Salam persaudaraan,mekarkan Islam,Tebarkan Keadilan Insan
Takafulmotor.com
Etiqatakaful
IKLAN
Hubungi Agen Takaful Ikhlas Anda untuk Takaful Keluarga dan Takaful Am.Bersedia memperbaharui insuran kenderaan anda. Untuk perlindungan hubungi Ust Zaidi Mustafa (010-5188772). Bersama kita tegakkan muamalat Islam
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وأصحابه أجمعين
Sukacita dijelaskan panduan Doa dalam majlis-majlis rasmi seperti ketetapan berikut:
1. Majlis hendaklah tidak berunsur maksiat dan mungkar seperti mengadakan hidangan arak dan perjudian
2. Majlis hendaklah tidak bercampur aduk dengan acara-acara yang tidak sesuai dengan konsep ibadah dalam doa seperti menghias majlis dengan acara-acara nyanyian dan tarian serta pergaulan bebas lelaki dan perempuan, kecuali nyanyian yang berunsur dakwah dengan penyanyi yang tidak mendedahkan aurat.
3. Majlis doa hendaklah tidak dikaitkan dengan upacara-upacara keagamaan atau perayaan agama-agama lain seperti sempena menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru Cina.
والله تبارك وتعالى أعلم
(Keputusan Mesyuarat Lujnah Fatwa Negeri Sabah 1/2001 yang bersidang pada 26 Mei, 2001 di Kota Kinabalu)
"Sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, kita boleh merujuk kepada peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.
Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.
Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliau pun dilepaskan.
Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".
Sa`ad Ibn Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu, dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikan, apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua, dan harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mahjan r.a.
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang Telah Taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim” (QS. Hud: 112-113)
Istiqamah bermaksud;
Berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan.
Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’. (Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Bagaimana untuk Istiqamah
a.Berpegang-teguh dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya.
Dua sumber inilah yang berupaya mengikat manusia agar sentiasa berada di atas Islam iaitu jalan Tauhid dan ketaaatan kepada Allah. Selagi manusia berpegang teguh dengan al-Quran dan juga sunnah Nabi, selagi itulah ia dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan bebas dari penyelewengan dan kesesatan sebagaimana sabdanya;
“Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu sekelian satu peninggalan yang selagi kamu berpegang-teguh dengannya maka selagi itulah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)
b.Teguh dan sanggup menghadapi ujian
Ujian, tekanan kepayahan dan kesenangan sering bersilih ganti adalah asam garam dalam perjuangan. Allah telah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah :155
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang
sabar:
Praktikal menghadapi ujian dan menyelesaikan masalah bakal melahirkan pejuang yang matang dan tahan dengan tekanan serta tidak hanyut dengan kemudahan. Contoh: Bilal, Sumaiyah,Asiah,Amar, Mus’ab dan ulama mutakhir.
c.Pengorbanan
Keupayaan meletakan Islam dan perjuangan mengatasi segala kepentingan nyawa, aqal,keturunan dan harta menjadi acuan yang menatijahkan Istiqamah. Lantaran itu, Allah menegaskan dalam surah Al-Anfal : Ayat 74
74. dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia Yang mulia.
d.Sabar
Perjuangan menegakkan Islam merupakan perjalanan yang jauh dan mempunyai pasang surutnya. Hanya mereka yang sabar dan meletakkan pergantungan kepada Allah dan rasul sahaja yang berjaya mengharunginya. Firman Allah dalam surah Luqman :17
17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
e.Melazimi budaya hidup berjemaah
Hidup berjemaah dengan solat berjemaah, makan berjemaah dan sebagainya membina rangkaian iman yang memungkinkan istiqamah akan bertapak di dalam jiwa pejuang.
Pengukuhan akan sentiasa terbina.Mana mungkin kita berupaya menahan asakan mehnah dan tribulasi perjuangan keseorangan kerana menegakkan kebenaran itu adalah tugasan secara berjemaah. Apa lagi, Iman manusia ada pasang surutnya.Mengutamakan jemaah penting dalam segala urusan kehidupan.
f.Membina keluarga Pejuang
Kejayaan Rasulullah menegakkan Islam dan pemerintahan ada hubungkait dengan kejayaan baginda membina rumahtangga pejuang. Pemilihan pasangan yang sama-sama bersedia mengorbankan diri untuk perjuangan adalah langkah awal ke arah membina keluarga pejuang. selain itu kesediaan ahli keluarga melepaskan ahli keluarganya keluar ke jalan Allah berkorban dan mengorban demi agama sepatutnya menjadi rutin keluarga ini..Lihatlah bagaimana Rasulullah sanggup turun ke medan Badar sekalipun anaknya Ummi Kathum sedang sakit tenat dan kepulangan baginda ke Madinah hanya mampu melihat kuburan Ummi Kalthum.
Begitu juga Rasulullah membina rangkaian Kekeluargaan dengan beliau sendiri menjadi menantu dan mertua kepada sahabat-sahabatnya .
Bagaimana kesediaan isteri Kaab bin Malik yang turut memulau suaminya Kaab bin malik kerana mematuhi perintah Rasulullah yang menghukum Kaab bin Malik atas kelengahan beliau dalam menyertai Rasulullah dan para sahabat sehingga terlepas menyertai perang Uhud.
Tanda dan Punca Tidak Istiqamah
1.Al-Futur (terhenti dan melengah-lengah)
-Suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para amilin. Tahap future yang paling rendah ialah malas, menangguh-nagguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi berhenti terus.
2.Al-Israf (pemborosan)
-perbuatan yang melampau batas kesederhanaan, sama ada dalam perkara makanan, minuman, pakaian,tempat tinggal dan seumpamanya yang merupakan naluri yang tersembunyi dalam diri manusia.
3.Al-Isti’jal (gopoh/terburu-buru)
Keinginan untuk mengubah reality penghidupan masa kini dalam sekelip mata tanpa menilai kesan buruk yang akan berlaku dan memahami suasana sekitar.
4.Al-uzlah (memencilkan diri)
-Mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan secara berjemaah. Merasakan dirinya mampu menegakkan kebenaran tanpa bantuan dan sokongan orang lain.
5.Al-I”jab Bil Nafsi (terpersona dengan diri sendiri)
-Suatu kegembiraan dengan diri sendiri, hasil daripada apa yang dilakukannya, tanpa mengambil kira perkataan atau perbuatan tersebut baik atau buruk, terpuji atau terkeji.
6.Al-Ghurur
-Kekaguman seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakannoleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Namun, bukanlah sehingga memperlekehkan peribadi saingannya.
7.Al-Takabur
-Menonjolkan kebesaran dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Selain itu,dengan angkuh menolak untuk menerima kebenaran dari orang lain.
Penutup
Pejuang kebenaran juga adalah pilihan Allah. Penyerahan diri kepada Allah sepenuhnya amat penting dalam memastikan para amalin terus istiqamah dalam perjuangan. Rindukan syahid, cintakan kebenaran, bencikan kemewahan hidup dan menyanyangi sahabat seperjuangan antara resipi yang mesti diadun dalam membina Istiqamah.
Rujukan
1.Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Islam: fikrah,harakah dan Daulah, Dewan Pustaka Fajar.2003
2.Dr Al SyedNoh, Muhammad,Wabak Sepanjang jalan, Dewan Ulama PAS Pusat, 2003
Bagus untuk Kesihatan dan kesejahteraan. Cuba baru tahu
TV Online
Al-Quran Penyejuk Jiwa
Penawar Qalbu
Aku Dan Isteriku
"Aku memiliki dua isteri,isteriku yg pertama adalah DAKWAH,isteriku yg kedua adalah isteriku sekarang.Jika bertembung antara keduanya,akan aku utamakan isteriku yg pertama"(Syeikh Mustafa Masyur)