Tuesday, October 6, 2009

Adakah Anda Sihat?

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA
(Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI

: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI

: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI

: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

- Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING = Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR

-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT

: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.


e) AIR KENCING BERDARAH

: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.


b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan


c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.


d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Sunday, October 4, 2009

Antara Masbuq dan mufrad

Petang tadi, penulis singgah untuk solat asar di sebuah surau yang agak sempit. Penulis melihat sudah ada seorang lelaki sedang solat asar. Lega penulis kerana dapat solat berjemaah sekalipun secara masbuq. Akan tetapi agak sukar kerana dia solat dengan dinding disebelah kanannya. Hilang satu fadhlilat. Penulis cuba menyusun tapak untuk masbuq disebelah kirinya tetapi terkejut pula kepada tali leher besi pada pemuda yang sedang sembahyang tadi. Eh... bagus ko orang nak aku jadikan imam ini? Bila penulis perhatikan, timbul lagi kecacatan pemuda solat ini. Seluarnya kocak. Rock mungkin. Seluarnya dikocak-koyak. Benang di putus-putuskan. Berlubang di beberapa tempat. Astiqfirullahal Azim.... tidak boleh masbuq ni. Dalam keadaan berfikir begitu.... siap dia sembahyang. Tahiyatnya beberapa saat je.Terus keluar......

Ketika penulis sedang sembahyang, datang seorang lelaki dan sembahyang di sebelah penulis. Rugi lagi pahala jemaah. Semasa penulis sedang menadah tangan berdoa, seorang demi seorang lelaki masuk untuk solat asar. Semuanya solat secara berasingan.Terfikir penulis, kenapa jadi sedemikian. Adakah semua yang singgah sembahyang itu terlalu sibuk sehingga tidak sanggup berjemaah atau mereka bersangkaan tidak baik kepada mereka yang terlebih dahulu sembahyang seperti penulis tidak yakin kepada pemuda yang memakai tali leher besi dan berseluar koyak tadi?

Melalui kisah yang dialami penulis sebentar tadi, kita boleh mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki kualiti ibadah kita;-
a. Hendaklah kita faham dan jelas pra syarat sah dan batal sesuatu ibadat itu. Sehubungan dengan itu juga selalulah memakai pakaian yang menutup aurat kerana ianya akan memudahkan kita beribadah pada bila-bila masa.
b. Dalam Hal sembahyang ditempat yang sempit dan biasa digunakan oleh musafir, kita mestilah;-
i. Sembahyang di depan mungkin dan di bahagian tengah supaya memudahkan orang lain sembahyang dan boleh masbuq di belakang kita.
ii. Lakukanlah solat secara berjemaah kerana pahalanya 27 kali ganda dan boleh mengikat ukhwah antara satu sama lain.
iii. Tidak segan untuk mengajak orang lain supaya solat berjemaah bersama-sama kita.
iv. Jangan solat lama dan tidur di dalam surau yang sempit dan selalu dikunjungi.
v. Berilah kepercayaan kepada orang yang sedang sembahyang sekiranya dia tidak cacat yang boleh merosakkan aqidah. Kalau yang sudah terbatal solatnya, nak jadikan dia sebagai iman macammana? Cari nahas dengan Allah.

Friday, October 2, 2009

Mualaf Sabah di Persimpangan

Mualaf atau Saudara Baru di Sabah boleh diangggap sebagai golongan majoriti terutama di kawasan pendalaman Sabah. Masyarakat Dusun, Murut, Sungai, Idaan dan sebagainya. Kebanyakan mereka beragama Kristian sebelum memeluk Islam. Ada yang menyalahkan pendakwah Islam kerana gagal dan tidak mendekati mereka yang menyebabkan mereka memilih kristian sebagai agama anutan awal mereka. Ini kerana pendakwah kristian terlebih awal mendekati mereka.

Sememangnya mereka adalah anak-anak tempatan yang memangnya patut diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Setiap tahun mereka dibajai dengan wang zakat dan juga kebajikan-kebajikan yang lain. Mereka diajak memeluk Islam. Setiap kali mereka memeluk Islam, mereka diberikan songkok sebagai tanda telah memeluk Islam sebagai anutan mereka. Bahkan ada kerana minatnya mereka kepada Islam, mereka memeluk Islam sehingga 5 kali dan mendapat 5 songkok keislaman mereka.

Menurut sejarah Nunuk Rangang, sebuah perkampungan orang-orang Dusun, di antara perjalanan Pekan Telupid ke Ranau pernah berlaku pengislaman sehingga 3,000 orang pada zaman pemerintahan parti berjaya pimpinan Datuk Haris Salleh (Beliau masih hidup). Namun realitinya sekarang, kampung itu terlalu sunyi dengan keislamannya. Islam terlalu minoriti dan cara hidup Islamnya terlalu dhaif. Pekan Telupid umpamanya tempat percambahan agama kristian. Tumbuh gereja berbagai mazhab di sana, bahkan wujud pusat pengkaderan yang sebut (penulis tidak pasti, hanya berasaskan maklumat setempat) antara yang terbesar di Malaysia. Dimana 3,000 orang penganut Islam yang diistiharkan itu?

Tinjauan penulis terhadap mualaf ini mendapati timbul beberapa masalah menyebabkan mereka kembali kepada agama asal dan juga terus sahaja dengan Islam tetapi Islam sekadar nama. Antaranya ialah:-
a. Tujuan atau niat memeluk Islam
Mereka memeluk Islam dalam keadaan mereka mengharapkan sesuatu daripada pemerintah. Tidak pasti sama ada mereka dijanjikan atau mereka yakin mereka akan dapat sesuatu sekiranya mereka memeluk Islam. Malah ada yang marah-marah dan menyesal memeluk Islam kerana hajat mereka tidak termakbul. Umpamanya, mereka memeluk Islam kerana mahukan permohonan tanah (LA) mereka diterima menjadi hak miliki mereka. Apa yang terjadi, apabila mereka memeluk Islam, bukan setakat tanah yang mereka pohon itu tidak dapat, mereka pula kehilangan penghormatan dalam agama asal mereka. Akibatnya mereka menyalahkan Islam kononnya menyusahkan hidup mereka.

Inilah sebabnya ,Islam menekankan keikhlasan dalam beragama sebagaimana berlaku pada zaman hijrah Nabi dan para sahabat ke Madinah. Rasulullah menekankan tentang kebenaran niat. Allah akan berikan mengikut niat dan tujuan mereka.

عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر بن الخطاب (رضى الله عنه)
قال : سمعت رسول الله (صلى):يقول (انما الأعمال بالنيات ولكل امرئٍ مانوى,فمن هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ,ومن كانت هجرته الى دنيا يصيبه أ امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه) رواه البخارى ومسلم

b. Usaha susulan dan program pengukuhan yang lemah
Pendakwah kita masih lemah. Itu hakikat yang perlu kita akui dan kita perbaiki. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana Islam telah menjadi agama resmi di Sabah semenjak penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 1961 lagi. Majoriti Ketua Menteri Sabah adalah Islam kecuali beberapa orang terutama di Zaman pemerintahan parti PBS dan zaman Barisan Nasional sahaja yang ada Ketua Menteri bukan Islam. Kerajaan Sabah, ada MUIS, ada USIA bahkan JHEAINS. MUIS kaya dengan tanah. Tanahnya disewa dan digunakan untuk pembangunan projek-projek besar, pastinya pulangan yang lumayan untuk perkembangan Islam. Itu kekuatan politik dan ekonomi yang ada pada penguasa untuk membantu mengadakan program susulan dan program pengukuhan saudara baru.

Namun apa yang berlaku amat menyedihkan. Saudara baru seakan dibiarkan terkapai-kapai mencari kemudi. JHEAINS seakan dibiarkan keseorangan untuk mengendalikan urusan Islam di Sabah. Masyarakat seringkali menunding jadi kepada JHEAINS kerana gagal mengurus hal ehwal Islam Sabah. Wakil-wakil JHEAINS menjadi terkenal pada bulan Ramadhan dan dekat hari raya kerana kehadiran mereka untuk mengutip zakat fitrah. Hakikatny, apalah yang ada pada JHEAINS? Apa yang mereka mampu lakukan dengan kudrat mereka yang terlalu sedikit.Dana yang serba kekurangan. Merekalah yang mengurus setiap kematian, merekalah yang mengurus setiap nikah kahwin, merekalah yang mengendalikan doa-doa selamat dan kenduri arwah, mereka jugalah yang mengimarahkan masjid. Malam dan siang mereka berkerja. Keikhlasan dan keringat mereka tidak boleh disangkal sama sekali. JHEAINS perlu diperkasakan, pegawai dan kakitangan JHEAINS MESTI ditambah. MUIS dan USIA mesti kembali pada posisinya.

Tidak cukup kelas Quran mereka hanya seminggu sekali. Tidak cukup perjumpaan dengan mereka pada hari-hari tertentu. Bimbingan Fardu Ain untuk mereka mesti diperkukuhkan dan dijalankan secara sistematik. Konsep Islam yang sebenar pun mereka masih kabur. Penulis pernah dibantah oleh mualaf kerana bercerita tentang bagaimana orang awal memeluk Islam zaman Rasulullah beramal. Mereka menegaskan, memeluk Islam mestilah pandai mengaji dahulu, barulah boleh belajar sembahyang. Teori ini, samalah dengan teori berkhatan dahulu sebelum memeluk Islam. Kaedah terbaik dalam Islam sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah melalui sabdanya.
عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
(( يسروا ولا تُعسروا، وبشروا ولا تنفروا )) متفق عليه.

Kesimpulannya, golongan mualaf atau saudara kita ini perlu terus didekati. Kita tidak boleh meletakkan tugas ini kepada pihak berwajib sahaja. Kita mesti bersama-sama turun kepada mereka untuk menerangkan tentang hakikat Islam dan penganutnya. Kelas-kelas agama mesti diusahakan untuk mereka selain bantuan kebajikan kerana rata-rata mereka miskin. Pendekatan fardiah juga berkesan bagi membimbing mereka. Mungkin dengan menjadi kawan mereka, mereka mudah diperbetulkan dan dibimbing ke jalan Allah. Bersama kita membantu mereka yang berminat dengan Islam

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008