beramal dengan kehendak agama (soleh dan solehah). Selepas aspek beragama, barulah dilihat aspek harta, keturunan dan kecantikan.


6.  Memilih pasangan yang beragama sebagai keutamaan dan pra syarat akan melahirkan kehidupan yang Sakinah mawaddah warahmah serta menjadikan hidupnya sentiasa kaya dengan akhlak, rohani dan jasmani serta beruntung di dunia dan akhirat


Rasulullah SAW juga mengingatkan kita:

لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ لأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ


Janganlah kalian menikahi para wanita semata-mata kerana kecantikan mereka, kerana kecantikannya mungkin akan merosakkan mereka (kerana tertipu dan sombong dengan kecantikan). Jangan juga menikahi para wanita kerana harta mereka kerana berkemungkinan harta akan menyebabkan mereka jatuh dalam maksiat dan kejahatan. Akan tetapi, hendaklah kalian berkahwin dengan perempuan atas dasar agama. Seorang hamba perempuan yang sumbing pada mulut dan telinga tetapi mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih baik (daripada perempuan yang merdeka yang membelakangi perintah agamanya. (HR Ibn Majah No: 185).


Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008