Friday, November 4, 2011

BUMI TELUPID TIDAK TERIMA ISLAM?

KE MANA?...Rumah kata pergi, tetapi kubur belum kata mari. Lalu di mana mahu disemadikan jenazah ini jika bumi Telupid tidak menerimanya?

Oleh : FAIZAL OKADAU

PENGHUJUNG hidup yang menyusahkan. Mungkin itulah ungkapan yang sinonim dengan penduduk Islam Pekan Telupid yang tidak mempunyai tanah perkuburan untuk mengkebumikan mayat ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.

Setiap kali berlakunya kematian, waris keluarga arwah terpaksa mencari tanah perkuburan masing-masing, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai tanah sendiri. Malah ada di kalangan mereka terpaksa membawa mayat keluarga mereka ke Pamol untuk disemadikan.

Senario ini menyebabkan kerapkali berlaku kelewatan mengkebumikan jenazah sekalipun mereka menyedari anjuran Islam supaya menyegerakan pengkebumian jenazah orang Islam.

Lebih memilu dan memalukan, ada kalangan orang Islam terpaksa mengharapkan belas ehsan bukan Islam untuk mengebumikan mayat di tanah mereka dengan membayar sogit kepada tuan tanah.

Seorang penduduk, Mustary Mustamin telah melahirkan rasa kecewa dengan sikap pihak yang bertanggungjawab khususnya semua Wakil Rakyat (Adun dan Ahli Parlimen) di Telupid kerana membiarkan umat Islam tanpa tanah perkuburan.

“Kita rasa sedih berganda bila ada kematian kepada ahli keluarga. Kami tidak tahu kepada siapa hendak mengadu setelah begitu lama umat Islam Telupid tanpa tanah perkuburan,” kata Mustary dengan nada kesal.

“Apa pun, saya berterima kasih kepada penduduk bukan Islam di Telupid yang kerap membantu kami dengan mengizinkan mayat umat Islam dikebumikan di tanah mereka, tetapi sampai bila kami terpaksa menagih ehsan mereka?” tambah Mustary lagi.

Umat Islam adalah penduduk minoriti di Pekan Telupid, tetapi mereka tetap berharap mereka diberi hak untuk penghujung hidup mereka sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Justeru itu, Wahid dari Kg Gambaron menaruh harapan agar pihak berwajib segera menyediakan tanah perkuburan umat Islam sekalipun umat Islam masih minoriti di Pekan Telupid.

Beliau membandingkan Telupid dengan daerah bersebelahannya, Kinabatangan yang menyediakan tanah Perkuburan Islam dan Kristian di Kg Sinar Jaya sekalipun bukan Islam di Kinabatangan adalah minoriti.

sumber : sabahkini.net

Monday, October 17, 2011

Salawat Munjiah

PENJELASAN:

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.

Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.

Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.

KISAH:

Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripa Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.

Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:
“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah (s.a.w) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.
Baru sehaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.

Saturday, October 15, 2011

Sertai PAS kerana Tidak Sanggup Terus Di Tindas

KINABATANGAN : Seramai 27 orang penduduk kampong Sungai Koyah, DUN Sukau menyertai PAS kerana tidak sanggup terus ditindas dan dirampas hak mereka. Mereka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah.

upacara penyerahan Borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah

“ Tanah yang kami tebang hutan, kami tanam pokok dan kami menetap di sini tiba-tiba dikatakan ini hak orang lain, hak taukeh Cina. Bahkan kami dianggap penceroboh sedangkan kami masuk dengan kebenaran JKK dan bekas YB Datuk Zaki Gusmiah” luah Udin Yunos yang mengetuai kumpulan tersebut.


“ Dulu .. Datuk Zaki bilang (kata), siapa buka tanah, dia tanam dan dia tinggal, maka dialah punya. Tetapi setelah tanah yang kami usahakan dengan kudrat dan airmata kami mendatangkan hasil, macammana dia menjadi hak orang lain, sedang kami juga selalu berurusan di pejabat tanah”. Jelas seorang daripada rakannya.


Tanah yang dibuka pada tahun 1987 dan telah ditanam sawit sejak 1991 dan telah mendatangkan hasil itu kini dikatakan menjadi milik sebuah syarikat Cina dan mereka dipaksa keluar daripada tanah tersebut . Malah menurut mereka, pada tahun 2001, 13 buah rumah mereka telah diruntuhkan dan kayunya diangkut keluar merupakan sejarah hitam dalam kehidupan penduduk Sungai Koyah ini. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa kebun sawit yang mereka usahakan dan telah mendatangkan hasil telah dipunggah hasilnya oleh syarikat Cina tersebut.


“ Kerajaan selalu sebut mau basmi kemiskinan, tapi kalau rumah yang kami duduk pun di roboh sedangkan kalangan kami ini mempunyai anak-anak yang masih belajar dan anak yatim, macam mana mau basmi kemiskinan” soal Udin dengan wajah kesal.


Hj Hamzah dalam ucapannya menyeru penduduk sg Koyah bangkit menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh pemimpin yang mengutamakan kekayaan peribadi dan membiarkan rakyat bawahan terus ditindas.

“ Dalam kepayahan tuan-tuan ,mempertahankan hak, mana pemimpin Barisan Nasional? Berapa kali ADUN Sukau datang untuk membantu tuan-tuan, sedang sudah puluhan tahun, tuan-tuan bergelut dengan kezaliman ini? Soal Hj Hamzah.


“ Umat Islam jangan jadi dayus dan membiarkan diri kita diperhambakan untuk pemimpin Barisan Nasional hidup mewah dalam genangan air mata rakyat bawahan. Kita yakin penyertaan dan keazaman tuan-tuan ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), akan membuka mata pemimpin BN . Jelas Hj Hamzah.


Hj Hamzah yang diiringi Yang Dipertua PAS Kinabatangan dan Setiausaha Pemuda PAS Sandakan, Mustaman Mustin turut menyakini dokongan ini akan melonjakkan PAS untuk lebih gagah menentang BN di DUN Sukau pada pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008